MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Dapat Kuih : Jangan Pandang Remeh Kebaikan, Waluapun Nampak Kecil

August 25, 2026

“Abang mahu ini kuih? Free saja...” sambil dia tunjuk sebakul yang ada beberapa pilihan kuih tradisional. 

Saya tengah rehat sekejap minum air. 

“Tak apa, terima kasih,” saya menolak. 

“Ambillah bang... Free saja... Elok lagi kuih ni...” gesa staff Shell ni dengan loghat Sabahnya. 

Dia tengah buat clearance kuih-muih jualan hari tu. Katanya kuih ni tahan sampai malam. 

Tengok kesungguhan dia, saya ambil satu. Dia offer lagi, saya pun ambil lagi satu. 

Terima kasih orang baik. Saya doakan Allah rahmati dia dan berkati hidup dia. 

Kebaikan tu mungkin nampak kecil di mata kita, tapi kita tak tahu sebesar mana nilainya di sisi Allah. 

More...

Jangan pandang kecil apa-apa kebaikan

Kadang-kadang kita fikir nak buat kebaikan mesti sesuatu yang besar. 

Kena keluarkan duit banyak.
Kena bantu orang dalam jumlah yang besar.
Kena buat sesuatu yang orang lain nampak hebat.

Sedangkan sekecil-kecil kebaikan sekalipun, tak layak untuk kita remeh-remehkan.

Dalam kisah saya ni, mungkin bagi staff Shell tadi, dia cuma nak habiskan kuih yang tak terjual. Daripada terbuang, baik dia berikan kepada orang. 

Simple saja. 

Tapi bagi orang yang menerima, ia menggembirakan hati. Dan di sisi Tuhan, ada nilai yang jauh lebih besar daripada apa yang kita nampak. 

Masa terima kuih tu, saya teringat akan satu hadis. 

Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah ﷺ bersabda: 

“Janganlah kamu sekali-kali memandang remeh sesuatu kebaikan, walaupun sekadar kamu bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria.”

- (Hadis Riwayat Muslim no. 2626)

Walaupun sekadar senyuman 

Begitulah yang Nabi s.a.w. ajarkan kita tentang menghargai kebaikan.

Kita mungkin rasa senyuman tu tak ada apa-apa. Tak keluar modal pun.

Tapi senyuman yang ikhlas mungkin menceriakan seseorang yang tengah bersedih. Sapaan yang baik mungkin menggembirakan seseorang yang tengah penat.

Kebaikan kecil yang kita sendiri dah lupa, mungkin orang lain masih ingat sampai bertahun-tahun.

Itulah indahnya apa yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada kita tentang berbuat kebaikan. 

Kita tak perlu tunggu kaya untuk buat baik.
Tak perlu tunggu ada duit banyak.
Tak perlu tunggu ada peluang buat sesuatu yang besar.

Kalau ada peluang buat baik, buat saja.

Beri salam... Senyum... Bercakap baik... Tolong bukakan pintu... Berikan makanan yang kita ada... Mudahkan urusan orang... Ceriakan hati orang... 

Benda tu mungkin nampak kecil pada kita... Tapi jangan sesekali kita pandang kecil nilainya di sisi Tuhan.

Kita tak tahu kebaikan mana yang Allah terima.

Dan kita tak tahu, mungkin satu kebaikan yang sangat kecil pada pandangan kita itulah yang menjadi sangat besar timbangannya di akhirat nanti.

Allahu a'lam.

#IslahDiri

Zulkifli
Cyberjaya
17 Ogos 2026
3 Rabiul Awwal 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}