Cara Praktikal Mencapai 3 KPI Ramadhan

by on August 3, 2011

Menarik perkongsian Ustaz Dr. Ahmad Faisal Abdul Hamid di facebook tentang cara mencapai 3 KPI utama Ramadhan. Satu saranan yang sangat praktikal dan bersifat kotemporari.
Menurut Ustaz, ada 3 KPI utama Ramadhan iaitu; (1) Puasa yang sempurna, (2) Solat Terawikh, (3) Buru Lailatul Qadar. Kesemua 3 utama tersebut sebenarnya ke arah mencapai 3 SASARAN sebenar Ramadhan iaitu (1) Keampunan dosa dulu dan akan datang, (2) Bebaskan nama dari senarai ahli Neraka, dan (3) Pahala sebanyak 83 tahun, 4 bulan.
KPI #1: Puasa Yang Sempurna
Untuk capai KPI #1, kena pastikan 5 perkara iaitu; (a) niat puasa betul, (b) sahur pada waktu sahur, sekitar 5.00 pg, (c) berbuka puasa tepat pada waktunya, bukan awal, bukan lewat, (d) menahan diri dari segala perkara membatalkan puasa, (e) elak diri dari melampau menggunakan lidah, kaki, tangan dan telinga.
KPI #2: Solat Terawikh
Untuk capai KPI #2, kena pastikan 4 perkara iaitu; (a) makan sikit masa berbuka puasa. Kalau nak makan banyak pun, pastikan makan hanya 1/3 perut, minum 1/3, dan kosongkan 1/3, (b) solat di surau atau masjid yang kita selesa, (c) pergi awal ke masjid/ surau untuk pastikan tempat solat yang tidak mengganggu, (d) jangan bawa handphone atau apa-apa yang mengganggu kosentrasi solat.
KPI #3: Memburu Lailatul Qadar
Untuk capai KPI #3, kena buat 4 perkara iaitu (a) melatih diri dengan membiasakan solat tahajjud dan bangun sahur lebih awal sejak dari awal puasa, (b) selesaikan tuntutan raya dan keluarga serta rancang cuti dan balik kampung (c) iktikaf pada 10 akhir Ramadhan (d) perbanyakkan doa dan sedekah.
Kalau capai 3 KPI utama tu, insyaAllah akan berjayalah 3 sasaran Ramadhan iaitu (1) Keampunan dosa dulu dan akan datang, (2) Bebaskan nama dari senarai ahli Neraka, dan (3) Pahala sebanyak 83 tahun, 4 bulan.
So, moga kita semua pulun sungguh-sungguh Ramadhan kali ni, seolah-olah inilah Ramadhan terakhir buat kita semua, insyaAllah. Moga bermanfaat dengan perkongsian Ustaz Faisal ni.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Heights
3 Ogos 2011
3 Ramadhan 1423

Biodata: Ustaz Faisal ialah Pensyarah di Jabatan Sejarah Islam dan Tamadun, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Berasal dari Manik Urai (Kuala Krai), Kelantan. Asal belajar di sekolah pondok, dan menyambung pengajian ke Pakistan dan Mesir. Jadi pensyarah lebih kurang 10 tahun di UM, dan sekarang baru sahaja selesai PHDnya. Selalu dijemput memberi kuliah di syarikat kami dan antara kitab yang dibawa ialah Kitab Hikam (Tasauf).

Beliau adalah antara penceramah terbaik di syarikat kami, syarikat dan masjid sekitar Damansara. Cara penyampaiannya yang structured, jujur dalam perkongsian, menepati dan menghargai masa, dan sentiasa fokus kepada topik sebenar setiap kuliah yang disampaikan. Penyampaiannya sangat menarik disebabkan saranannya yang bersifat praktikal, out-of-the-box, dan sesuai dengan dunia moden.

{ 4 comments… read them below or add one }

1 Anonymous August 5, 2011 at 1:30 am

Assaalamualaikum warahmatullaah

Jazaakallaah wa baarakallaah, sangat menarik dan praktikal. Terima kasih atas perkongsian.

Suhaimi
JPM.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie August 5, 2011 at 2:03 am

Alhamdulillah Suhaimi. Salam ukhuwan & selamat berziarah ke blog yang tak seberapa ni. Kalau ianya bermanfaat, puji-pujian bagi Allah.

Reply

3 Anonymous November 29, 2011 at 9:27 am

Salam,

Mohon kebenaran menggunakan gambar Ust Ahmad Faisal untuk flyer aktiviti semasa kami di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat, PJ) atau facebook.com/masjidbulat.

::rovitah@mac.com::

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie November 29, 2011 at 9:41 am

Wa’alaikumussalam.

Silakan tuan.. saya pun ambik gambar ni di website UM..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: