Nipiskan Dompet

by on December 10, 2009

Dompet tebal tak bermakna banyak duit. Biasanya tebal sebab penuh dengan kad.

Dah lama dah fikir cara nak nipiskan dompet sebab rasa macam terlalu tebal. Dan saya tertanya-tanya, kenapa ada seorang businessman (yang berjaya) yang saya pernah jumpa dia kata dia tak bawa dompet. Katanya, ‘ilmu’ ni dia belajar dari dia punya millionnaire mentor!

Akhirnya, minggu lepas baru ‘berjaya’. Bukan tinggalkan dompet, tapi nipiskan dompet sebelum saya dapat ilmu yang lebih ‘advance’ – tinggalkan dompet!

Idea nipiskan dompet ni saya terfikir beberapa bulan lalu iaitu masa hadir ke suatu program. Program tu, saya dinasihatkan cuma bawa dokumen penting sahaja dalam dompet. Yang lain, sila tinggalkan di rumah.

Rasa Macam Penting

Jadi, saya cuba kosongkan dompet. Keluarkan semua yang tak berapa penting yang selama ini saya anggap semuanya penting! Wah… lega rasanya poket belakang seluar. Jalan pun rasa lebih selesa.

Selama ni tak perasan pulak, dompet semakin hari semakin tebal. Kalau tengok dari belakang, memang tak berapa smart sebab nampak seluar macam senget sikit.

Dokumen ‘Outdated’

Hujung minggu lepas, saya cuba selongkar dompet. Keluarkan semua dokumen yang dah outdated. Wah, tak perasan rupa-rupanya ada juga dokumen yang outdated masih tersimpan. Mungkin sebab terlalu take for granted dengan dompet yang selalu dibawa ke sana ke mari. Memang macam tu, kita selalu take for granted dengan perkara yang terlalu dekat dengan kita.
Pernah dalam satu kursus, fasilitator suruh semua peserta tutup jam masing-masing dengan tangan. Kemudian dia soal seorang demi seorang, apa jenis nombor yang ada pada jam masing-masing. Sama ada (1) Nombor roman, (2) Nombor numeric, atau (3) Tanda tanpa nombor.
‘Tak Nampak’ Sebab Terlalu Dekat
Agak mengejutkan. Lebih 50% peserta memberi jawapan yang salah – tak pasti apa jenis nombor pada jam masing-masing! Sedangkan boleh dikatakan setiap waktu kita melihat jam di tangan sendiri! Oleh kerana terlalu dekat, kita selalu take for granted.
Macam pergi berguru jugalah. Saya perhati, orang jauh yang selalu pergi ziarah orang alim. Orang dekat dan sekampung buat tak kisah jer biasanya. Alasannya, dekat. Bila-bila pun boleh pergi ziarah.
Banyaknya Kad…
Kemudian baru perasan, rupa-rupanya saya ada enam (6) kad ATM! Nasib baik saya tak pakai kad kredit. Kalau tak, mungkin lagi tebal dompet saya. Kad ATM yang selalu pakai cuma dua (2) jer. Satu untuk peribadi, dan satu untuk bisnes.
Jadi, yang jarang pakai tu saya keluarkan. Simpan di rumah jer lagi bagus. Saya berjaya nipiskan dompet saya sebanyak 40%! Alhamdulillah…
Masa selongkar dompet hari tu, baru saya terperasan rupa-rupanya ada macam-macam jenis kad dalam dompet ni. Kad bank, kad keahlian, pas pekerja, pas parking, kad perubatan outpatient, kad perubatan inpatient, dan kad bisnes. Kad pengenalan dan lesen tu tolak ketepi la.
Tebalkan Kebijaksanaan
Jadi mulai sekarang baru saya sedar. Dompet tebal bukan bermakna banyak duit. Tapi penuh dengan pelbagai jenis kad. Orang kaya bukan orang yang berdompet tebal. Tapi mereka tebal dengan kebijaksanaan dalam menguruskan kehidupan.
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Heights
8 Disember 2009

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: