MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Rahsia Kejayaan Ada Pada Rutin Harian Kita

January 25, 2023

"Nak predict tahap kehidupan kita 5 - 10 tahun akan datang, lihatlah pada rutin harian kita pada hari ni..." 

Dulu bila mentor saya cakap, kalau nak berjaya kena stop tengok TV... Dan stop baca news paper...  

Sebaliknya kena banyak baca buku...

Saya fikir saranan beliau tu agak membosankan...

Adakah hidup kena buat perkara-perkara yang bosan baru boleh berjaya? 

More...

Pakai Otak Orang Berjaya

Walaupun rasa bosan pada permulaannya, tapi saya dengar jer cakap mentor... Sebab saya percaya, kalau nak berjaya, saya kena pakai otak orang yang dah berjaya.

'Otak' (mindset) kita tak boleh pakai... 

Kalau otak kita boleh ‘pakai’, sepatutnya kehidupan kita sudah di tahap yang lain pada hari ni...

Jadi saya bodoh-bodoh buat... Buat jer apa yang mentor saya sarankan.

Berhenti tengok TV, dan berhenti baca news paper...

Sebaliknya gantikan dengan tabiat baru... Iaitu membaca buku...

Tinggalkan TV, Baca Buku...

Tapi bila dah lama tak tengok TV, akhir sekali saya langsung hilang minat tengok TV...

Kalau orang pasang TV (lebih-lebih lagi drama Melayu), saya rasa itu satu gangguan mental bagi saya...

Sebaliknya berbeza kalau masuk ke kedai buku...

Saya rasa excited untuk beli dan baca buku-buku.

Duit mesti akan 'bocor' kalau masuk kedai buku. "Membaca" buku dah jadi TABIAT baru yang tak dapat ditinggalkan lagi...

Maksudnya, kita kena biasakan buat perkara yang betul...

Paksa Sampai Rasa Selesa

Permulaannya memang kena paksa... Kalau tak paksa memang tak jadi...

Kita kena buat, buat, buat perkara yang betul tu sampai akhirnya jadi habit yang baru dan rutin harian tanpa perlu dipaksa-paksa atau perlu diingatkan lagi...

Bila kita dah happy buat perkara yang betul, ketika tu, kejayaan hanyalah persoalan masa sahaja... InsyaAllah...

Antara buku-buku yang boleh saya capai dari meja kerja saya sekarang. Buku banyak mengubah siapa saya hari ini berbanding dulu...

Baca Lebih 120 Buah Buku

Saya dah tinggalkan TV dan news paper sejak tahun 2009 lagi... Dan saya biasakan diri baca sekurang-kurangnya satu buku satu bulan...

Baca satu buku, kita jimat masa 10 tahun... Sebab selalunya mana-mana penulis pun, mereka berpengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang yang dia tulis...

Jadi kalau baca sebuah buku setiap bulan, 12 bulan, maksudnya 12 buku setahun...

10 tahun, maksudnya saya sudah baca lebih 120 buah buku!

Diri Kita Versi Lebih Baik

Walaupun diri kita masih diri kita yang sama, tapi ilmu sudah bertambah... Dan mindset pun sudah berubah...

Maka tentunya tak akan sama dengan mereka yang langsung tak membaca...

Syukur alhamdulillah...

Bila ilmu sentiasa bertambah, dan mindset dah berubah, saya dapati kualiti kehidupan saya sentiasa menjadi lebih baik dari tahun ke tahun...

Alhamdulillah...

Zulkifli

Cyberjaya

25 Januari 2023
3 Rejab 1444H

“Gigi kita cantik sebab gosok gigi setiap hari. Dah jadi tabiat. Menabung pun kena jadi tabiat macam gosok gigi. PG sediakan kaedah #AkaunEmasGAP Auto-Debit nak bantu penyimpan emas supaya auto-menabung dan auto-kaya setiap bulan, insyaAllah.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 30 Disember 2023

“Untuk berjaya, kita kena jadikan perkara yang betul sebagai rutin dan habit. Sampai kita tak perlu lagi buat "decision" atas perkara tersebut. Macam kita tak perlu lagi buat decision setiap hari samada nak gosok gigi ataupun tidak. Ianya automatik - rutin!” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 7 Oktober 2023

“Kalau sesuatu topik tu penting, kena ulang belajar. Kalau sesuatu perkara tu penting untuk disampaikan, kena ulang cakap. Kalau aktiviti tu berkesan dapatkan hasil, kena ulang buat. Kejayaan adalah tentang buat perkara betul berulang-ulang!” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 3 September 2023

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>