MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Novel "Ayat-ayat Cinta" – Ulasan 2

April 7, 2008

Alhamdulillah.

Saya dah habis baca novel Ayat-Ayat Cinta. Memang best! Banyak pelajaran daripadanya, untuk memperbaiki diri menjadi orang bertaqwa.

Percintaan hakiki

Seronoknya percintaan antara Fahri dan Aisha. Percintaan suci dan hakiki yang ingin diteruskan hingga ke Syurga. Suami yang soleh, isteri yang solehah. Aisha yang kaya raya meletakkan dunia di tangan, tidak di hati.

Lebih menarik, kalau cerita ini disambung kisah Fahri dan Aisha membesarkan anak-anaknya. Lebih banyak ilmu dan pelajaran yang akan kita dapat. Saya membandingkan percintaan mereka dengan kami – suami isteri. Yang mana kurang, kami perlu perbaiki sebab kami pun mahu bercinta hingga ke Syurga macam mereka. Iaitu cinta yang berlandaskan kepatuhan kepada Pencipta.

Oh! Maria (isteri kedua Fahri) pun beruntung. Setelah berusaha mencari hidayah, akhirnya dia kembali kepada Tuhan dalam ‘husnul khatimah’. Menanti suami tercintanya di Syurga.

Menjadi mukmin berwawasan

Saya juga ambil iktibar tentang wawasan mereka berdua. Mereka ada halatuju hidup yang jelas, “step-by-step”. Tetapi kami hidup tak ada “peta hidup” yang jelas. Masih mengikut arus kehidupan yang entah sampai ke mana. Oh, kami mesti berbuat sesuatu dari sudut itu.

“Haa… baru Abang tahu kenapa Ayang selalu khusyuk bila baca Novel” – kata isteriku

Saya memang selalu perli apabila isteri saya membaca novelnya. Khusyuk sampai kekadang tu menitis air mata. Dan isteri saya memang tahu saya tak suka membaca novel. Walaupun ada lebih kurang 20 novelnya di bilik kami, saya tak berminat pun untuk membacanya kerana bagi saya banyak lagi bahan ilmiah yang perlu dibaca sebelum novel. Tetapi apa yang sangat menarik minat saya terhadap novel ini ialah ilmu di dalamnya. Al-Quran dan hadis sentiasa dikaitkan dalam menjalani kehidupan harian. Ia diterjemahkan ke dalam bentuk praktikal kehidupan sehari-hari.

Bukan sekadar “Cinta”

Walaupun novel ini subjeknya “Cinta”, tetapi bagi saya iktibar cinta hanyalah 1/3 daripada seluruh ilmu di dalamnya. Selebihnya tentang luar daripada cinta iaitu berkisar tentang kehidupan seharian kita. Bagi yang telah berumahtangga, novel ini boleh mengukuhkan cinta antara suami dan isteri (kalau dilihat dari sudut yang betul). Bagi yang bujang, boleh belajar tentang “Cinta” sebelum bercinta (berkahwin). Walauapapun ilmu di dalamnya, kita cuma boleh mendapat manfaat kalau melihatnya dengan cara yang betul.

“What you see is what you get. Who you are determine how you see”

Nak beli satu

Okaylah, saya ingat nak beli la novel ni. Untuk buat “revision”, dan “highlight” isi-isi penting bagi peningkatan diri dan keluarga. Harganya cuma RM22.90, terlalu murah berbanding dengan ilmunya. Membaca sambil santai pun boleh dapat ilmu!

Alhamdulillah, syukur.

Wallahu ‘alam.

Selamat membaca. Selamat bercinta!


Zulkifli
Damansara Damai
8 Oktober 2007

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>