MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pelajari Dakwah Non-Muslim Di FCR

Brother Lim, salah seorang penceramah ketika kursus Friendly Comparative Religion anjuran IIS.

FCR Fasa 1 di IIS Setiawangsa

Sabtu dan Ahad (8.30pg – 5.30ptg) lepas, saya hadir program Friendly Comparative Religion (FCR) Fasa 1 yang dianjurkan oleh Islamic Information & Services Foundation (IIS). Dua hari penuh berkursus, menjadikan hujung minggu sama seperti hari bekerja. Tujuannya utama kursus tersebut ialah melengkapkan para pendakwah dengan “skill” dakwah non-muslim.

3 Pendakwah Berpengalaman

Tiga pendakwah berpengalaman membuat perkongsian iaitu Bro. Shah Kirit (India), Bro. Lim Jooi Soon (Cina), dan Bro. Engku Fauzi (Melayu). Mereka semua aktif dengan aktiviti dakwah non-muslim dan antara orang penting yang mengendalikan kes-kes murtad.

  • Bro. Shah Kirit – bekas Hindu, anak murid Dr. Zakir Naik, kiranya cucu murid Ahmad Deedat

  • Bro. Lim – bekas Budha, dan bekas aktivis Kristian

  • Bro. Fauzi – Melayu yang ‘pakar’ tentang Kristian. Banyak berkawan dengan Paderi dan banyak pengalaman ‘berdebat’ dengan Paderi.

Penyertaan, dan Pengisian

Penyertaan lebih kurang 30 orang. Sebahagain besarnya pelajar tahfiz dari Darul Quran, Kuala Kubu Bahru. Pengisiannya amat penting dan menarik, dan saya rasa agak mustahil untuk kita dapatkannya dari sumber lain di Malaysia. Melalui penceramah yang berpengalaman ini, kita boleh ‘melihat’ Kristian dari pandangan orang Kristian, memahami kepercayaan masyarakat Cina dari pandangan orang Cina (i.e. Bro Lim), dan memahami kepercayaan orang Hindu dari pandangan orang India (i.e. Bro. Shah), serta mengetahui apa pandangan orang Cina & India terhadap Melayu Islam di Malaysia, dll.

Antara pengisiannya ialah:

  1. Memahami Pelbagai Agama; Kristian, Hindu, Yahudi, Kepercayaan orang Cina (Budha, Taoisme dan Confusiousisme), Sikh dll.

  1. Menangani Salah Faham & Tomahan Terhadap Islam.

  2. Memahami masyarakat India dan Cina di Malaysia.

  3. Memahami Masalah & Cabaran Muallaf – Sebelum, Semasa dan Selepas memeluk Islam

  4. Memahami Bible dan ‘tembelang’ Kristianisasi

  5. Al-Quran dan Sains

Betapa Manisnya Islam

Alhamdulillah syukur. Kerana dapat hadir program yang sebegitu bermanfaat. Kalaupun tak aktif dengan dakwah non-muslim, sekurang-kurangnya bertambah Iman kepada Allah. Rasa syukur tak dapat nak gambarkan. Bertambah sayang pada Allah dan RasulNya. Syukur kerana dihadiahkan iman dan Islam. Apabila tahu apa itu “racun”, kita lebih menghargai “madu” ditangan kita. Apabila kita tahu apa itu Kristian, Budha, Hindu dll, kita lebih menghargai Islam di tangan kita. Kata Bro. Shah, “Islam terlampau manis untuk ditinggalkan bagi sesiapa yang memahami dan merasai betapa manisnya Islam”.

Kesimpulan Penting

Beberapa kesimpulan penting yang saya dapat selepas berkursus iaitu:

  1. Orang Cina majoritinya tak beragama (free thinker). ‘Tuhan’ mereka adalah duit dan kekayaan.

  2. Agama Kristian sebenarnya tak ikut Jesus, tetapi ikut Paul (penyesat agama Kristian).

  3. Kalau mereka benar-benar mengikut ajaran Jesus, pastinya mereka sama dengan muslim.

  4. Bagi orang Kristian, Bible adalah ‘nothing’ – bukan sumber rujukan penting.

  5. Kristian paling ‘sesat’ ialah Mazhab Katolik. Amalannya paling jauh dengan Islam jika dibandingkan dengan mazhab Kristian yang lain.

  6. Orang Kristian paling mudah di dakwah kerana mereka sudah ada ‘iman’ pada Tuhan, dan Nabi.

  7. Golongan paling ramai murtad di Malaysia bukanlah orang Melayu, tetapi golongan Muallaf. Punca utama banyak muallaf murtad ialah kerana orang Islam sendiri – majoritinya tak memahami muallaf walaupun mereka ingin berbuat baik kepada muallaf.

Melayu Islam terlebih takut pada Kristian. Masalah sebenarnya kita tak bekerja tarik orang Kristian dan agama lain kepada Islam – OFFENSIVE. Kita cuma sibuk menyalahkan Kristian yang memurtadkan orang Islam – DEFENSIVE.

(Bersambung ke artikel “Fakta Mengejutkan Tentang Kristian”)

Zulkifli Q2
Damansara Heights
13 November 2007

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>