"The difference between people who live paycheck to paycheck and people who are financially free is how they use their daily allotment of 1440 minutes a day"
Bukan "Time Management"
Hari tu, ada satu tips penting yang dikongsikan oleh mentor saya iaitu tentang Time Management dalam buku terbaru yang beliau baca. Katanya, istilah yang lebih tepat ialah Event Management - iaitu bagaimana kita susun aktiviti (event) mengikut keutamaan.
Contohnya, bagi orang yang nak tingkatkan "fitness" dia mungkin lakukan tiga perkara iaitu; (1) Makan makanan yang sihat, (2) Makan secara sederhana - berhenti sebelum kenyang kata Nabi, (3) Riadhah atau bersenam.
Utamakan "Future-Based Event"Ketiga-tiga aktiviti tersebut semuanya penting untuk capai objektif "fitness" tapi dua aktiviti pertama bersifat Current-Based Event. Buat banyak mana pun, dia tak akan dapat "fitness" secara optimum. Jadi, untuk pastikan badan dia "fit", dia mesti utamakan aktiviti ketiga yang bersifat Future-Based Event iaitu Riadhah. Barulah matlamat dia akan tercapai.
Contohnya lagi, bagi orang yang buat bisnes, dia mungkin impikan rumah yang lebih selesa untuk keluarga. Tapi kalau masanya lebih banyak dihabiskan dengan mengemas rumah berbanding keluar membina bisnes, 10 tahun akan datang pun rumah dia tetap macam tu.
Kalau keluasan rumahnya cuma 750 kaki persegi sekarang, 10 tahun akan datang rumahnya tetap rumah yang sama, dengan keluasan yang sama kalau dia terlalu banyak fokus pada kerja membersih dan mengemas rumah. Jadi, dia mesti urus aktiviti (event) dia supaya kerja-kerja yang dia buat akan memberikan masa depan yang lebih baik untuknya.
Kita Tak Boleh Hebat Semua Perkara
Bila mentor ulas benda ni, saya teringat kata-kata Azizi Ali (pakar kewangan peribadi) dalam bukunya bertajuk "Jutawan Ekstrim". Antara yang saya ingat ialah;
Kita tak boleh jadi hebat dalam semua perkara. Kita tak boleh jadi seorang businessman yang hebat, dalam masa yang sama seorang 'suami mithali' yang banyak habis masa membantu isteri dalam urusan mengemas rumah, dan dalam masa yang sama juga seorang kakitangan syarikat yang paling cemerlang. Kita mesti fokus dan utamakan yang utama - mengikut apa matlamat kita.
Katanya lagi, dia seorang pakar kewangan, tapi dia tak tahu membaiki kereta hinggakan bahagian-bahagian penting kereta pun dia tak berapa tahu. Dia tak tahu kerja-kerja menukang rumah. Dia tak ada masa untuk semua itu.
Dia kurang masa membantu isteri dalam kerja-kerja rumah, tetapi dia hadiahkan isterinya orang gaji yang dapat membantu kerja-kerja isterinya. Katanya lagi, adalah lebih baik dia fokus pada apa yang lebih utama untuk capai impian beliau sekeluarga berbanding menghabiskan masa dengan kerja-kerja rumah.
Manfaatkan 1440 Minit Sehari Sebaiknya
Alhamdulillah, dari situ saya faham, saya mesti fokus apa yang lebih utama. Dan mungkin tabiat saya yang terlalu obses untuk pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas (yang bersifat Current-Based Event), mesti sedikit dikurangkan. Kalau dulu setiap 2 hari mesti nak vakum dan mop lantai, tapi sekarang mungkin saya perlu kurangkan kepada 4 hari sekali. Saya perlu utamakan apa yang lebih utama - Future-Based Event.InsyaAllah.
“Most of people waste their lives waiting for the ‘perfect time’ to do X, Y or Z. Whether it’s the best of times or the worst of times, it is only the time we got. The difference between people who live paycheck to paycheck and people who are financially free is how they use their daily allotment of 1440 minutes a day.” – Burke Hedges, The Parable of Pipeline
Zulkifli
Damansara Damai
14 Oktober 2009