MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Pandang Remeh Kebaikan, Walaupun Sekadar Menceriakan Orang Lain

August 25, 2026

“Ah... flight delay lagi...” 

Flight kami sepatutnya pukul 10.25 malam, tapi reschedule ke 11.35 malam. Dan flight dijangka landing di KLIA sekitar pukul 2.00 pagi... 

Memang rasa tak best... Sampai saya fikir nak tukar flight ke esok pagi sajalah terus... 

Tapi itulah lumrah biasa bagi frequent traveller seperti saya. Benda macam ni memang dah dijangka. 

Sementara tunggu flight, saya mengopi dulu dengan team kami dari Kuching, Cik Amira Radin. Dia pun tengah tunggu flight untuk pulang ke Kuching (dari Miri). 

More...

Kebaikan kecil menceriakan orang lain 

Bila masuk flight, kami disapa oleh seorang brader pramugara dengan gelagatnya yang menceriakan. Walaupun nampak remeh, tapi cara dia melayan penumpang tu membuatkan suasana jadi lebih ceria.

Bayangkan...

Flight dah lewat malam.
Penumpang dah penat.
Ada yang mungkin dah mengantuk.
Ada yang mungkin bengang sebab flight delay.

Jadual sepatutnya berlepas pukul 10.25 malam, tapi akhirnya hampir pukul 12.00 malam baru berlepas.

Dalam keadaan macam tu, layanan yang ceria walaupun nampak kecil sebenarnya cukup bermakna.

Sebelum keluar pesawat sebaik saja landing di KLIA, kami ajak brader tu berfoto.

Bagi saya, apa yang dia buat tu mungkin nampak sangat simple. Mungkin pada dia, sekadar sebahagian daripada kerja. Tapi di sisi Tuhan, kita tak tahu sebesar mana nilainya.

Sebab membuatkan orang lain ceria pun satu kebaikan - yang boleh dapat pahala.

Saya teringat akan pesan Nabi s.a.w. tentang perkara ni.

Jangan remehkan kebaikan 

Daripada Abu Dzar r.a. bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Janganlah kamu sekali-kali memandang remeh sesuatu kebaikan, walaupun sekadar kamu bertemu saudaramu dengan wajah yang ceria.”

- (Hadis Riwayat Muslim no. 2626)

Kadang-kadang kita fikir nak buat kebaikan mesti kena buat sesuatu yang besar.

Kena keluarkan duit banyak.
Kena bantu orang susah.
Kena buat sesuatu yang orang nampak hebat.

Sedangkan Nabi s.a.w. mengajar kita, jangan pandang kecil apa-apa kebaikan.

Senyum kepada orang pun kebaikan (pahala).
Bercakap dengan baik pun kebaikan (pahala).
Menceriakan orang yang tengah penat pun kebaikan (pahala).
Memudahkan urusan orang pun kebaikan (pahala).

Kita mungkin rasa kecil... Tapi kita tak tahu kebaikan mana yang besar nilainya di sisi Tuhan.

Sebab tu kalau ada peluang nak buat baik, buat saja. Tak perlu tunggu kaya. Tak perlu tunggu ada masa lapang. Tak perlu tunggu mampu buat sesuatu yang besar.

Kadang-kadang hanya dengan wajah yang ceria pun, kita dah boleh menceriakan hari seseorang yang mungkin sedah letih ataupun sediah.

Kebaikan yang mungkin nampak kecil tu, mungkin besar nilainya di sisi Tuhan.

Allahu a'lam.

#IslahDiri
#TravelogDealerPublicGold

Zulkifli
Cyberjaya
21 November 2026
26 Rabiul Akhir 1444H

Mengopi dengan Cik Amira Radin di Starbuck Airport Miri. Dia tunggu flight untuk balik ke Kuching, kami nak balik ke KLIA.

Badan dah penat... Sepatutnya pukul 10.35 malam. Tapi akhirnya pukul 12.00 malam baru take-off dari Miri.

Sekitar 2.30 pagi baru landing di KLIA T2. Penat... Tapi travel yang penuh makna... Good tired... Alhamdulillah... 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}