Ride Santai Pagi Bersama Anak
Pakai scooter... Tapi feeling dia macam bigbike > 1000cc!
Pagi tadi anak saya ajak saya keluar ride. Dia yang selalunya excited ajak saya keluar ride pagi-pagi...
Dia ajak saya ride scooter...
Dia cakap lebih selesa berbanding seat bigbike saya.
Kami keluar berdua nikmati angin pagi sebelum breakfast...
Waktu pagi orang mula sibuk menghala ke ibu kota, kami bergerak melalui highway keluar dari kesesakan kota...
Menikmati pemandangan hijau... Lalu kawasan tasik yang luas sambil hirup udara segar di pagi hari...
More...
Pilihan Praktikal Untuk Ride Harian & Jauh
Kami naik scooter cc besar yang seatnya luas, lembut dan selesa... macam duduk atas sofa...
Bunyi enjinnya lembut... Dapat bergerak dengan selesa pada kelajuan 110 - 130km/h atas highway, tanpa rasa sebarang 'gegaran enjin' (macam bigbike saya)...
Ia tak laju... Dan tak juga perlahan...
Kalau terlalu laju, rugi tak menikmati pemandangan...
Kalau perlahan sangat, susah nak memotong, khususnya nak lari jauh daripada lori dan treler (untuk jauhkan daripada bahaya)...
Setiap kali saya ride motor ni, saya rasa sangat selesa...
Selain daripada faktor kelajuan (boleh cecah 200km/h dengan selesa), saya rasa apa yang saya nak pada motor BMW 1300 RT (RT) sudah ada pada scooter ni... Malah yang bestnya, motor ni tak berat macam motor RT.
Beratnya sekitar 220kg, berbanding RT yang beratnya lebih 280kg.
Ia pilihan praktikal untuk kegunaan harian di bandar, dan perjalanan jauh yang santai.
Nikmati Apa Yang Ada Dulu
Setiap kali saya ride motor ni, saya sentiasa persoalkan diri saya;
"Kalau motor ni dah cukup untuk keperluan, kenapa perlu beli yang lebih mahal (dream bike yang harga dekat RM200k)?"
Saya fikir, biarlah simpan saja motor RT tu di showroom dulu... Tangguhkan dulu...
Tak ada orang pernah menyesal sebab lambat beli motor/ kereta.
Sebab motor/ kereta keluaran tahun-tahun mendatang pastinya lebih baik berbanding motor keluaran tahun ni....
Tangguhkan dulu walaupun mampu...
Adakalanya kita kekal teruja selagi kita belum memiliknya... Nikmati apa yang ada sepuas-puasnya dulu...
Malah sikap "tangguhkan kepuasan" itulah menjadikan kita makin lama makin kaya... InsyaAllah...
P.s. Foto hiasan janaan AI. Itu bukan motor saya dan bukan juga nombor plat motor milik saya.
Zulkifli
Cyberjaya
29 Julai 2026
14 Safar 1448H
Artikel berkaitan:
- Tak Berbaloi Beli Rumah Jauh Dari Tempat Kerja. Menyewa Saja Dulu
- Kaya Lain, Mewah Lain — Ramai Nampak Mewah, Tapi Tak Kaya
- Beli Rumah, Konon Jadi Aset. Malangnya Jadi Jerat Kewangan!
- Gopoh Beli Kereta dan Rumah, Punca Kewangan Tercekik di Usia Muda
- Kenapa Banyak Jutawan Tak Beli Rumah Untuk Duduk Sendiri?
- Hobi Bukan Pembaziran Jika Kita Tahu Prioritinya
- Fokus Meningkatkan Nilai Diri Kita

