Kereta baru beli sebulan dah tergesel! Anak yang drive...
Tapi syukur, sebab saya tak rasa terkilan langsung... Bahkan kekal tenang...
Kenapa?...
More...
Anak ambil tanggungjawab
Pertama, diam-diam anak saya terus hantar ke kedai ketuk body kereta.
Saya balik rumah tak nampak pun kesan tergesel tu.
Kecuali tengok dekat-dekat, nampak sikit kesan cat baru pada bahagian tu.
Kedua, saya beli kereta yang ringan saya membayarnya. Memang itu prinsip saya sejak beli kereta pertama (tahun 2004).
Kereta pertama yang saya beli dulu, harganya tak lebih setahun gaji saya.
Kereta yang seterusnya, harganya apa yang mampu saya bayar secara tunai. Saya beli kereta second hand yang saya mampu bayar secara tunai.
Kereta yang tak membebankan kewangan
Beberapa tahun ke belakang ni, saya cuma beli kereta yang nilainya tak lebih dari sebulan income saya. Tak boleh lebih...
Dan tentunya saya bayar secara tunai juga.
Maksudnya kereta saya tak membebankan kewangan saya.
Sepanjang 20 tahun, saya tak pernah bebankan diri saya dengan kos membeli dan membela kereta.
Tak pernah sampai tahap "terpaksa kena pergi kerja sebab nak bayar hutang kereta".
Tak pernah... Alhamdulillah...
Bagi peluang buat kesilapan
Ketiga, saya memang dah bersedia kereta tu akan tergesel bila bagi kepada anak yang baru dapat lesen.
Saya dah siapkan 'dana' kalau-kalau kereta tu nak kena ketuk body ataupun repair.
Saya fikir, setiap orang pasti akan ada pengalaman kereta tergesel tu. Itu sebahagian proses nak pandai bawa kereta.
Saya dulu pun sama. Kereta Abah saya pun pernah tergesel gara-gara saya yang bawa masa baru-baru dapat lesen.
Kalau tak bagi peluang buat kesilapan, sampai ke sudah tak pandai...
Kereta pertama yang saya beli dulu kereta Nissan Sunny. Kereta second hand.
Masa saya beli tu, umur kereta dah lebih 10 tahun.
Kereta tersadai sebab tak ada duit
Lepas beli, kereta tu jarang-jarang bergerak. Sebab saya tak ada duit (dana kecemasan)...
Setiap kali keluar, kos minyak dan tol sahaja RM30. Sedangkan saya mampu menabung cuma RM20 sebulan!
Kos RM30 sekali gerakkan kereta tu terlalu besar untuk saya.
Saya cuma bawa kereta bila nak keluar rumah bawa anak-anak.
Masa anak baru seorang, saya dan isteri cuma bergerak naik motor kapcai je - sambil isteri kendong anak.
Walaupun isteri ada lesen, saya tak benarkan isteri drive. Sebab kalau tergesel ataupun eksiden, saya tak ada duit untuk hantar repair.
Dana kecemasan 3 bulan gaji
Lepas dah ada cukup simpanan kecemasan 3 bulan gaji (lepas beberapa tahun), barulah saya berani benarkan isteri drive kereta tu.
Itu pun sebab isteri nak kena hantar anak pergi sekolah.
Baru beberapa bulan drive, eksiden - seperti yang dijangkakan!
Isteri saya lupa nak tarik handbrake masa parking dekat jalan berbukit. Kereta tu bergerak turun... Isteri saya kejar cuba nak buat stunt masuk kereta yang tengah bergerak tu!...
(Pembetulan 6 Julai 2025 : bukan terlupa tarik handbrake, tapi isteri saya tolak kereta turun jalan berbukit tu sebab kereta tak hidup)
Tapi akhirnya terlanggar sebuah kenderaan 4x4!...
Syukur tak ada siapa yang cedera. Saya kena bayar pemilik 4x4 tu RM800 dan repair kereta saya...
Memang koyaklah tabungan kecemasan saya waktu tu.
Biar kereta jadi hamba
Jadi bila perkara sama berlaku pada anak-anak, saya taklah rasa terkilan.
Bila anak-anak dah boleh drive ni, banyak urusan kami lebih mudah. Dia boleh tolong ambil dan hantar adik-adik dia. Dan boleh hantar saya ke Stesyen MRT.
Tak perlulah saya nak kena tunggu Grab...
Sejak dulu lagi... Kereta cumalah alat untuk bergerak dari Point A ke Point B sahaja.
Saya tak akan berbelanja besar hanya untuk kereta.
Biar kereta jadi hamba (yang memudahkan urusan kita). Jangan sampai kita jadi hamba kereta sampai kereta jadi beban untuk kita membayarnya dan membelanya...
#TipKewanganPeribadi
#TipBeliKereta
Zulkifli
Cyberjaya
3 Julai 2025
7 Muharram 1447H

Kesan eksiden dengan 4X4. 'Koyak' duit dana kecemasan kami untuk bayar kepada owner 4x4 dan repair kereta kami. Syukur isteri saya selamat.
Artikel berkaitan:
- Beli Kereta, Kena Kira Kos Membelanya Sekali
- Kita Jadi Tuan, Biar Kereta Jadi Hamba
- Kes Buli Pemandu Peugeot : Bahagia Hidup Bila Bersederhana
- Dana Paling Kritikal Waktu Kecemasan
- Gopoh Beli Kereta dan Rumah, Punca Kewangan Tercekik di Usia Muda
- Beli Kereta Mewah, Orang Lain Tolong Bayarkan
- Sebelum Beli Kereta Mewah, Milikilah Harta RM1 Juta Dulu
- Kereta Jadi Beban, Lori Jadi Harta

