MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kuasa ‘Tanya Sepatah’ Kepada Mentor

Tanya mentor sepatah sebelum buat sesuatu.

Orang muda, ideanya banyak. Gerak kerjanya cepat dan cekap. Tapi pengalamannya kurang.

👉 Itu pentingnya ada mentor; orang yang lebih berpengalaman sebagai rujukan.

Perjalanan membangunkan bisnes, "sales dan marketing" tu cuma level pertama.

Level yang lebih mencabar ialah membangunkan team dan melahirkan leaders (pelapis).

Tanyalah mana-mana pemilik bisnes berjaya, mereka tentu setuju, sales & marketing bukanlah cabaran besar untuk mereka lakukan sendiri.

More...

Mereka boleh buat sendiri.

Tapi waktu dan kudrat mereka terbatas. Mereka cuma ada 24 jam sahaja sehari. Dan kudrat mereka pun tak membolehkan mereka bekerja sampai 24 jam.

Nak naikkan sales, mereka kena bangunkan team. Nak pastikan team bekerja dengan betul, kena sedia SOP dan guidelines.

Nak boost lagi bisnes supaya lebih besar dan efisyen, kena buat "automation".

Leadership: Skill Paling Mahal Dalam Bisnes

Bila nak "bebaskan diri" supaya mereka boleh buat kerja-kerja lain dan explore perkara baru, kena lahirkan leaders.

👉 Kena ada pelapis yang boleh perform bagi pihak kita. Barulah kita ada masa nak explore perkara baru.

Sakit kepala sebenar membangunkan bisnes bukan pada sales dan marketing, tapi ia bermula bila nak bina team - nak membangunkan manusia.

Kita kena bermain dengan kerenah manusia yang pelbagai latar belakang pendidikan, peringkat umur, budaya, bangsa, agama, mahupun negara.

Itulah pentingnya belajar leadership skill.

Skill memegang hati-hati manusia untuk bekerja mencapai cita-cita yang sama.

Ultimate skill seorang pemilik bisnes adalah leadership. Kerana masa depan kita semua digerakkan dan dicorakkan oleh leader yang berkesan, bukan sekadar yang disukai ramai.

Merendah Diri dan Terus Belajar

Satu perkara yang saya puji pasangan muda Tuan Azim Aliif dan Pn Odah Solehah ni ialah sentiasa "tanya sepatah" orang lebih berpengalaman dari beliau sebelum buat sesuatu.

Walaupun mereka berdua antara top performer dalam #PublicGold sekarang, beliau kekal merendah diri dan terus belajar.

Jadi tak hairanlah mereka capai kejayaan besar dengan income lebih besar dari seorang CEO walaupun usia mereka baru 25 tahun.

👉 Bila bermentor, dia jimat banyak masa dan tenaga.

Dia tak perlu ulangi kesilapan mentor dan tak perlu lalui jalan yang panjang lebar untuk berjaya.

Dia terus pecut ikut jalan short-cut dan capai kejayaan dengan cepat! InsyaAllah.

#MisiUbahHidup1000Keluarga

Zulkifli
Cyberjaya
3 Julai 2024
26 Zulhijjah 1445H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}