Satu masa dulu, saya pernah bantu seorang peminat barang kemas.
Dia pengumpul emas yang dah lama simpan pelbagai koleksi. Di bawa selonggok barang emas!
Dia datang nak trade-in koleksi emas dia kepada coin dinar dan gold bar di branch Public Gold Sunway.
Ini antara barang kemas yang dia bawa - loket emas yang tertera cop 916.
Tapi bila dibuat acid test... Rupa-rupanya emas 750!
Nilainya jauh lebih rendah daripada apa yang tertera pada cop.
Penipuan yang selalu berlaku
Bila saya sembang dengan staf Public Gold, dia kata kes macam ni bukan perkara pelik.
Dah banyak kali jadi.
Biasanya, bila kedai emas jual barang kemas 916, bahagian cangkuk atau sambungan tu bukan emas 916.
Selalunya emas 750.
Tapi apa yang jadi?
Keseluruhan berat dikira harga 916. Tak dikira asing-asing!
Ada juga kes yang lebih ekstrem.
Jam tangan emas yang nak trade-in... bila dipotong, bahagian dalamnya besi.
Emas cuma di bahagian luar. Dalamnya bukan emas langsung.
Sebab itulah, dari awal lagi saya selalu tekankan... Barang kemas kurang sesuai dijadikan simpanan atau pelaburan.
Barang kemas bukan untuk pelaburan
Barang kemas dicipta untuk perhiasan, kecantikan dan untuk bergaya. Bukan untuk simpan nilai.
Walaupun barang kemas tetap ada nilai dalam jangka panjang. Tapi kalau niat nak untung, ia ambil masa yang sangat lama.
Gold bar atau dinar?
3–5 tahun, kebiasaannya dah untung.
Barang kemas? Boleh jadi 10 tahun atau lebih baru nampak untungnya.
Sebab tu ada orang mengeluh, "Rugi beli emas"...
Hakikatnya, bukan emas yang salah. Yang salah ialah jenis emas yang dibeli.
Kalau beli emas yang betul, dia tak akan mengeluh kerugian...
Beli barang kemas tak salah. Cuma kalau beli untuk perhiasan, belilah sekadar beberapa utas yang betul-betul nak pakai.
Tapi kalau tujuan untuk simpanan atau pelaburan... gold bar atau dinar jauh lebih untung.
Platform paling mesra penyimpan emas
Bagi yang nak beli emas untuk simpanan atau pelaburan, beli dengan Public Gold saja. Public Gold memang keluarkan emas supaya kita untung.
Emas confirm tulen, urus niaga telus.
Harga yang dipaparkan di website, itulah harga sebenar yang kita bayar.
Tak ada harga tersembunyi. Tak ada kejutan masa jual balik!
Kalau orang tanya, “Apa kelebihan Public Gold?”.
Jawapan saya, inilah platform jual beli emas yang:
- Paling mudah beli
- Paling mudah jual
- Disahkan patuh syariah
Siapa rajin nak kaji, saya percaya... dia akan dapati, tak ada platform jual beli emas semudah dan setelus Public Gold di Malaysia.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, urusan jual beli emas dengan Public Gold ni pada saya paling "peace of mind"...
Zulkifli
Cyberjaya
22 January 2026
3 Syabaan 1447H
Artikel berkaitan:
- Tip Elak Terbeli Emas Palsu dan Risiko Dipenjarakan!
- Terbeli Emas Curi, Tak Pasal-pasal Kena Masuk Lokap!
- Jual Beli Emas Melalui Platform Kukuh, Lebih Untung dan Selamat
- Emas Pre-Loved Murah Tapi Berisiko: Untung Kecil, Ruginya Besar!
- Kenapa Ramai Pilih Public Gold Walaupun Emas Bank Lebih Murah?
- Beli Emas, Mesti Dapat Emas! Titik.
- Jangan Beli Emas Dari Orang Sembarangan. Besar Risikonya!

