Hiburkan Diri Dengan "Nyanyian Dari Syurga"

by on April 7, 2008

“Tips mudah untuk menghafal Al-Quran:

“1 ayat, 1 hari, 44 kali”

Ambil 1 ayat sehari secara tersusun, sebaik-baiknya bermula dari surah Al-Baqarah (Juz 1 hingga 30). Ulang bacaan (1 ayat tersebut) sebanyak 44-60 kali dalam sehari, INSYAALLAH lekat di hati.

Jadikan sebagai zikir harian.”

Itulah sebahagian perkongsian oleh Saudari Zatil untuk kita semua.

Surah pilihan untuk hafalan

Tentang menghafal Al-Quran ni, saya lebih gemar menghafal surah-surah yang saya MINAT untuk hafal. Iaitu surah yang tak berapa panjang ayatnya, lebih kurang 2-3 muka surat. Ayat-ayat yang menceritakan tentang kebesaran dan kehebatan Tuhan, Syurga dan Neraka. Ayat-ayat “Makkiyyah” yang menekankan persoalan aqidah. Dan ayat yang telah saya fahami maksudnya.

‘Lagu’ yang cukup menghiburkan

Surah-surah ni amat sesuai untuk dialunkan sewaktu masa lapang, ketika tak boleh buat kerja lain sepertu sedang “drive”, di atas motosikal, mengulik dan mententeramkan anak-anak supaya tidur dan sebagainya. Ia adalah hiburan yang sangat mengasyikkan terutamanya apabila kita faham maksudnya. Sedikit sebanyak menenangkan jiwa tatkala terasa resah dan tak tenteram.

Hafallah Al-Quran. Mengalunkannya lebih seronok dan lebih terhibur daripada menyayikan lagu-lagu cinta mahupun nasyid ciptaan manusia.

Oh! cukup menghiburkan…

Zulkifli
Damansara Damai
15 Januari 2008

{ 2 comments… read them below or add one }

1 syawal May 19, 2017 at 11:55 am

terima kasih atas perkongsian tuan….sgt bermanfaat

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie May 21, 2017 at 10:10 am

Alhamdulillah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: