MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Setiap Orang Diuji Dengan Ujian Yang Berbeza

February 10, 2026

Kesenangan Bukan Tanda Tiada Ujian

Jangan cemburu dengan kesenangan orang lain.

Di sebalik kesenangan dia yang kita nampak, mungkin sudah banyak kesusahan dan kesedihan yang dia simpan seorang diri.

Yang kalau kita berada di tempat dia, mungkin kita tak sanggup untuk hadapinya.

Nak datang ke Tanah Suci ni satu ujian. Bila sampai di Tanah Suci pun ujian juga.

Masa buat keputusan nak buat umrah, mudah untuk saya buat keputusan. Duit ada, anak-anak pun dah besar untuk ditinggalkan. 

Tapi sebaik sahaja nak berangkat, diuji dengan kesihatan. Dari Malaysia, ke Madinah, sampailah ke Mekah masih belum baik kesihatan saya.

Batuk-batuk, selsema, hidung berair, sakit tekak dan sakit kepala berselang seli. Gagahkan juga selesaikan umrah semalam. 

Gagahkan juga solat fardhu di masjid setiap waktu.

More...

Setiap Kita Ada Beban Tersendiri

Itu ujian untuk saya.

Orang lain ujian lain pula.

Ada orang kena pecah tabung dan jual harta untuk datang ke sini. Banyak persediaan kena buat untuk tinggal anak-anak kecil kepada orang lain

Dia kena hadap susah sebelum sampai di Tanah Suci.

Bila sampai di sini, semuanya baik dan lancar belaka.

Orang lain, ujiannya lain pula.

Ada yang datang ke sini terpaksa sabar dengan kerenah anak-anak sambil beribadah. Ada yang kena jaga orang tua sambil sambut seruan Tuhan.

Ada orang terpaksa berjalan berkilo-kilo meter untuk datang ke masjid. Ada orang terpaksa berkira-kira duit yang mampu dia belanjakan untuk keperluan di Tanah Suci. 

Semuanya diuji dengan ujian yang berbeza-beza...

👉🏻 Kerana di sebalik ujian itulah, Tuhan hapuskan dosa-dosa kita dan Tuhan berikan pahala tanpa berkira atas kesabaran setiap kita.

Lagi besar ujian, lagi besarlah pahala yang Tuhan ganjarkan kepada kita.

Hikmah Setiap Ujian Yang Kita Hadapi

Jadi bila lihat kesenangan orang lain, ingatlah dia juga ada kesusahan dan kesakitan dia tersendiri yang dia sorokkan daripada kita.

Yang mana kalau diuji ke atas kita, mungkin kita pun tak sanggup hadapinya... 

Dalam menyahut seruan Tuhan datang ke Tanah Suci ini, masing-masing diuji dengan susah senang masing-masing.

Sabar dan syukur dalam susah dan senang itulah Tuhan berikan ganjaran kepada setiap kita...

Daripada Abdullah bin Mas‘ud r.a., beliau berkata:

'Aku masuk menemui Nabi ﷺ ketika Baginda sedang mengalami demam yang sangat kuat, lalu aku berkata: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau mengalami demam yang sangat teruk?’ 

Baginda bersabda: ‘Ya, aku mengalami demam seperti dua orang daripada kalian yang terkena demam.’

Aku berkata: ‘Adakah kerana itu engkau mendapat pahala dua kali ganda?’ 

Baginda menjawab: ‘Ya, memang begitu. Tidaklah seseorang Muslim ditimpa suatu musibah—walaupun hanya tertusuk duri atau lebih daripada itu—melainkan Allah menghapuskan dosa-dosanya dengannya, sebagaimana pohon menggugurkan daun-daunnya.’”

(Hadis Riwayat Bukhari No. 5648)

#TabahHadapiMusibah #IslahDiri

#TravelogUmrahDealerPublicGold

Zulkifli
Cyberjaya
10 Februari 2025
11 Syaaban 1446H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}