MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Majalah Roda-roda : Daripada Tak Minat Motor, Akhirnya Teringin Jelajah Dunia

August 21, 2026

Tiap-tiap hari saya belek majalah Roda-Roda ni... 

Daripada tak kenal, jadi kenal.
Daripada tak minat, minat tu mula berputik... 

Itulah antara aktiviti “terapi” saya berbulan-bulan ketika terkurung di Penjara Tapah, Perak. 

Sepanjang 2 tahun musibah tu melanda hidup saya, ada dua terapi yang paling banyak membantu saya. 

Pertama, ibadah

Kedua, membaca

More...

Hari-hari belek majalah motor 

Membaca bahan-bahan ilmiah kadang-kadang memenatkan otak. Jadi kena selang-selikan dengan bacaan santai supaya kita kekal excited untuk terus membaca. 

Dalam penjara, bukan senang nak dapat akses kepada banyak bahan bacaan. 

Majalah Roda-Roda yang ada di Blok Berkat tempat saya ditempatkan tu, kebanyakannya saya baca sampai khatam berkali-kali. 😅 

Hari-hari belek majalah Roda-Roda... 

Daripada tak kenal motor, jadi kenal pelbagai jenis motor. 

Daripada tak minat, perlahan-lahan timbul pula minat nak mengembara dengan motosikal. 

Khususnya bila baca kisah mereka yang mengembara menjelajah dunia dengan motosikal berkuasa besar. 

Antara kisah yang paling menginspirasikan saya ialah pasangan Malaysia bernama Alex & Allison. 

Mereka berdua mengembara menjelajah seluruh benua Amerika, dari Amerika Utara sampai ke Amerika Latin, selama 2 tahun menggunakan BMW GSA. 

Bayangkan...

2 tahun kerja mereka cuma menjelajah dengan big bike dari satu pekan ke satu pekan, sambil kenal tempat dan kenal orang! 

Kisah inspirasi jelajah dunia

Setiap kali baca siri pengembaraan mereka, saya rasa macam saya ikut sekali.

Dalam fikiran, saya seolah-olah dah keluar dari penjara dan sedang melihat dunia bersama mereka.

Lepas habis baca... Kembali ke dunia realiti. Penjara! 😂😅

Tapi sekurang-kurangnya, kisah-kisah pengembaraan macam tu dapat kurangkan tekanan dan kesedihan sepanjang berada di dalam penjara.

Bila baca kisah mereka menjelajah dunia sampai bertahun-tahun, satu perkara selalu bermain dalam fikiran saya...

“Mereka ni mesti orang kaya.”

Sebab nak menjelajah dunia bukan murah.

Motor mahal. Penginapan pun mahal. Sepanjang 2 tahun tu, mereka menginap dari satu hotel ke satu hotel.

Dan yang paling penting... Sepanjang 2 tahun tu, mereka tak perlu pergi kerja atau masuk office!

Kisah Alex & Allison tu masih boleh dibaca di website Roda-Roda. 

Daripada situlah saya tanam satu impian...

“Satu hari nanti, aku nak jelajah dunia dengan motosikal.”

Minat mula berputik

Bila masanya?
Saya tak tahu. 

Bila akan tercapai?
Saya pun tak pasti. 

Malah waktu tu saya sendiri tak tahu sama ada saya betul-betul minat motor ataupun tidak. 😅

Lesen B Full pun belum ada. Motor yang ada clutch pun saya tak tahu bawa! Tapi gara-gara baca majalah Roda-Roda hampir setiap hari selama berbulan-bulan... Akhirnya minat tu berputik.

Hari ni bila saya fikir balik, memang betullah...

Apa yang kita baca, apa yang kita tengok dan apa yang kita masukkan ke dalam kepala setiap hari, perlahan-lahan akan mencorakkan fikiran kita.

Dan apa yang memenuhi fikiran kita hari ini, boleh menjadi realiti hidup kita satu hari nanti.

Kalau bukan kerana majalah Roda-Roda yang saya baca berulang kali dalam penjara dulu, mungkin tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk angkat big bike pada hari ni.

Dan saya fikir...

Begitulah juga dengan masa depan kewangan kita. 

Kesan apa yang kita baca 

Kalau bukan kerana buku Jutawan Dari Planet Jupiter tulisan Tuan Azizi Ali yang saya baca pada tahun 2003 dulu, serta buku-buku kewangan lain selepas tu...

Mungkin cara saya melihat duit masih sama macam dulu.

“Kais sebulan, makan sebulan.”

Gaji masuk, habis.
Bulan depan tunggu gaji lagi.

Buku-buku itulah yang perlahan-lahan mengubah cara saya berfikir tentang duit. Daripada seorang B40 — “miskin bandar” — akhirnya Allah izinkan saya sampai ke tahap #FinancialFreedom hari ni.

Semuanya tak berlaku dalam sehari. Ia bermula dengan input yang masuk ke dalam kepala.

Input mengubah cara kita berfikir.
Cara berfikir mengubah tindakan.
Tindakan yang dibuat berulang-ulang kali tu akhirnya mengubah kehidupan.

Sebab tu, jangan pandang kecil apa yang kita baca setiap hari. 

Bacaan kita, masa depan kita

Bacalah sesuatu yang membawa kita lebih dekat kepada kehidupan yang kita impikan.

Mungkin hari ni ia cuma sebuah buku.
Cuma sebuah majalah.
Cuma sebuah cerita tentang kehidupan orang lain.

Tapi hakikatnya, bacaan-bacaan itulah yang sedang mencorakkan kehidupan kita 10 atau 20 tahun akan datang.

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Iqra’...

#MembangunDiri
#MyRidingJourney
#TabahHadapiMusibah

Zulkifli
Cyberjaya
20 Ogos 2026
6 Rabiul Awwal 1448H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}