MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Rahsia Orang Kaya: Gaji – Simpan = Belanja (Bukan Sebaliknya)

October 30, 2025

“Bila ada duit lebih, baru simpan...” 

Itulah formula paling popular — dan paling banyak memerangkap ramai orang.

👉🏻 Kerja bertahun-tahun, tapi simpanan tak juga bertambah. 
👉🏻 Gaji makin besar, tapi savings kecemasan 3 bulan gaji pun tak cukup. 
👉🏻 Yang bertambah cuma hutang, bukan tabungan. 

More...

Saya dulu pun sama. Sampailah saya mula baca buku-buku kewangan, baru saya sedar... kita semua diajar dengan formula yang salah. 

Formula berkesan 

▪️Formula Orang Biasa: 

Gaji - Belanja = Simpan

Kalau ada lebih, baru simpan.

Kalau tak ada lebih... habis begitu saja. 

▪️Formula Orang Kaya:

Gaji - Simpan = Belanja 

Mereka dah tetapkan siap-siap — setiap kali dapat duit, potong dulu bahagian simpanan. Baru fikir nak belanja yang selebihnya.Bezanya kecil, tapi kesannya besar. 

Ia tentang keutamaan 

Orang biasa jadikan simpanan perkara terakhir. Orang kaya jadikan simpanan perkara pertama.

Sebab mereka tahu — apa yang kita simpan, itu jadi milik kita. 

Tapi apa yang kita belanjakan, semuanya masuk ke tabung kekayaan orang lain. 

Kalau setiap bulan gaji kita habis dibelanjakan, hakikatnya kita bekerja keras hanya untuk kayakan orang lain.

Tak salah, tapi akhirnya kita akan penat berlari di tempat yang sama — kerja, bayar bil, habis... kena kerja balik. 

Sampai masa, kita tak mampu lagi untuk terus bekerja.

Sama ada kita berhenti kerja, atau diberhentikan. 

Dan masa tu, apa yang tinggal? 

Antara takdir dan tadbir  

Cuma apa yang pernah kita simpan, dan harta yang sempat kita bina. Jawatan kita akan digantikan oleh orang lain, tapi tanggungjawab hidup kita tetap kekal.

Selagi kita dan keluarga masih hidup, kita perlukan duit dan harta. Kerana Allah jadikan harta itu sebagai asas kehidupan di dunia;

“Dan janganlah kamu serahkan harta kamu kepada orang yang lemah akalnya, kerana Allah telah menjadikan harta itu sebagai asas (alat) untuk menegakkan kehidupan kamu.” 

- (Surah An-Nisa’, 4 : 5)

Kalau pun kita tak jadi orang kaya, biarlah kita tak menyusahkan orang lain bila ditimpa susah.

Kalau dah berusaha, dah menyimpan, tapi tiba-tiba diuji musibah — itu TAKDIR. Tapi kalau langsung tak buat persediaan, itu salah TADBIR.

Macam budak yang asyik ponteng sekolah, lepas tu gagal dalam peperiksaan — itu bukan takdir... Itu pilihan (salah pengurusan diri). 

Simpan dulu, belanja selebihnya 

Nak kaya atau tak nak susah kemudian hari, kena menabung. Kena jadikan menabung tu sebagai keutamaan.

Letak target adakan tabungan sekurang-kurangnya 12 bulan gaji. Supaya kalau apa-apa berlaku, kita boleh survive at least selama 12 bulan. 

Dan jadikan tabiat menabung sekurang-kurangnya 10% setiap kali dapat gaji. Potong dulu 10% - 30% sebagai simpanan, selebihnya barulah berbelanja. 

Belanja apa yang lebih. Bukan simpan apa yang lebih.

Itulah formula tepat supaya makin lama makin kaya. InsyaAllah... 

#TipKewanganPeribadi 

Zulkifli
Cyberjaya
27 Oktober 2025
5 Jamadil Awwal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>