Tips Mendapat Stok Lebih Cepat

by on September 10, 2015

Post image for Tips Mendapat Stok Lebih Cepat

Istilah “stok sentiasa ada” dengan Public Gold (PG) selalu orang confuse. Saya dah lama tak gunakan ayat tersebut sebab ia kurang tepat. Saya selalu gunakan ayat “STOK TIADA HAD” sebab PG bukan macam emas jenama lain yang jual beli berdasarkan “ready stok” sahaja. Tetapi dengan PG, kita boleh beli emas pada bila-bila tanpa had. Stok tu pasti akan dapat, jangan risau.

Istilah “stok sentiasa ada” sentiasa disalahfahamkan sebagai stok emas Public Gold ada berlonggok-longgok di branch office. Bila-bila nak ambil emas, stok tu sentiasa ada. Tetapi realitinya, ianya MUSTAHIL dalam jual beli emas pada SKALA BESAR… Stok emas sangat-sangat mahal.

Pentingnya Buat “Stock Reservation”

Kalau kita beli emas 1 kilogram (nilainya sekitar RM160,000), PG benarkan kita ambil stok emas itu di mana-mana 18 branch seluruh Malaysia. Walaupun begitu, bukan bermaksud PG akan simpan 18 kilogram emas (nilainya RM1.6 juta) untuk pastikan stok 1 kg emas dah ready di setiap cawangan, hanya semata-mata menunggu kita datang ambil pada “bila-bila masa”…

Tetapi untuk ambil stok emas itu, kita kena buat RESERVATION di mana-mana branch seluruh Malaysia, dan PG akan gerakkan emas tu ke mana-mana branch dalam tempoh 1 minggu (atau selewatnya 2 minggu) untuk kita datang collect. Atas sebab itulah PG kenakan caj “gold premium”, atau istilah lamanya ialah “TRANSPORTATION COST”. Caj tersebut semata-mata untuk cover kos PG menghantar stok-stok itu ke branch terdekat dengan kita.

Kalau URGENT, kita boleh PERGI CARI di mana-mana branch seluruh Malaysia untuk ambil stok. Itu selalu dibuat oleh dealer-dealer otai seperti Tuan Haji Pokli. Walaupun beliau di Seremban, beliau selalu datang ke Sunway dan Kajang hanya semata-mata untuk collect stok.

Beri Jaminan Kepada Customer

Dalam ISU KELEWATAN STOK, kita kena bagi JAMINAN kepada customer, “stok itu confirm dapat” supaya mereka senang hati. Buktinya, Public Gold telahpun menjual LEBIH 4 TAN EMAS sejak 2008, dan BELUM ADA kes pembeli tak dapat emas!

Dengan rekod yang sangat baik ini, kita perlu yakinkan customer, TAK PERLU RISAU DENGAN PUBLIC GOLD. Kalau setakat beli RM1 juta atau RM2 juta, itu sangat kecil bagi PG. Apatah lagi yang beli bawah RM100k!

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat dealer, stok biasanya akan dihantar dari HQ ke setiap branch SEMINGGU SEKALI. Kalau lambat buat “stok reservation”, kita terpaksa tunggu “next batch”. Kes beginilah yang selalunya stok itu jadi lambat. Jadi cara paling baik, lepas buat bayaran, terus telefon branch terdekat minta mereka buat STOCK RESERVATION segera. Kalau telefon branch, jangan lupa ambil nama staff tersebut supaya senang kita nak follow-up nanti.

Isu Keselamatan Menggerakkan Stok

Dan lagi satu perkara yang kita perlu faham, staff di branch memang tak tahu tarikh sebenar stok tu akan sampai. Ini disebabkan ISU KESELAMATAN dalam penghantaran stok. Yang mereka tahu, stok akan sampai dalam minggu itu. Itu sahaja. Jadi jangan susah hati kalau staff tak dapat bagi tahu tarikh sebenar bila stok tu boleh diambil. Tunggu sahaja dan telefon mereka sesekali sebagai peringatan kalau-kalau mereka terlupa reserve stok tersebut.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
10 September 2015
27 Zulkaedah 1436H

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: