MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tanda Sebenar Kaya: Mampu Tunai Haji Di Usia Muda

Kereta Mewah Bukan Ukuran Kaya

Pakai kereta mewah, belum tentu kaya.

Tanda orang tu kaya... dia bayar zakat.

Dan tanda orang tu benar-benar kaya, dia pergi haji di usia muda!...

Walaupun giliran untuk pergi dengan Muassasah Tabung Haji tu masih panjang, tapi dia ada duit untuk dapatkan quota melalui PJH (Pengelola Jemaah Haji) untuk pergi haji lebih awal!... 

Tak perlu tunggu umur pencen... Tapi umur 20-an dan umur 30-an pun dah pergi haji!

Jujurnya saya turut bangga pergi hantar dan perhatikan perjalanan murid saya yang masih muda ni pergi haji. 

Cikgu Mohamed Ridwan dan isteri.

Serta En Mohamad Hafiz Shafie dan isteri.

Lama saya renung...

Dengan keupayaan mereka bayar lebih RM200,000 secara TUNAI (hanya semata-mata untuk haji), itu petanda mereka sebenarnya jauh lebih kaya berbanding mereka yang pakai Alphard!

More...

Realiti Mewah Tapi Tiada Simpanan 

Kalau nak pakai Alphard, tak perlu ada cash RM200k - RM300k

Buat saja loan... Letak deposit sikit, lepas tu tarik loan sampai 7 - 9 tahun.

Bulan-bulan bayar dalam RM3,500.

Dah boleh pakai Alphard.

Tapi nak pergi haji, tak boleh buat loan. Kena bayar cash. 

Kalau boleh bayar cash RM200K, tak kan itu saja duit yang dia ada?

Duit yang masih berbaki untuk survive tentunya lebih banyak.

Pengalaman saya educate masyarakat tentang kewangan dah masuk tahun ke-18 ni, jujurnya saya dah tengok terlalu banyak kes; mereka yang pakai kereta mewah, tapi hakikatnya duit simpanan 3 bulan gaji pun tak ada!

Walaupun nampak mewah, tapi hakikatnya tahap hidup mereka masih lagi "kais sebulan makan sebulan".

Income mereka besar, tapi simpanan pun tak ada. Yang ada hanyalah hutang yang besar!

Bila apa-apa terjadi, mereka semua akan kembali kepada KOSONG. 

Bahkan lebih teruk, menanggung hutang yang besar. 

Pendek kata kalau jatuh, nak bangkit balik punyalah susah... Sebab selama ni, mereka hidup mewah bukan dengan duit simpanan ataupun harta, tapi dengan hutang yang besar. 

Dahului Kewajipan Sebelum Kemewahan

Sebagai muslim, nak bermewah tak salah. Tapi sebelum bermewah, utamakan apa yang utama dulu.

Kalau boleh habis duit beribu-ribu setiap bulan bayar loan kereta mewah, sepatutnya kena rasa berdosa kalau tak menabung duit beribu-ribu ringgit setiap bulan untuk sempurnakan rukun Islam yang ke-5.

Kalau boleh berbelanja mewah, kena rasa berdosa kalau tak sanggup korbankan duit untuk dapatkan giliran haji lebih awal melalui PJH. 

Pakai kereta harga lebih RM100k... Tapi rasa sayang nak korbankan duit RM100k untuk haji!...

Tak nak bayar lebih... Nak juga tunggu giliran pergi dengan muassasah TH yang bayaran cuma RM33k. 

Nampak berkira-kira sangat dengan Tuhan!...

Niat Kaya Kerana Tuhan 

Lepas saya balik haji tahun lepas, saya dah mulakan kempen #MisiHajiSebelum40Tahun. Saya nak murid-murid saya pasang cita-cita pergi haji sebelum umur 40 tahun.

Maksudnya, sentiasa luruskan niat... Nak kaya kerana Tuhan... Nak kaya sebab nak sempurnakan tanggungjawab kepada Tuhan, dan berbuat baik sesama manusia. 

Alang-alang menabung emas, biarlah sampai cukup syarat untuk bayar zakat (zakat simpanan).

Alang-alang bina kekayaan, biarlah sampai mampu pergi haji di usia muda.

Bukan sekadar untuk dunia. 

Dengan niat yang baik tu, moga Allah berkati usaha kita. Diberikan rezeki yang melimpah ruah dengan penuh keberkatan... Amiin ya Rabbal Alamiin...

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur

#MisiUbahHidup1000Keluarga

#TravelogHajiDealerPublicGold

Zulkifli
Cyberjaya 

23 Mei 2026

6 Zulhijjah 1447H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}