Dikesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Salam Idul Fitri kepada semua sahabat-sahabat. Moga Idul Fitri kali ini benar-benar mengembalikan kita kepada fitrah yang suci bersih setelah melalui Akademi Ramadhan yang sangat menyeronokkan. Moga Ramadhan ini juga dapat meningkatkan taqwa kita kepada Allah.
Kalau tersalah silap, kami sekeluarga memohon jutaan kemaafan. Sebarang komen, dan teguran, boleh terus menghubungi kami, ataupun emailkan ke
ibnushafie@gmail.com (“,). Kalau ada yang terhutang, jangan segan silu ingatkan kami.Akhir sekali, salam Idul Fitri dari kami sekeluarga.
Zulkifli & Najdah
Kami akan balik ke Kuala Terengganu pada pagi raya kedua, insyaAllah. Dan kembali ke Damansara Damai pada hari Ahad, insyaAllah.
Kami mohon maaf kepada Ukhti Hajar dan Suami kerana tak dapat hadir ke majlis perkahwinan. Doa kami, moga Allah mengurniakan kebahagiaan pada kalian sekeluarga hingga ke Syurga, insyaAllah.