MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Sabar Kerja Kuat 10 Tahun, Enjoy Life 30 Tahun!

Penat... Sangat penat...

Balik rumah macam phone dah nak habis battery. Nak spent masa dengan family pun sekejap je. Lepas tu kena recharge (tidur)...

Macam tulah yang saya rasa setiap kali hari saya pilih untuk 'pergi kerja' di Menara Public Gold. 

Itupun masuk office lewat. Tak ada boss yang arahkan buat itu dan ini. Buat kerja ikut saya suka.

Dan waktu balik pun ikut saya suka.

Tak ada siapa pun yang paksa. Tapi tetap letih... 

More...

Kena tahu bila penat akan berakhir

Lepas dah 13 tahun 'berhenti bekerja', sesekali saya cuba balik pergi kerja macam dulu-dulu...

Nak rasa balik penat tu macam mana supaya lebih menghargai apa yang saya ada. Dan lebih empati bila sampaikan ilmu (tentang kewangan).

Dulu memang kerja penat... Kerja lagi, bisnes lagi, anak-anak pulak ramai... Sibuk dengan kerja-kerja komuniti...

Hidup memang penat...

Cuma penat saya dulu tak berpanjangan. Saya ada deadline saya sendiri; bila penat tu akan berakhir. 

Saya buat keputusan untuk kerja kuat 10 tahun. Lepas tu enjoy life lagi 30 tahun...

- 10 tahun kerja kuat. 
- 10 tahun ikat perut. 
- 10 tahun gila-gila menabung. 
- 10 tahun bebaskan dari segala hutang. 
- 10 tahun kumpul harta yang cukup. 

Target kerja sampai tak perlu kerja

Saya target kerja kuat bina kekayaan sampai tak perlu kerja lagi. Capai #FinancialFreedom - tak kerja pun ada duit.

Target 10 tahun saya tak kesampaian. Saya always tak achieve target.

Tapi syukur alhamdulillah. Saya pencen pada usia saya 33 tahun. Lepas 11 tahun kerja kuat. 

Tahun ke-12, hidup saya totally berubah. Hilang segala penat 11 tahun.

Waktu bila nak kerja, waktu bila nak rehat, waktu bila nak bercuti, saya yang tentukan sendiri. Alhamdulillah... 

Penat yang berbaloi... 

Walaupun semua orang pun penat. Tapi yang penting kita kena tahu apa yang kita buat. Dan kita tahu bila penat tu akan berakhir...

Penat yang berakhir atau sampai mati

Kalau penat kita tu membuatkan tabungan dan harta makin bertambah dan hutang makin berkurangan, ketahuilah penat kita bekerja tu akan berakhir..

Cepat atau lambat sahaja. InsyaAllah. 

Sebaliknya kalau bertahun-tahun penat bekerja tapi tabungan dan harta tak bertambah, yang bertambah hanyalah hutang, penat tu tak akan berakhir...

Penat berlari di tempat yang sama, bahkan akhirnya hidup jadi macam hamba gara-gara penat kerja hanya untuk bayar hutang (yang semakin bertambah)...

Itu penat yang tak akan berkesudahan... 

Samada penat kita tu akan berkesudahan ataupun penat sampai mati, kita yang buat pilihan.

Bak kata bijak pandai, "if you fail to plan, you plan to fail..."

#TipKewanganPeribadi
#BukuMisiBebasHutang

Zulkifli
Cyberjaya
12 Mei 2025
14 Zulkaedah 1446H

Balik kerja bersesak-sesak dalam MRT. Memang penat. Tapi kena tahun bila akan berakhirnya penat tu. 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}