MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Berjuang atau Berjiwang? Fenomena Cinta Mahasiswa Islam

April 30, 2008

Fenomena Cinta Mahasiswa Islam

“SMS 1: hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakn sopan awk, da lamer sayer perhati awk, awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk…… sayer harap kiter boleh berkenalan… ukhwah fillaheh orang kater… sayer x pandai sangat arab…”

“SMS 6: wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer xistimewa untuk awk jer 😉 sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebiliksayer nie, panggil sayang… bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer… tq sayang…”

“SMS 12: ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang sayer beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judt makin cantik,,,, nipis sikit jer.. kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k…”

“SMS 17: yang, cintakan abg berape peratus? sepenuh hati? tq!!!!!!! I love u sayang….”

“SMS 19: kater ayang cintakan abg sepenuh hati… kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,”

Hm… geli geleman baca sms di atas tu… sms yang saya “extract” daripada perkongsian yang dibuat di dalam email sahabat.

Sedih ada, malu pun ada. Malu rasanya kalau ada pimpinan pelajar Islam kampus bersms sebegitu. Tapi saya percaya, perkara ni memang berlaku. Sebab itu Ust. Maszlee Malik (UIA) pernah tulis artikel “Cinta Anta Anti” di dalam Majalah-i.

Fitrah Jangan Dihalang

Bagi saya, kalau nak bercinta, bercintalah. Memang ia fitrah manusia. Tetapi cinta pada makhluk mesti didasari cinta Tuhan. Malulah pada Tuhan dalam bercinta. Takut dapat cinta, tapi tak dapat BAHAGIA. Sebab cinta yang didasari NAFSU adalah cinta yang Tuhan anugerahkan pada haiwan. Sebab itu wujudnya istilah CINTA MONYET. Kerana cinta itu memang martabatnya serendah cinta seekor monyet (haiwan).

Cinta yang didasari nafsu dan membelakangkan syariat Tuhan adalah cinta yang Tuhan anugerahkan kepada haiwan. Sesuai benar dengan istilahnya “Cinta Monyet”.

Apa itu Fitrah?

Apabila bercakap pasal FITRAH, ia pastinya tak dapat dihalang. Menghalang fitrah hanya mengundang padah yang lebih besar. Yang di kejar secupak, akhirnya rugi segantang.

“Fitrah” maksudnya unsur yang Tuhan dah “built-in” dalam diri setiap manusia. Memang ia dah siap pasang. Namun begitu, Tuhan bagi “guideline” bagaimana melayari fitrah. Ia tak boleh dibiarkan bebas sebebas-bebasnya. Ia akan merosakkan manusia.

Melayari Fitrah “Makan”

Contohnya, fitrah manusia yang mahukan MAKAN. Untuk memastikan kita selamat, Tuhan sediakan “guideline” pemakanan bagaimana yang boleh selamatkan manusia. Selamat ROH, selamat JASAD.

Tuhan suruh makan yang HALAL supaya selamat ROH kita. Kemudian, Dia suruh makan yang BAIK (toyyiba), iaitu makanan yang bersih serta menyihatkan supaya sihat JASAD kita. Dia juga suruh makan perpada-pada, jangan berlebih-lebihan. Tak nak ikut panduan Tuhan (Pencipta), alamatnya mengundang padah pada diri. Sakit “Rohani”, sakit “Jasmani”. Kerana Sang Pencipta pastinya lebih tahu dari makluk yang diciptaNya.

Belajarlah Cara Bercinta

Samalah juga dengan “cinta”. Memang fitrah manusia ingin bercinta dan berpasang-pasangan. Tetapi bercintalah ikut aturan Tuhan. Supaya cinta kita selamat, dan mendapat apa yang kita harapkan (daripada cinta). Setiap remaja dan muda-mudi mesti dibimbing untuk bercinta cara yang betul. Jangan dihalang, tetapi berilah jalan. Dan jangan biarkan Hollywood dan Bollywood yang ‘mengajar’ mereka.

Belajar cara bercinta, bukan hanya untuk mereka yang belum berkahwin. Yang dah kawin pun kena belajar bercinta cara yang betul. Macam mana nak bercinta dengan suami atau isteri sendiri. Supaya cinta kita tahan lama. Tahan sampai ke Syurga, insyaallah.

Bacalah buku “Tentang Cinta”

Dipendekkan cerita, bacalahlah buku “Tentang Cinta” oleh Ust. Pahrol (Fitrah Perkasa). Saya rasa buku tu sangat bagus dan menarik untuk dibaca. Supaya kita faham bagaimana melayari cinta mengikut panduan Tuhan. Ia penting untuk diri sendiri, juga penting sebagai “bahan dakwah” untuk remaja masa kini.

Sekadar berkongsi. Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Damai
29 Mac 2007

Islam diturunkan untuk memandu manusia bagaimana melayari fitrah (makan, pakai, berpasangan, inginkan harta dsb) supaya selamat di dunia, dan selamat di Akhirat. Dan mendapat bahagia sebagaimana yang manusia cita.

Tiada satu pun syariat Tuhan (Islam) yang menghalang fitrah manusia sebagaimana sesetengah agama yang menghalang perkahwinan bagi ahli agama mereka. Kerana Tuhan Maha Tahu, ‘syariat’ yang dicipta dengan akal manusia semata pastinya mengudang padah pada manusia.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >