MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bukan Soal Boleh atau Tak Boleh, Tapi Sanggup atau Tak?

June 13, 2025

Semua orang pun boleh berjaya. Bukan soal "boleh" atau "tak boleh", soalnya SANGGUP atau TAK SANGGUP?

Kejayaan meninggalkan jejak... 

Siapa nak capai apa yang saya dah capai (contohnya, bina harta RM1 juta pertama), saya boleh tunjukkan jejak tu. 

More...

Tapi kalau saya tunjuk pun tak guna... Kecuali kepada siapa yang sanggup - lalui jejak yang saya pernah lalui. 

Yang penting dia kena "sanggup". 

Nak tunjuk jalan tu mudah, tapi samada dia sanggup laluinya, itu persoalan yang lebih penting. 

Kesanggupan pertama ialah BELAJAR.

Sanggup untuk belajar

Kosongkan diri dan anggap diri kosong... Supaya mudah nak dapat ilmu baru. 

Kalau gelas dah penuh, dah tak boleh tuang ilmu baru dah. Habis ilmu tu melimpah keluar.

Sanggup belajar at least 3 - 5 tahun walaupun tak nampak result.

Selagi diri kita kosong, hasilnya pun kosong juga. Simple!... 

"Kosongkan diri" tu maksudnya merendah diri dengan orang berilmu. Buka telinga luas-luas... Dan tutup mulut rapat-rapat, kecuali untuk bertanya...

Tutup mulut dari ceritakan susah kita...

Orang tak peduli pun susah kita sebab semua orang pun ada kesusahan masing-masing... 

Antara keluhan dan inspirasi 

Selagi belum berjaya, cerita susah kita tu adalah keluhan... 

Tapi nanti dah berjaya, orang nak dengar cerita susah kita. Bahkan orang sanggup bayar untuk dengar cerita susah kita!

Waktu tu, cerita susah kita tu jadi INSPIRASI! 

'Tutup mulut' dari cerita kejayaan kita dalam bidang lain. Lain bidang, lain ilmunya...

Kalau ada 10 PhD sekalipun, itu bidang lain. Nak bina kekayaan, kena belajar dari orang yang dah proven kaya...

Kesanggupan kedua ialah BERUSAHA.

Sanggup untuk berusaha

Semua orang pun berusaha. Tapi hanya sedikit sekali yang KONSISTEN. 

Kalau sanggup berusaha (buat perkara yang betul) walaupun belum nampak hasil selama 3 - 5 tahun, yes... Kejayaan hanyalah persoalan masa sahaja... InsyaAllah...

Banyak orang letakkan usaha tapi tak konsisten. Baru buat sikit tapi nak hasilnya cepat. 

Kejayaan sebenar perlukan masa... Apa bidang sekalipun perlukan masa... 

Kejayaan ni macam tanam pokok durian...

3 - 5 tahun pertama jangan harapkan hasil... Tapi kena terus buat perkara yang betul... 

Kena tanam... Kena siram... Kena baja... Kena jaga anak pokok durian tu sampai besar...

Banyak orang tak sabar... Dia fikir kejayaan ni macam tanam sayur...

Tanam dunia, bukan tanam sayur

Tanam hari ni, lagi 2 - 3 bulan dah boleh makan hasil... 

Lepas tu dia kena tanam lagi dan lagi... Begitulah sampai ke sudah... 

Walhal kejayaan ni macam tanam pokok durian... Kita sabar tanam dan jaga pokok tu beberapa tahun tanpa hasil...

Bila sampai waktunya, kita dapat hasil yang banyak dan berterusan... Sampai boleh dinikmati dari generasi ke generasi!... InsyaAllah... 

Bila kita ada mentor yang dah proven berjaya dalam bidang dia, dan sanggup bimbing kita sampai berjaya, ia bukan lagi soal BOLEH ataupun TAK BOLEH...

Tapi soal SANGGUP atau TAK SANGGUP buat exactly apa yang mentor kita pernah buat...

Sebab kejayaan tu meninggalkan jejak.... 

#MembangunDiri 

Zulkifli
Mekah Al-Mukarramah
12 Jun 2025
16 Zulhijjah 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>