MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Nak Seronok Bekerja, Jangan Letakkan Kewangan Dalam Stress

Yang penting kita happy dengan kehidupan kita. Itu paling penting!

Itu kemuncak sembang-sembang kami malam tadi. 

Kerja seronok. Buat bisnes Public Gold (secara full-time) pun seronok juga. 

Rasa nak resign daripada kerja sebagai doktor perubatan (untuk buat bisnes Public Gold secara full-time)... Tapi rasa sayang... 

More...

Seronok dengan kerjaya

Bukan sebab sayang gaji (sebagai doktor), tapi rasa sayang dengan kerjaya sebagai doktor. 

Dapat bantu pesakit... Dah ada hubungan yang baik dengan pesakit-pesakit...

Bahkan ada pesakit yang dah kenal bertahun-tahun, mereka tak nak doktor lain dah kalau datang ke klinik... 

Itulah luahan Dr Rohaya, salah seorang murid saya dalam Public Gold. 

Sebenarnya bukan Dr Rohaya seorang sahaja. Ada beberapa lagi murid saya (yang bekerja sebagai doktor perubatan) share perkara yang sama. 

Rasa sayang nak resign...

Bukan tentang duit

Walaupun income yang dia dapat daripada bisnes Public Gold lebih tinggi dan potensinya lebih jauh, tapi sayang dengan kerjaya dia. 

Jadi nasihat saya, apa pun nak buat, binalah kekayaan secukupnya dan capai "financial freedom" dulu. 

Lepas tu buat lah apa yang mereka suka buat. 

Kerjalah apa yang mereka suka. Dan kerjalah dengan seronok tanpa perlu fikir lagi tentang duit... 

Ikhlas orang berduit tak akan sama dengan ikhlas orang yang tak berduit. 

Kerja sebab happy bekerja

Sebenarnya tak kisahlah apa pun kerjaya yang kita pilih. Asalkan kerja tu halal dan dapat bagi manfaat sesama manusia, itu kerjaya yang mulia.

Kerjaya terbaik bukan sahaja tentang duit. Tapi tentang kehidupan. 

Yang penting kita happy dengan kerja kita. Dan kerja kita bermakna untuk kehidupan kita. 

Walaupun letih, kita balik rumah setiap hari dengan penuh kepuasan. Rasa puas dengan kerja kita.

Good tired! 

Sebahagian besar waktu cergas kita habiskan pada kerjaya. Tinggal saki-bakinya sahaja untuk yang lain.

Maka siapa tak seronok kerja, dia tak seronok hidup!  

Banyak pilihan bila kewangan tak stress

Supaya kita banyak pilihan, jangan sesekali letakkan kewangan kita dalam stress

✅ Jangan ambil mudah dengan hutang 

✅ Adakan tabungan yang kukuh sekurang-kurangnya 12 bulan gaji

✅ Tutup semua hutang-hutang miskin 

✅ Bina harta yang boleh dapat cashflow sebanyak mungkin 

✅ Sentiasa hidup di bawah kemampuan

Bila kewangan dalam keadaan baik, setiap kita boleh pilih kerjaya yang kita suka dan bermakna untuk hidup kita. InsyaAllah...

#FinancialFreedom
#MotivasiKewangan

Zulkifli
Cyberjaya
11 Mei 2025
13 Zulkaedah 1446H

Mengopi dengan murid-murid saya di Cyberjaya. Sebelah siang tu, mereka baru selesai training NDO Fizikal.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}