Orang Kampung Kaya

by on January 5, 2010

Anak-anak kurang meragam bila di kampung. Banyak aktiviti kekanak-kanakan yang mereka boleh buat di kampung. Tak pernah boring.

[Tulisan lama yang baru dipublish]

Lusa (Khamis), insyaAllah kami sekeluarga balik Kelantan.
Wah… excitednya nak balik kampung. Aisyah dan Amal sejak awal Ramadhan lagi dok tanya dan gesa balik kampung. Katanya nak main dengan Atuk (nenek) dan Tok Ayah (datuk). Boleh dikatakan hampir tiap-tiap hari mereka dok countdown.

Anak-anak Excited Balik Kampung

Antara keseronokkan anak-anak nak balik kampung sebab rumahnya luas. Ada halaman. Ada padang depan rumah untuk mereka belari-lari. Ada ruang untuk mereka berbasikal. Ada kolam ikan untuk mereka campakkan makanan untuk ikan-ikan Tok Ayahnya. Dan yang paling mereka rindukan ialah kucing-kucing Cik Ani mereka yang comel-comel.

Aisyah selalu tanya, “Papa, bila Papa nak buat rumah macam rumah Atuk? Aisyah nak bela kucing”.

Aisyah sentiasa bercakap tentang rumah impiannya. Rumah yang ‘mesra’ kanak-kanak.

Rumah Impian Aisyah
Aisyah impikan rumah kami macam rumah Atuk dan Tok Ayahnya. Rumah yang sesuai untuk dia bela kucing. Dan semua anak-anak kami sukakan kucing macam arwah moyangnya (Haji Hasan, datuk sebelah mama) yang memang sukakan kucing. Rumah kami sekarang – apartment – tak sesuai bela kucing.
Jawapan saya selalunya, “Papa kena kumpul duit dulu, Sayang. Duit Papa kena jimat-jimat. Tak boleh la beli candy (gula-gula) selalu…”
Rumah impian Aisyah tu, rumah begitu jugalah yang kami impikan. Rumah orang kampung -yang hakikatnya lebih kaya dari rumah-rumah orang KL yang saiznya cuma sekangkang kera! Tanah mahal. Nak dapat yang freehold memang payah. Semuanya leasehold.
Orang Kampung Lebih Kaya
Mungkin kalau dibandingkan, orang kampung sebenarnya lebih kaya dari orang bandar seperti KL ni. Jangan dinilai pendapatan mereka, tapi nilailah lifestyle (gaya hidup) yang mereka miliki. Pernah saya berseloroh dengan mama, “Rumah abah ni, kalau kat KL ni dikira jutawan!”
Yer lah, halaman rumahnya lebih besar dari rumah orang kaya di KL. Hatta di kawasan paling elit – Bukit Damansara – pun tak ada rumah yang halamannya lebih besar dari rumah abah. Apa yang ada di rumah abah, tak kalah rumah orang kaya di KL!
Rumah Impian
Ada halaman yang luas, ada kebun buah-buahan, ada kolam ikan, garaj keretanya ada 6, ada rumah tetamu 3 bilik (yang abah jadikan homestay bila anak-anak tak ada di rumah) dan macam-macam lagi. Ruang tamunya luas, dapur pun sangat luas. Halaman belakang rumah pun luas. Kalau nak kenduri kendara memang selasa. Dan nak buat family gathering pun boleh. Fuh… rumah abah itulah saya punya ‘dream home’
Oh yer, satu jer rumah Abah tak ada iaitu swimming pool. Tapi itu tak perlu, sebabnya masa kecik-kecik dulu, saya selalu berswimmping pool dengan kawan-kawan kampung boy di tali air (parit) sawah padi! (“,)

Rancangan melancong tahunan kami adalah balik kampung. Ia lebih seronok berbanding melancong ke sana sini kerana terasa lebih damai bila kembali ke tempat ASAL.

Hijrah Ke Bandar, Bermimpi di Kampung

Orang kampung sebenarnya memang tak perlu bersantai dengan swimmping pool sebab mereka ada lebih banyak alternatif bersantai. Mereka bersantai dengan berkebun, dengan bergotong-royong bersama orang kampung, dengan kenduri-kendara, keluar bermain bola sepak dengan kawan-kawan dll.

Jadi saya dok fikir-fikir, orang berhijrah ke KL kerana mahukan ‘kekayaan’. Tapi akhirnya, mereka impikan kehidupan aman damai dan selesa seperti orang di kampung. ‘Kekayaan’ yang dicari rupa-rupanya telah tersedia di kampung sendiri!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
15 September 2009

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: