MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kembali Beriltizam Bila Iman Dibangunkan

August 29, 2008

Sujud

Fikrah memberi TAHU, iman memberi MAHU, tetapi mujahadah nafsu itulah yang membuahkan MAMPU. Solat, Quran, majlis ilmu dan zikrullah, itu semua itu bekalan asas untuk terus memupuk MAHU dan MAMPU di jalan dakwah.

(Sambungan artikel Suvival Hidup dan Suvival Dakwah)

Dulu aktif, sekarang pasif. Dulu agak bertenaga bercerita perihal dakwah dan perjuangan, namun ‘suara-suara’ dulu seperti sudah tak kedengaran. Walauapapun puncanya, tapi itulah realiti yang berlaku pada ‘majoriti’ graduan aktivis kampus, termasuk saya salah seorangnya mungkin.

Faktor kerjaya dan kewangan? Mungkin ada betulnya pandangan sahabat. Saya akur kerana saya juga pernah alami dan rasainya.

Faktor Duit

Duit salah satu faktor penting. Ia soal survival untuk hidup, untuk penuhi keperluan jasmani. Ia cukup-cukup terasa terutamanya bagi mereka yang baru berumahtangga. Mereka yang bujang kebanyakkannya tak rasa sangat masalah duit ni. Kebanyakkannya masih happy go lucky dengan pendapatan yang ada walaupun tak sebesar mana. Tanggungan dan kos sara hidup sangat rendah ketika tu.

Yang dah bekeluarga dan beranak-pinak, kos sara hidup jauh lebih tinggi. Bukan double, malah lebih besar dari triple. Itulah menyebabkan ramai yang mendapat 'kejutan' selepas berumahtangga.

Mengikut pemerhatian saya, mereka yang kurang dilanda masalah kewangan lebih selesa menggerakkan dakwah dimana-mana peringkat sekalipun samada penggerak surau, ataupun jemaah-jemaah Cawangan mahupun Kawasan.

Oleh kerana kewangan faktor penting untuk memacu pendakwah, saya suka berkongsi persoalan kewangan supaya kita semua 'merdeka' dari masalah tersebut.

Faktor Iman

Walaupun begitu, duit bukanlah satu-satunya punca. Masalah iman lebih susah dan bahaya. Apabila Quran, Surau dan Masjid, Majlis Ilmu, dan Zikrullah ditinggalkan, habislah segala-galanya. Duit banyak mana pun tak cukup. Yang dah 'kaya' pun masih terasa 'sempit'.

Nasihat saya pada diri sendiri dan sahabat semua, ambik beratlah perkara-perkara asas iaitu berkaitan hubungan kita dengan Tuhan. Solat dan ibadah-ibadah asas yang lain perlu sentiasa diperbaiki dan dipertingkatkan.

Yang sunat seperti Quran, Majlis Ilmu, dan Wirid jangan ditinggalkan. Kalau boleh wajibkan diri untuk solat waktu berjemaah di masjid. Kalau tak boleh banyak, sehari sekali pun okay. Kalau tak ‘mampu’, seminggu sekali pun tak apa buat permulaan. Janji, kita ada azam untuk perbaiki diri. Mudah-mudahan Allah memilih kita untuk jadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Bersahabatlah Dengan Orang Soleh

Nasihat saya lagi, bersahabatlah dengan orang yang soleh. Sesama kita (sahabat lama) mungkin payah berjumpa. Kos petrol yang meledak cukup mengganggu niat kita untuk saling berziarah. Walaupun begitu, saya percaya ditempat kita masing-masing masih ramai orang yang soleh.

Cara paling mudah nak jumpa orang soleh ialah di masjid dan surau. Jadi, carilah kawan di surau dan masjid-masjid berdekatan. Moga sahabat yang soleh itu memberi tempias iman pada kita, insyaAllah.

Perbanyakkanlah Doa dan Harapan

Dua tiga perkara yang saya cadangkan itu bukan teori, tapi realiti berdasarkan pengalaman sendiri untuk memperbaiki diri. InsyaAllah, bila iman kita sihat sejahtera, kita akan lebih kuat untuk turun ke lapangan dakwah dengan selesa.

Dan jangan lupa, tiada siapa yang boleh jamin akan kekal di jalan dakwah. Jadi, perbanyakkanlah doa kepada Allah moga dikekalkan iman hingga ke akhir hayat. Kerana tiada nikmat yang lebih besar daripada iman dan Islam.

Wallahu 'alam.

Zulkifli
Damansara Damai
1 Ogos 2008

Apabila bersama adik-adik aktivis kampus, terasa kerdilnya diri ini. Saya pernah bercakap seperti mereka suatu ketika dulu, tetapi kata-kata dulu agak ‘takut’ untuk diucapkan kembali pada hari ini. Kerana saya dah rasa, ujian ‘realiti’, tak semudah bercakap dengan ‘teori’.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>