
“Assalamualaikum. Ana harap, anta dapat kukuhkan pemuda cawangan. Jangan asyik dengan Kawasan saja. Kalau akar umbi tak kukuh, jangan haraplah pokok boleh berdiri teguh!”
——————-
Riadhah Pertama Kami
Alhamdulillah, pagi tadi pemuda Damansara Damai berjaya melaksanakan program Riadhah Pemuda sebagaimana yang dirancang ketika program Sembang Pemuda di Restoran Haji Samuri, 24 April lalu. Ini adalah riadhah kali kedua. Kali pertama adalah pagi semalam yang mana kehadiran hanya 3 orang.
Hari ni, ramai yang turun kerana semuanya cuti. Setelah solat subuh berjemaah di masjid, kami mengikuti kuliah subuh oleh Ustaz Malik (JAWI). Jam 7.30, tamatnya kuliah, kami bersarapan bersama dengan jemaah masjid, iaitu program rutin Masjid Damansara Damai setiap pagi Ahad.
Menyihatkan Badan Sambil Bersilaturrahim
Syukur, pagi tadi ramai yang turun. Anwar selaku penyelaras Sukan dan Rekreasi, Zainan, Ramzan, Azfar, Izudin, Pak Tam dan saya sendiri. Jam 8.00 pagi kami berkumpul di gelanggang Apartment Idaman. Dimulakan dengan sepak takraw. Walaupun tak berapa pandai bermain, saya tetap menyertainya. Sekadar mengeluarkan peluh, dan bersilaturrahim dengan sahabat cawangan.
Tahniah pada Anwar! Kerana mengambil langkah secara proaktif. Menggerakkan aktiviti yang selama ini hanya menjadi cakap-cakap setiap kali halaqah usrah Cawangan.
Antara Cawangan dan Kawasan
Jam 9.00 pagi, Ustaz Riduan Ismail, KP Subang menggesa hadir ke padang futsal Taman Paya Jaras Permai. Katanya tak cukup orang nak main futsal anjuran Lajnah Sukan pemuda Kawasan. Saya memang sedia maklum tentang program tersebut. Tetapi saya menunggu persetujuan sahabat cawangan sama ada menyertainya, atau teruskan dengan aktiviti sukan kami.
Antara Cawangan dan Kawasan, saya utamakan Cawangan. Kerana di Cawangan saya memimpin, tetapi di Kawasan saya dipimpin. Dan Cawangan-cawangan inilah yang berperanan, sekiranya ada program Kawasan yang mahu dilaksanakan.
Tetapi, kalau mahu glamour, saya patut ‘tinggalkan’ Cawangan, dan mencari nama di Kawasan! Ops, sekadar gurauan… (“,)
(bersambung)
Zulkifli
Damansara Damai
11 Mei 2008, 5.58 petang