MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Buku "Lahirkan Anak Pintar"

April 7, 2008

Kerisauan mendidik anak-anak

Semenjak dah ada anak ni, timbul kerisauan dalam diri iaitu bagaimana nak didik anak-anak supaya jadi ummat Muhammad S.A.W. Jadi orang yang taat pada Allah, taat pada RasulNya. Apabila berhadapan dan berkomunikasi dengan anak-anak, sering timbul dalam fikiran “betul ke cara aku ni?. Takut-takut cara aku ni nanti memberi kesan negatif terhadap anak-anak”.

Oh! risaunya…

Rupa-rupanya, kerja mendidik, memimpin, dan merangsang perkembangan anak-anak bukanlah perkara mudah. “Skill” memimpin anak-anak tak dapat diperolehi secara semulajadi tanpa dipelajari. Kata Nabi S.A.W, nak berjaya dalam apa bidang sekalipun, mesti ada ilmu. Bermulanya wahyu juga menceritakan tentang kepentingan ilmu.

Membaca: Cara paling cepat mendapatkan ilmu

Untuk melegakan sedikit kerisauan terhadap kejahilan diri, seperti biasa saya akan mencari buku kerana itulah jalan yang paling cepat dan mudah untuk memecahkan kebuntuan. Kata Nabi, cara nak “recharge” iman (utk kembali kepada Allah dan dapatkan kasih-sayangNya) secara “instant” ialah dengan membaca Buku Allah (kitabullah) yakni Al-Quran.

Jadi, saya pun pergilah “explore” buku tentang keibubapaan. Kedai buku “favorite” saya ialah MPH Mid Valley. Kedai buku yang sangat besar. Siap ada ruangan lepak untuk membaca buku. Isteri saya memang sedia maklum, kalau saya ke MPH, jawabnya berjam-jamlah tersangkut disitu kerana satu jam terlalu singkat untuk mencari, mengenal pasti buku ‘berkualiti’ dan berbaloi untuk dibeli. Kerana kalau nak beli buku, mesti dibaca sebahagian bab daripada buku tersebut. Supaya kita puashati dengan ilmunya kerana yang kita mahu ialah ilmu, bukan bukunya.

Buku “Lahirkan Anak Pintar”

Lepas lama mencari di bahagian “Self-help”, saya terjumpa sebuah buku yang agak nipis, dan menarik minat saya membelinya:

Tajuk : Lahirkan Anak Pintar
Penulis : Rozumah Baharudin (Pensyarah UPM)
Halaman : 118 muka surat
Cover : Orange (sisi warna hitam)
Penerbit: Times Book International
ISBN : 981 232 175 6

Saya beli pada 4 Mei 2006 di MPH Midvalley. Baca sikit-sikit, habis baca sepenuhnya pada 20 Ogos 2007. Lambat fokus pada buku ni kerana ikut “awlawiyyaat”. Terpaksa menunggu di “Waiting List” untuk dibaca.

Tengok tajuk, kurang berminat

Pada mulanya, tengok tajuk buku tu, saya kurang minat sebab nampak seperti tak berapa Islamik. Apabila baca, baca dan baca, oh! ilmunya sangat berguna! Penulis berkongsi ilmu Sains (Sunnatullah) dalam mendidik anak-anak.

Manusia dijadikan Allah, dan disana ada Hukum Sunnatullah, hukum yang ditetapkan Tuhan pada manusia. Contohnya, Allah jadikan setiap bayi boleh menerima ransangan dan didikan sejak dari dalam kandungan lagi. Apabila baca hasil-hasil kajian, baru saya benar-benar sedar kenapa penting para ibu memperbanyakkan bacaan Al-Quran ketika mengandung. Ia benar-benar memberi “direct impact” pada bayi yang bakal dilahirkan nanti.

Dulu hanya percaya secara HAFALAN (ilmul yaqiin), sekarang ni pecaya kerana faham dan ‘LIHAT’ (ainul yaqiin) depan mata. Melihat pada anak pertama… anak kedua… dan anak ketiga kami.


Ibu dan Bapa: Bacalah buku

Okaylah, saya tak nak panjangkan cerita. Saya cadangkan para ibubapa baca buku tersebut. Ia ditulis oleh ‘Profesor’ yang khusus belajar dalam bidang Keibubapaan dan Perkembangan Anak. Selepas baca nanti, insyallah kita lebih tahu menilai “okay ke tidak tindakan aku ni” bila berdepan dengan anak-anak. Bagaimana nak bentuk anak-anak dengan cara yang lebih berkesan terutamanya anak yang kecil, di bawah umur 6 tahun. Macam mana nak tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak dan banyak lagi.

Saya dapat banyak manfaat daripadanya. Satu persatu kesilapan saya dan isteri dalam mendidik anak-anak, saya “highlight”kan pointnya dalam buku tersebut dengan warna oren. Supaya tidak diulangi, dan berusaha memperbaikinya di masa hadapan. Saya bacanya secara beransur ansur. Baca sikit-sikit, sambil muhasabah diri, berdiskusi dengan isteri, dan kami cuba amalkan. Yang mana silap, kami cuba betulkan.

Kesian pada seorang budak

Hm… setelah membaca buku tersebut, saya rasa kesian kepada seorang budak, yang saya rasa ibubapanya “fail” terhadap anaknya. Cara dia ‘tangani’ anaknya, akan menyebabkan budak tadi jadi seorang yang tiada keyakinan diri, tak kreatif, takut untuk mencuba, dan tak pandai berdikari. Budak tu akan jadi orang yang hanya “bertindak mengikut arahan” sahaja. Apabila tak diarah, tak ditunjukkan jalan, dia tak tahu bertindak. Oh, kesiannya. Tetapi apakan daya.

Kalau orang tak faham, dia akan kata budak tu ‘budak baik’. Sebabnya, dia tak kacau budak lain, dia tak main mainan budak lain, dia tak ‘buas’ macam budak lain. Dia agak pasif. Dia hanya ‘ikut cakap’ ibu atau ayahnya sahaja.

Kalau ibubapa “fail”, kebarangkalian anak juga akan “fail”. Kajian menunjukkan 80% daripada perkembangan anak-anak terutama dari segi kecerdasannya adalah bergantung pada rangsangan yang diterima daripada ibubapanya.



Apabila terbaca kajian ini, saya terfikir, memang benarlah sabda Nabi bahawa orang yang paling penting dalam mencorakkan dan membentuk seorang manusia ialah IBU dan BAPA. Anak-anak biasanya merupakan ‘bayangan’ kedua ibu bapanya. Bagaimana ibabapanya, begitulah anak-anaknya. Ini kerana, anak-anak tak pernah gagal meniru perlakuan (ibubapa), meskipun mereka gagal mengikut suruhan.

Jadi, ibubapa tak boleh ‘kosong’. Mesti mempersiapkan diri sebaik mungkin supaya anak-anak akan menjadi orang yang akan menyerikan hidup kita di dunia dan di akhirat sebagaimana yang kita impi.

Insyallah.

Wallahu ‘alam.

Sekadar berkongsi, moga ada manfaatnya.

Zulkifli
Damansara Damai
9 November 2007

Alhamdulillah… hari ni saya boleh bawa balik buku ni ke rumah. Dah lama saya tinggalkan di pejabat sebab belum sempat buat “Ulasan” untuk dihidangkan pada sahabat semua.

Em, buku bertajuk “Tarbiyyatul Awlaad” oleh Dr. Abdullah Nasih Ulwan pun saya ada beli. Buku tersebut lebih fokus pada ‘SYARIATULLAH’, manakala buku ni lebih fokus pada ‘SUNNATULLAH’. Kedua-dua buku tersebut sangat baik untuk dibaca oleh para ibubapa.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>