
Saya mohon laluan, untuk menambah sedikit perkongsian tentang “nikmat Syurga”.
Syurga, motivasi untuk Iman
Nikmat Syurga perlu digambarkan dan dirasakan sebagai motivasi untuk iman. Allah menceritakan secara “detail” tentang syurga dan neraka di dalam Al-Quran. “Detail” sehinggakan kita boleh gambarkan (setakat kemampuan akal dan hati) supaya terasa betapa nikmatnya Syurga. Para sahabat dahulu, apabila rasa kurang bermotivasi (lemah iman), mereka minta Rasulullah S.A.W. “ceritakanlah kepada kami tentang Syurga”. Moga cerita-cerita Rasulullah S.A.W itu akan menambah-nambah iman mereka.
Membaca Al-Quran, semak terjemahannya sekali
Terlalu banyak Allah ceritakan tentang Syurga di dalam Quran. Antaranya dalam Surah Al-Waqiah dan Surah Yasin. Banyak lagi surah dan ayat yang menceritakan tentang Syurga. Kita biasanya tak ‘terasa’ Syurga sebab kita tak faham maksud ayat-ayat yang kita baca. Betapa seronoknya membaca Quran kalau kita faham maksudnya. Kalau tak faham bahasa Arab, bacalah terjemahannya sekali.
Itulah yang saya buat semenjak setahun dua ni. Memang ada perbezaan dari sudut penghayatan Quran berbanding dahulu (zaman membaca Quran tanpa menyemak terjemahannya).
Orang mukmin buat “value added” setiap hari
Pesan Ust. Sabri Abd. Rani ketika kuliah Ramadhan 1428 hari tu katanya “Apabila baca Quran, bacalah terjemahannya sekali. Walaupun 5 tahun baru khatam, ia lebih baik daripada khatam dalam sebulan tetapi tak memberi apa-apa ‘kesan’”.
Orang mukmin, hari ini mesti lebih baik daripada semalam. Maksudnya, setiap hari kita mesti memikirkan untuk membuat perkara yang ada “value added”. Setiasa mencari jalan untuk membuat improvement pada diri. Dapat buat sedikit peningkatan pun jadilah. Janji, ia mesti dikekalkan (istiqamah) hingga menjadi TABIAT. Kata Nabi, sebaik-baik amalan ialah yang “sedikit tetapi berterusan”.
Antara Bible dan Al-Quran
Minggu lepas, saya ‘belajar’ tentang Bible. Oh! Betapa jauhnya perbezaan antara Bible dengan Quran. Bible bukan Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. tetapi saya yakin, saki-baki ajaran Injil masih terdapat dalam Bible. Membaca terjemahan Bible, dengan membaca terjemahan Al-Quran pun kita dapat RASA terdapat kelainannya. Patutlah ada orang yang boleh memeluk Islam hanya setelah membaca terjemahan Al-Quran. Al-Quran, apabila dibaca terjemahannya sahaja pun kita dapat rasa ROH Al-Quran.
Bible: Ayat Tuhan yang diselewangkan
Berbeza dengan Bible. Bible kekadang apabila dibaca rasa macam buku sejarah. Tak terRASA sedikit pun kehebatan Tuhan, dan tak terasa pun ia adalah perkhabaran daripada Tuhan untuk manusia. Apabila dibaca cerita-cerita berunsur “LUCAH” di dalam Bible, hah! ini “confirm” ayat rekaan manusia. Memang benarlah apa yang Allah ceritakan berkali-kali dalam Al-Quran terutamanya di dalam Surah Al-Baqarah tentang penyelewangan Yahudi dan Nasrani terhadap ajaran Tuhan kepada mereka.
Bila dah ‘belajar’ tentang Bible, oh! terasa bertuahnya ditangan kita ada Al-Quran. Panduan daripada Tuhan sebagai penunjuk jalan. Membaca ayat pertama, surah pertama pun sudah terasa kehebatan Tuhan. Ia benar-benar ‘Ayat-Ayat Cinta’ dari Tuhan untuk makhlukNya. Syukur kepada Allah, yang telah menghadiahkan Al-Quran bagi memandu kita mencapai impian hidup di Dunia, mahupun di Akhirat sana.
Insyallah.
Wallahu ‘alam. Wassalamu a’alaikum.
Zulkifli
Damansara Damai
16 November 2007
Tq en.zul ats perkongsian
Sama-sama Pn. Irda.