MohdZulkifli.Com


Motivasi Kewangan dan Pelaburan Emas

‘Tikus’ Perosak Generasi Kita

June 23, 2008

“Kelantan hanyalah seperti sebidang tanah sawah. Kalau dijaga tanah kita pun, tikus-tikus dari sawah sebelah pastinya akan datang merosakkan padi kita”

Penangan Dadah Pada Masyarakat Kampung
Balik kampung bulan lau, satu perkara yang amat merisaukan saya. Menurut ayah saya, anak-anak muda di kampung terlalu ramai yang terkena dadah. Bukan hanya budak-budak nakal, tapi anak tok imam pun ada yang kena. Boleh dibilang dengan jari, keluarga mana yang belum terkena dadah. Satu persatu keluarga di kampung terkena penangan dadah termasuk rakan-rakan sepermainan saya sewaktu kecil.

Modus Operandi Memerangkap Anak Gadis

Menurutnya lagi, ada seorang budak perempuan yang ada rupa (cantik) dan baik akhlaknya, tapi sekarang dah rosak. Akibat ubat khayal yang disuntik ke dalam air kotak, kemudian diberi minum pada budak perempuan tu. Bila dah khayal, masa itulah budak lelaki ambik kesempatan merogol. Kesian betul…

Sekarang, budak perempuan tu dah tak berminat untuk belajar sebab dah ketagih seks. Dibawa lelaki ke sana ke mari. Oh, cukup merisaukan saya sebagai seorang ayah yang sedang membesarkan anak-anak.

Kelantan Umpama Sebidang Sawah

Saya bertanya pada Hafizi, sahabat saya yang mengikuti perkembangan kerajaan Kelantan tentang apakah langkah kerajaan negeri membendung gejala sosial? Menurutnya, bukan mudah tanganinya kerana walaupun kerajaan Islam memerintah, Kelantan hanyalah seperti sebidang tanah sawah. Kalau dijaga tanah kita pun, tikus-tikus dari sawah sebelah pastinya akan datang merosakkan padi kita. Kita boleh jaga, tapi sawah sebelah yang terbiar tetap memberi kesan langsung pada kita.

Negeri Kelantan bukan saja terkesan dengan polisi kerajaan Pusat yang membenarkan hiburan tanpa batasan untuk anak-anak muda melalui media massa, malah Kelantan juga terkesan oleh ‘tikus-tikus’ dari Thailand. Tak kurang juga penangan internet dan telefon bimbit yang membolehkan mereka mendapat akses terhadap perkara yang tak bermoral. Gelapnya hati, maka rosaklah akhlaknya.

Terlepas Pandang Dakwah Kerana Siasah?

Turut merisaukan juga fenomena pengerak dakwah dibidang siasah yang terkadang terlepas pandang dengan tanggungjawab dakwah. Kerana disibukkan dengan urusan politik, peranan dakwah jadi terabai. Khabarnya, dulu banyak juga kempen-kempen dakwah di billboard Kota Bharu, tapi hanya beberapa bulan saja telah bertukar wajah kepada kempen bersifat komersial. Apakah kerana iklan-iklan komersil menawarkan habuan yang lebih lumayan berbanding iklan-iklan dakwah? Entahlah, itu cuma sangkaan saya…

Manfaatkan Ruang Yang Kita Ada

Saya amat berharap, penggerak dakwah memanfaatkan sebaik mungkin ruang-ruang yang kita ada untuk mengajak manusia kepada Tuhan. Manfaatkan semaksimum mungkin supaya ia boleh jadikan alasan untuk menguasai Malaysia dengan matlamat dakwah.

Ada baiknya Tuhan berikan kemenangan satu-persatu negeri untuk ditegakkan Islam di dalamnya berbanding satu Malaysia sekaligus tanpa para pendakwah bersedia menerimanya. Saya sekadar berperanan dalam ruang lingkup yang saya ada, di Damansara Damai khususnya.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Damai

8 Jun 2008, 5.35 petang

About the author 

  • Sungguh merisaukan dr apa yg enZul koba an, pengaruh kawan mmg kuat drpd ibu bp tika umur da jejak sekolah, terutama sek menengah, mmg sbg ibu bp zaman skg ni kne lebih aktif ambil tahu hal rkn anak2… d tambah dgn pengisian media yg ntah ape2, internet… hmm… mg Allah selamat kan anak2 kite dr segala pengaruh negatif…. (~_~)’

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Subscribe to our newsletter now!

    >

    Sertai bersama lebih 4073 subcriber Telegram saya (di SINI), untuk sentiasa mendapat update dari saya, ilmu tentang emas dan kewangan.