MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kaya Lain, Mewah Lain — Ramai Nampak Mewah, Tapi Tak Kaya

February 1, 2026

Perkara pertama orang selalu buat bila nak nilai seseorang itu kaya atau tidak — tengok kereta yang dia pakai. 

Kalau kereta mahal, terus kita anggap dia kaya.

Kalau kereta biasa, kita rasa dia biasa-biasa saja. 

Tapi di sebalik sebuah kereta... ada cerita yang kita tak nampak. 

More...

Kereta sama, loan 9 tahun  

Bayangkan dua orang pakai kereta yang sama.

Seorang ambil loan.
Tarik 9 tahun

Hampir 40% gaji dia habis semata-mata untuk bayar kereta.

Tak berbaki duit untuk menabung.

Isi minyak pun kena berkira.

Sekali isi, RM30 saja. Takut duit tak cukup hujung bulan.

Seorang lagi... Kereta yang sama. Model yang sama.

Tapi dia beli cash. Tak buat loan langsung. 

Kereta sama, beli cash

Harga kereta itu tak luak pun income sebulan dia.

Setiap kali isi minyak, isi penuh. Tak perlu fikir duit cukup atau tak — sebab kos tu terlalu kecil bagi dia.

Setiap bulan, dia menabung puluhan ribu ringgit.

Jumlah simpanan bulanan dia... lebih kurang harga kereta yang dia beli tu. 

Dengan kata lain, duit dia tak habis kerana kereta.

Dalam diam-diam... sebenarnya dia seorang jutawan.

Tapi di mata orang luar, kekayaan dia nampak sama saja dengan seorang lagi itu — yang pakai kereta sama, tapi tarik loan sampai 9 tahun.

Di sinilah ramai orang keliru.

Rupanya, kereta itu cuma simbol.

Ia boleh jadi lambang kekayaan sebenar. Dan boleh juga jadi simbol kekayaan palsu. 

Beza antara "kaya" dan "mewah"

Hakikatnya, kita takkan tahu sejauh mana kayanya seseorang — hanya dengan tengok kereta yang dia pakai. 

Apa yang kita nampak hanyalah kemewahan yang terzahir. Kekayaan sebenar... kita tak nampak. 

Sebab itu saya selalu ingatkan dalam #SeminarMembinaSatuJutaPertama:

“Kaya” lain.
“Mewah” pula lain.

Kekayaan ialah apa yang kita miliki.

Kemewahan ialah apa yang kita belanjakan

Kekayaan dinilai daripada:

  • Berapa banyak tabungan dan harta yang kita ada
  • Dan berapa baki hutang yang masih kita tanggung 

Kemewahan pula berbeza ikut cara kita berbelanja.

Ada orang berbelanja dengan duit yang dia simpan.

Ada pula yang berbelanja dengan duit yang dia belum dapat — hutang.

Di sebalik kemewahan yang ditayangkan, rupanya dia sedang memikul beban hutang besar, yang menjerat hidup bertahun-tahun lamanya. 

Waktu sesuai bermewah

Memang benar... 

Kaya lain...
Mewah lain... 

Fokuslah bina kekayaan yang sebenar.  

Jangan fikir nak bermewah-mewah, selagi kewangan masih tahap “kais sebulan, makan sebulan”.

Sebab bulan depan... tahun depan... belum tentu kita masih mampu “kais” macam hari ni.

Hiduplah berpada-pada. Supaya bila tibanya hari susah, keluarga kita tak susah, dan tak menyusahkan orang lain.

Sebab kita sudah pun sediakan payung sebelum hujan. InsyaAllah.

#TipKewanganPeribadi
#BukuMisiBebasHutang

Zulkifli
Cyberjaya
1 Februari 2026
13 Syaaban 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}