MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Adab Menadah Ilmu : Buka Telinga, Tutup Mulut, Kecuali Bertanya!

August 1, 2025

Buka telinga dan tutup mulut kecuali bertanya!

Itulah sikap bila ada orang lebih berjaya bersama kita. Dan sikap itulah membuatkan ilmu mengalir kepada kita tanpa henti. InsyaAllah.

Ilmu itu ibarat air mengalir. Air cuma mengalir ke lembah-lembah yang rendah.

Air tak sesekali memanjat gunung.

More...

Sindrom banyak bercakap

Inilah pesanan yang saya sentiasa ulang kepada murid-murid saya khusus bila ada big event seperti#PGMDConference begini.

Sebab saya dah lihat banyak bukti-bukti 'kegagalan'. Salah satu ciri-ciri yang ada pada orang yang sangat slow progress dia ialah dia terlalu banyak bercakap.

Sibuk nak cerita kisah dia.

Sibuk nak ulas apa orang berjaya cakap walaupun tak diminta.

Achievers (orang berjaya) cakap satu, dia ulas 10!

Orang lain nak belajar pun terganggu sebab habis masa dengar cerita dia yang belum proven berjaya tu.

Buka telinga, tutup mulut

Bila dia banyak bercakap, maksudnya dia kurang belajar dari orang lain.

Mindset dia nak orang tahu cerita dia, bukan nak absorb sebanyak mungkin dari orang yang lebih berjaya. 

Dia mendengar untuk balas cakap, bukan untuk fahami ilmu yang disampaikan sebaik mungkin.

Tabiat tu kena diubah cepat-cepat. 

Latih diri supaya banyak mendengar berbanding bercakap. 

Bukalah telinga seluas-luasnya. Dan tutuplah mulut kecuali bertanya.

Itulah sikap yang akan membuatkan ilmu kita bertambah dengan cepat. InsyaAllah.

Simpan kisah sedih kita  

Selagi belum berjaya, tiada siapa nak dengar cerita kita.

Cerita cabaran yang kita tempuhi, cerita sedih dan susah kita... Semua orang pun ada cerita sedih, susah dan cabaran tersendiri.

Ketika belum berjaya, cerita sedih kita terdengar sebagai keluhan.

Tapi bila berjaya, cerita sedih kita jadi inspirasi!

Bak kata bijak pandai,

"No body care your story until you win".

Jadi simpanlah dulu cerita kita.

Bila berjaya satu hari nanti, orang sanggup sediakan pentas dan dewan besar hanya untuk mendengar cerita kita!

InsyaAllah... 

#MembangunDiri

Zulkifli
Cyberjaya
25 Februari 2025
26 Syaaban 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>