MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Runtuhkan Tembok Dengan Rehlah

February 10, 2009

Rehlah

Rehlah bersama sahabat IFS-KSKB di Ulu Yam

“Jom rehlah”

Itulah yang biasanya saya cadangkan kepada kumpulan usrah kampus yang bakal/ baru dibentuk – yang akan ‘berusrah’ dengan saya. Saya yakin, anggota usrah tak dapat berinteraksi dengan berkesan seperti sebuah keluarga (usrah) selagi tembok tak diruntuhkan, dan jambatan penghubung tak dibina.

Rukun Pertama - Ta’aruf

Rukun pertama usrah adalah Ta’aruf (berkenalan). Ta’aruf di dalam perjumpaan usrah biasanya tak begitu berkesan sebabnya kita biasanya kenal (lebih tepat disebut mengecam) anggota usrah hanya sekadar nama - itupun selalunya terus lupa.

So, untuk lebih mengenali, saya lebih gemar ajak anggota usrah baru untuk keluar rehlah (berkelah). Dengan berkelah, saya boleh kenal mereka, dan kami boleh saling mengenali lebih dari sekadar nama. Sikapnya, semangatnya, latarbelakangnya, perwatakannya dsb.

Em, boleh dikatakan majoriti adik kampus yang pernah berkelah bersama, saya ingat hingga ke hari ini. Bagi mereka yang cuma berjumpa sesekali di halaqah usrah, majoritinya saya lupa…

Berdasarkan pengalaman, saya realise program rehlah yang agak santai, sangat berkesan untuk merobohkan tembok antara ahli usrah.

Rehlah Bersama Pimpinan IFS

Nazili, Azrul, Syahmi, Hafiz, Syawal, Saiful dan Suhaimi adalah 7 sahabat pimpinan Islamic Friendship Society (IFS) yang saya kenal lebih dari sekadar nama, melalui rehlah terbaru – Ahad, 8 Februari 2009 di Ulu Yam. Syukur, alhamdulillah…

Program rehlah separuh hari itu, kami dapat berkenalan, dan berbincang dua perkara penting IFS iaitu tentang; (1) kesinambungan dakwah di KSKB, dan (2) kesinambungan ‘perjuangan’ sahabat IFS setelah grad nanti. Walupun ringkas, tapi rehlah itu mencapai matlamat yang disasarkan, alhamdulillah…

Moga gerak kerja dakwah yang semai oleh Ukhti Kasumawati sejak 2004 terus subur dan hasilnya dapat dinikmati oleh warga KSKB dari generasi ke generasi, insyaAllah.

 

Zulkifli

Damansara Damai
10 Februari 2009

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>