MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Orang Banyak Duit Diam-diam Sahaja di Medsos

January 29, 2025

Penuh sesak orang di Apple Store @ TRX!

Ahad lepas saya pergi ke TRX beli iphone baru untuk saya dan isteri. Sebab iphone lama dah tak sesuai bila banyak travel. 

Risiko iphone tu jammed (tersekat) masa travel - sebab storage penuh. Tak sempat run backup ke iCloud bila tak dapat akses high-speed wifi. 

Tak nak ambil risiko, saya terpaksa tukar iphone yang storage 256GB kepada 1TB. Supaya lebih peace of mind sepanjang travel. 

More...

Sampai masa kena upgrade iphone

Tahun ni, saya akan travel lebih banyak dan lebih lama.

Minggu depan nak pergi umrah. Lepas raya nak pergi haji, insyaAllah. Dan tahun ni juga akan ikuti trip Public Gold ke South Africa dan juga Antartica. InsyaAllah... 

Semuanya trip yang makan masa hampir 2 minggu. 

Storage phone 256GB memang confirm penuh dan phone tu boleh jammed terus! 

Sedangkan phone tu 'nyawa' bisnes saya.

Jadi tak nak ambil risiko... Dah sampai masanya upgrade iphone baru. 

Masa pergi ke Apple Store di TRX, saya fikir orang tak ramai. Tapi bila sampai, wah... Penuh sesak tingkat bawah dan tingkat atas!

Tempat barang mahal pun orang sampai penuh sesak!...

Orang kaya diam-diam sahaja 

Memang benarnya apa yang saya fikir selama ni. Dan saya dapat input sama daripada Tuan Abdul Basit, Byond Success;

Orang ada duit ni banyak... Tapi mereka ni jenis diam-diam sahaja di medsos. Sekadar silent reader. 

Diam-diam pergi shopping... Diam-diam mereka beli tudung yang mahal-mahal sampai RM100k sehelai!

Diam-diam mereka beli property (rumah pelaburan) macam beli phone sahaja.

Diam-diam mereka sauk gold bar 100 gram (RM40k), 250 gram (RM100k) dan 1 kilogram (RM400k)! 

Orang macam ni mereka tak bising di medsos. Mereka tak pernah mengeluh pasal ekonomi ataupun kerajaan di medsos.

Hidup mereka selalunya sibuk. Sibuk jadikan diri mereka lebih baik, samada kerjaya, bisnes dan kehidupan mereka.

Tak perlu impress sesiapa

Mereka tak sibuk hal orang lain. Dan mereka tak menyalahkan sesiapa.

Mereka ambil tanggungjawab sepenuhnya atas jatuh bangun hidup mereka. 

Itulah pengalaman saya selama 15 tahun perhatikan orang kaya-kaya yang beli emas yang banyak. 

Daripada pengalaman ni pun saya dapati, yang mengeluh, mengecam dan sibuk bertelingkah di medsos bukan golongan berduit (kaya).

Orang berduit, mereka diam-diam sahaja. Mereka fokus tanggungjawab dia dan kerja-kerja dia sahaja. 

Mereka tak perlu buktikan kepada sesiapa yang mereka kaya sebab mereka memang kaya. 

Mereka tak habiskan duit untuk impress sesiapa...

#TravelogDealerPublicGold

Zulkifli
Cyberjaya
29 Januari 2025
29 Rejab 1446H

Saya beli iPhone guna duit bisnes untuk tujuan bisnes. Ia bukan barang mewah, tapi ia alatan bisnes saya. Pembelian iPhone ni dapat kurangkan jumlah cukai yang saya kena bayar kepada LHDN.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>