MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ambil Cabaran, Tinggalkan Keselesaan Supaya Terus Maju

August 16, 2026

Mencari Thrill, Menolak Keselesaan

Bawa kereta beberapa jam saja, saya rasa bosan... Malah mudah mengantuk. Tapi ride 10 jam, badan saya masih segar dan cergas.

Sampai rumah tak rasa letih macam bawa kereta.

Logiknya, naik motor lagi penat daripada bawa kereta... 

Bila fikir dalam-dalam, mungkin saya ni suka sesuatu yang thrill... Suka cabaran...

Bila ride, kita sentiasa dalam mode bersiap-siaga... Kalau lalai beberapa saat, mungkin nyawa kita habis! 

More...

Tak sama macam kereta. Bila ride, kita berada dalam mode siap-siaga pada tahap tertinggi. Walaupun helmet saya pasang intercom yang membolehkan layan muzik, saya tak akan dengar muzik masa ride.

Sebab muzik boleh menyebabkan saya 'layan' dan mengelamun...

Saya off muzik, dan peka dengan persekitaran. 

Mungkin sebab sangat fokus dan mode siap-siaga itulah menyebabkan saya sentiasa bersemangat, tak mengantuk dan tak letih bila ride.

Bila saya lihat sejarah hidup saya, rupanya saya memang jenis tak suka selesa. Saya sentiasa cabar diri sejak dari kecil lagi... 

Sentiasa Suka Cabaran

Waktu kecil, saya aktif dengan aktiviti outdoor. Saya budak kampung yang suka dan mahir tangkap ikan. Saya selalu keluar rumah tangkap ikan dan bawa balik hasil tangkapan saya untuk Mama masak.

Saya tangkap...

Saya siang...

Kemudian Mama tolong masak...

Ikan haruan...

Ikan keli...

Ikan puyu... 

Semua tu saya tangkap pakai tangan saja!

Tak pakai apa-apa alatan pun... 😂

Kadang bawa balik satu baldi ikan! 😂

Masa darjah 6, saya jadi troop leader pengakap sekolah. Cikgu boleh serahkan kepada saya untuk memimpin satu pasukan pengakap di tempat perkhemahan...

Cikgu tinggalkan kepada saya, saya bereskan semua... Daripada kawasan semak samun, kami bersihkan dan dirikan khemah, naikkan pintu gerbang kawasan perkhemahan, bina gajet-gajet, memasak dan pastikan seluruh pasukan dalam keadaan baik dan terus... 

Ketidakselesaan: Kunci Kemajuan Diri

Sebaik saja tamat universiti, saya pilih untuk berkerja dengan syarikat swasta, walaupun kerja dengan kerajaan menawarkan gaji yang lebih baik, kerjaya yang lebih stabil dan selesa...

👉 Saya sengaja pilih swasta sebab saya tak sukakan keselesaan tu... Keselesaan tu membuatkan saya malas dan lemau....

Walaupun ia selesa, tapi ia merugikan kemajuan hidup saya...

Saya sukakan cabaran...

Saya sukakan sesuatu yang thrill...

Mungkin itulah sebab kenapa bila ride, badan saya tak letih macam bawa kereta.

Ketidakselesaan tu sebenarnya bagus untuk kemajuan hidup kita. 

Walaupun begitu, setiap cabaran ada risikonya. Tapi setiap risiko boleh diturunkan bila kita urusnya dengan baik. Lagi tinggi tahap kesiap-siagaan kita, lagi rendah kita terdedah pada risiko. InsyaAllah... 

#MyRidingJourney

#MembangunDiri

P.s. Saya servis motor, tiba-tiba terpandang motor ni. Motor BMW RT 1300 saya masih simpan di show room. Belum pergi ambil lagi... Biarlah orang lain tolong jaga dan bela dulu sementara saya menikmati apa yang saya ada... 😅

Zulkifli
Cyberjaya
6 Ogos 2026
22 Safar 1448H

Tentang Penulis

Anis Adlina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}