MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ilmu Tak Berikan Keberkatan, Kecuali Siapa Yang Merendah Diri dan Bersungguh-sungguh

August 22, 2026

Bestnya kalau ada orang proven berjaya yang sanggup bimbing kita berjaya sama macam dia tanpa apa-apa bayaran, kan?

Dah la sanggup bimbing free, tiap-tiap minggu dia 'open table' selama sejam untuk kita direct communicate dengan dia.

Walhal kalau dia tak buat semua tu, bukannya dia miskin pun... Malah dia dah kaya raya...

Dah capai #FinancialFreedom.
Dah capai #TimeFreedom.
Dah capai target tabungan #1keluarga1kiloemas.

Malah dah capai kekayaan bersih RM1 juta pertama! 

More...

Dulu saya mengemis demi ilmu 

Walaupun semua tu ibarat macam mimpi, tapi itulah realiti "mentorship program" yang kami sediakan untuk mereka yang serius nak jadi sebahagian daripada kejayaan #MisiUbahHidup1000Keluarga.

Beruntungnya mereka yang dapat akses kepada support system #PGG100Network dan #5GAssociates...

Dulu, saya tak pernah dapat peluang sebagus tu.

Nak bina kekayaan, saya kena lalu jalan hutan, kena tebas semak samun... Malah adakalanya kena mengemis untuk dapatkan ilmu...

Dekat mana ada peluang belajar, saya pergi...
Kena keluar duit banyak, kena travel jauh... pun saya pergi...
Malah terpaksa hadap asap rokok (yang buatkan saya stress dan sakit kepala) pun saya sanggup...

Demi nak dapatkan ilmu... 

Cabaran bila segalanya mudah

Bila saya fikir balik, mungkin sebab saya benar-benar dahagakan ilmu, ilmu-ilmu tu berikan keberkatan dalam hidup saya. Alhamdulillah...

Sekarang murid-murid saya tak perlu hadap semua tu. Segalanya mudah....

Yang saya paling bimbang hanyalah satu; bila segalanya mudah, mereka ambil mudah!

Kadang saya rasa sakit hati saya tengok mereka yang belajar, tapi tak hormat guru yang mengajar!

Mentang-mentanglah free, ilmu yang mahal dari barisan guru yang proven tu seolah-olah kurang bernilai bagi mereka...

Sudahlah dapat belajar tanpa perlu keluar rumah, nak ON camera (untuk menghormati guru) pun susah katanya!...

Sedangkan kalau tak ada orang yang sanggup share ilmu, mungkin dia terpaksa mengemis untuk dapatkan ilmu macam apa yang pernah saya lalui dulu.

Itulah sebab kenapa ramai orang berjaya tak suka sampaikan ilmu secara percuma. Bukan sebab mereka nak buat duit dengan kelas dan training, tapi berdasarkan pengalaman, benda percuma selalu tak dihargai...

Sebaliknya bila dikenakan bayaran yang mahal, barulah bersungguh-sungguh belajar. 

Tersepit; antara free atau kenakan caj 

Kadang saya rasa tersepit...

Antara nak buat baik tanpa kenakan bayaran, ataupun kenakan saja bayaran setimpal, supaya yang datang belajar tu mereka yang betul-betul menghargai ilmu.

Tapi saya lebih suka berikan ilmu secara percuma... supaya hati saya sentiasa lurus, tanpa diganggu dengan niat yang lain selain menyampaikan ilmu sejujurnya...

Samada ilmu tu berikan keberkatan ataupun tidak, bergantung bagaimana mereka yang belajar tu menghargai ilmu...

Saya sangat percaya, ilmu tu ibarat air yang mengalir... Air hanya mengalir ke lembah-lembah yang rendah... Dan air tak akan sesekali memanjat gunung.

Maksudnya, ilmu tu hanya akan berikan keberkatan kepada mereka yang sentiasa merendah diri, menghormati ilmu dan guru yang menyampaikan ilmu... 

Bagi siapa yang ambil mudah, ilmu tu tak berikan apa-apa keberkatan dalam hidup dia, walaupun ilmu tu datang dari guru terbaik di dunia sekalipun...

Sebaliknya, bagi siapa yang benar-benar menghargai ilmu, ditatangnya ilmu itu bagaikan minyak yang penuh, saya percaya ilmu tu akan berikan keberkatan dan mengubah hidup mereka. InsyaAllah...

Bak kata bijak pandai;
“If you are not willing to learn, no one can help you. If you are determined to learn, no one can stop you.” - Zig Ziglar

Allahu a'lam.

#MembangunDiri

Zulkifli
Cyberjaya
19 Ogos 2026
5 Rabiul Awwal 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}