Baby sebaik sahaja dibersihkan di labour room. Rupanya nak lebih kurang dengan kakaknya yang ke-2, Amal Hayati.
Puji-pujian bagi Allah… jam 1.00 tengahari semalam (Ahad, 18 Julai 2010), kami dikurniakan cahaya mata ke-5. Anak lelaki, bersalin normal di Hospital Sg. Buloh. Baby dan mamanya sihat, alhamdulillah.
Tukar Kepada Pelan C
Pelan asal (Pelan A) nak bersalin di Klinik An-Nisa’ Kota Bharu. Kalau ikutkan scan, tarikh asal bersalin pada 27 Julai. Jadi kami rancang nak balik ke Kota Bharu pada Khamis, 22 Julai nanti. Tapi hari Sabtu lepas, Najdah rasa macam sakit perut.
Lepas habis keluar jalan-jalan dari pagi sampai petang, singgah cek di Klinik Dr. Normah, Damansara Damai dekat maghrib. Katanya, dah buka 3cm! MasyaAllah… di luar jangkaan. Ingatkan nak terus bergegas balik KB, tapi bila bincang-bincang, tak nak ambik risiko bersalin tengah jalan.
Jadi, kami tukar pelan (Pelan B), nak bersalin di Damansara Damai Medical Centre (swasta). Tapi, tak diterima. DDMC tak terima sesiapa yang tak pernah buat pemeriksaan mengandung di situ. Jalan terakhir, pergi ke Hospital Sg. Buloh (kerajaan) – Pelan C. Ni pertama kali Najdah bersalin di hospital kerajaan.
Pertama Kali di Hospital Kerajaan
Servis di hospital tu ok. Cuma di hospital kerajaan, banyak perkara yang terhad. Paling penat ialah menunggu di luar. Masuk pukul 1.00 pagi, dekat pukul 1.00 tenghari baru dipanggil. Tak tahu apa perkembangan isteri di dewan bersalin sebab handphone tak dibenarkan di bawa masuk. Memang lost contact untuk 12 jam!
Nak pergi tandas, nak pergi makan, nak pergi solat pun jadi serba salah. Kalau kebetulan isteri dah nak bersalin masa saya di tandas, tak ada rezekilah untuk sambut kelahiran baby sebab nurse tak akan call handphone. Cuma dibuat verbal announcement di kaunter pendaftaran sahaja.
Terima Kasih Hospital Sg. Buloh
Apa pun itu cuma hal remeh temeh sahaja. Beberapa pengalaman lain isteri saya mungkin akan dikongsikan nanti seperti ramai jururawat non-muslim, doktor lelaki dsb. Itu semua limitation yang terpaksa diralui di hospital kerajaan. Apapun, yang paling penting, semuanya sihat dan selamat. Dan satu lagi kelebihan yang ‘terpaksa’ kami dapat ialah, jimat bajet bersalin sebanyak RM2,000! Alhamdulillah.
Terima kasih pada jururawat, doktor, mak guard dan lain-lain kakitangan yang memberi servis terbaik di Hospital Sg. Buloh. Moga kerja kalian dinilai oleh Allah sebagai amal soleh.
Zulkifli
Damansara Damai
19 Julai 2010
7 Sya’ban 1431
p.s. Nama baby belum difinalise lagi buat masa ini.
alhamdulillah… tahniah utk kalian sekeluarga..
ceria jer tgk mama baby.. tetap cute walaupun baru lepas ‘berperang’.. hehehe..
babynya berapa kilo tu akh? berpantang di KL or KB? kim salam kat k.najdah.. 🙂
ahlan wasahlan utk ‘pejuang’ baru.. i.allah..
Alhamdulillah Zalizza…
Baby lahir 2.89kg. Berpantang di Dsara Damai jer.. insyaAllah..
[…] Kelahiran Cahaya Mata Kami Ke-5 […]