Content is king!
Zaman sekarang, sebelum orang beli produk atau ambil servis, mereka cari konten dulu.
Mereka nak tahu:
- Macam mana nak selesaikan masalah mereka?
- Adakah produk kita boleh jadi penyelesaian?
Bila mereka jumpa jawapan, barulah mereka buat keputusan nak beli atau tidak.
More...
Produk biasa pun boleh jadi laku
Realitinya, produk biasa-biasa pun boleh meletup sebab ada konten. Tapi produk yang power macam mana pun tak akan jalan kalau tak ada konten.
Kalau orang search dekat internet tapi tak jumpa kita, macam mana mereka nak beli?
Suka atau tak suka, kalau nak bisnes berkembang, kena buat konten.
Sebab tu syarikat besar sanggup bayar staf khusus untuk buat konten – tiap-tiap hari kerja dia cuma buat konten!
Konten ubah kehidupan saya
Saya sendiri dah 17 tahun jadi content creator (sejak 2008).
Mula-mula dulu saya tulis pasal kewangan peribadi berdasarkan pengalaman.
Lepas tu saya share tentang simpanan emas. Daripada menabung emas seorang diri, hari ni dah lebih 800,000 penyimpan emas di Asia Tenggara berdaftar di bawah saya!
Daripada “kaya sorang-sorang”, sekarang ramai keluarga berubah hidupnya asbab ilmu yang saya sampaikan – melalui blog, Facebook, YouTube dan TikTok.
Alhamdulillah...
Fasa #1 – Asah Skill & Bentuk Rutin
Mula-mula buat konten, jangan fikir pasal leads lagi.
Luruskan niat – nak sebarkan ilmu dan kebaikan. Ingat, niat yang baik akan mendorong kepada banyak kebaikan yang lain.
Jadi fokus dulu untuk asah skill dan bentuk rutin baru - rutin sampaikan ilmu.
Caranya?
- Pilih role model (content creator yang kita suka).
- Tiru cara dia betul-betul.
Jangan fikir nak perfect. Yang penting siap.
👉🏻 Kuncinya: Done is better than perfect.
Buat sampai jadi RUTIN, sampai rasa seronok buat konten. Bila tak buat konten, sampai rasa bersalah!
Fasa #2 – Orang Kenal (Awareness)
Bila konten dah jadi rutin, orang mula sedar kewujudan kita.
Konten kita muncul berulang kali di depan mata mereka sampai mereka “bosan” tengok muka kita. Bila dah sampai bosan, maksudnya orang dah sedar kewujudan kita.
Kalau kita dealer Public Gold, orang dah tahu kita dealer aktif.
Sampai bila nampak Public Gold, mereka teringat kita. Bila nampak kita, mereka teringat Public Gold.
👉🏻 Kuncinya: KONSISTEN
Fasa #3 – Orang Suka (Like)
Lepas kenal, mereka mula suka kita.
Ada perkara yang membuatkan orang suka, antaranya:
- Cara penyampaian kita santai dan mudah difahami.
- Jujur dalam sampaikan, up-to-date dan relevan.
- Personaliti kita ikhlas, tenang, mesra, sempoi dan mungkin juga lawak!
👉🏻 Supaya orang suka, tak perlu jadi orang lain. Jadi diri sendiri dalam versi lebih baik.
Kita tak perlu buatkan semua orang suka kepada kita. Biasanya, orang yang suka kita ialah mereka yang personalitinya lebih kurang dengan kita.
Fasa #4 – Orang Percaya (Trust)
Bila konsisten, orang mula percaya.
Mereka percaya sebab nampak kita jujur, berilmu dan berpengalaman.
Kalau bagus kita kata bagus. Kalau tak bagus, kita berani kata tak bagus. Kalau tak tahu, kita terus terang “tak tahu” dan akan buat kajian.
Mereka tahu kita buat konten bukan sebagai salesman, tapi sahabat yang betul-betul nakkan kebaikan untuk mereka.
Sampai satu tahap, mereka bukan sekadar jadi follower, tapi raving fan kita! Mereka nak berkawan dan bina kejayaan bersama kita.
👉🏻 Kuncinya: Konsisten + jujur + berkualiti (bermanfaat).
Fokus pada proses, bukan hasil
Bila orang dah percaya, leads akan datang sendiri.
Dalam fikiran mereka, bila sebut emas dan Public Gold – nama kita berada di ranking nombor satu.
Tapi nak capai tahap ni, kena konsisten dulu.
Berdasarkan pengalaman majoriti yang berjaya, mereka buat 3 – 5 konten sehari sekurang-kurangnya 3 bulan berturut-turut. Fokus pada proses sahaja dulu, jangan tengok result.
Jangan harap hasil cepat selagi belum konsisten.
👉🏻 Kuncinya: buat perkara yang betul dengan sabar dan konsisten.
Percayalah, kejayaan hanyalah persoalan masa sahaja. InsyaAllah...
Kesimpulan
Untuk buat konten sampai berjaya, step ringkasnya:
- Fokus dulu bagi orang kenal – muncul dengan konsisten.
- Bagi mereka suka – kongsi konten bermanfaat dengan gaya kita sendiri.
- Bina percaya – tunjuk integriti, konsisten, dan ilmu bermanfaat.
Allahu a'lam...


