MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Kita Perlu Terus Bekerja Walaupun Dah Kaya?

March 22, 2026

Sambil kerja, sambil tengok anak-anak mandi kolam.

Ramai orang rasa kerja tu beban... Saya pun pernah rasa macam tu.

Kerja 5 hari seminggu... hari paling happy ialah hari Jumaat. Sebab esoknya cuti. 

Hari paling murung ialah hari Isnin. Sebab hari pertama mula masuk balik kerja. 

Mood kita berbeza mengikut hari... sampai wujudnya istilah "Monday blues".

Hari yang mood kerja kurang baik... 

More...

Kena kerja, kena rehat 

Orang yang kerja HR (Human Resources Department) dah faham sangat... Hari paling tinggi orang ambil MC (cuti sakit) ialah hari Isnin dan Jumaat.

Sampai ada majikan yang haramkan MC pada hari Isnin, kecuali kena datang office dulu untuk buktikan yang staff benar-benar tak fit untuk bekerja. 

Lepas tu baru boleh ambil MC. 

Dulu saya fikir, kalau duit dah banyak, dah tak perlu kerja. Baik rehat dan pergi melancong setiap hari... 

Tapi bila ada pilihan samada nak kerja ataupun rehat, saya baru faham... Kedua-dua pun ada kadarnya... 

Waktu kerja, kena kerja...

Waktu rehat, kena rehat... 

Kerja kuat tanpa rehat yang cukup, itu bahaya... Itu memudaratkan kesihatan. 

Tapi kalau rehat hari-hari, badan kita jadi lemau... Otak kita boleh jadi tepu... Nak rehat pun rasa tak best... 

Maksudnya, rehat pun ada limit...

Rehat berlebihan merosakkan kita

Terlalu banyak rehat pun boleh memudaratkan... Ia akan menyebabkan badan dan otak kita jadi lemah... 

Dan hidup kita tak happy...

Owh... Barulah saya terfikir... Maksudnya Tuhan jadikan kita sebenarnya supaya kita bekerja... Bahasa agamanya ialah "amal soleh (kebaikan)"

Bukan saja-saja.

Hidup kita kena sibuk buat kerja baik, barulah hidup kita akan sejahtera dan berfungsi dengan baik.

Malah hidup kita boleh jadi rosak kalau kita tak bekerja. 

Nak tahu betul ataupun tak, cuba tak buat apa-apa selama seminggu... Tidur... bangun... makan... Tidur... bangun... makan saja...

Jangan buat apa-apa...

Agak-agak apa jadi dengan tubuh badan kita?

Macam mana dengan emosi kita?

Mesti rasa lemau dan tak best... 

Pengalaman rehat 4 tahun

Saya pernah "rehat" 4 tahun... 2 tahun masa saya mula-mula capai #FinancialFreedom pada Disember 2013.

Dan lagi 2 tahun ketika saya di penjarakan pada tahun Oktober 2018.

Ini 4 tahun yang saya paling banyak rehat dan tidur... 

Saya rasa tak best... Sampaikan saya cari juga apa-apa kerja yang saya boleh buat (ketika dalam penjara) samada menyapu sampah ataupun pergi bersihkan taik burung dalam blok bangunan di mana saya di tempatkan

Lepas penat kerja, saya rasa sangat happy...

Makan pun berselera... Tidur pun mudah lena... Alhamdulillah.... 

Daripada pengalaman tu, saya buat keputusan untuk terus bekerja keras sampai mati...

Saya jadikan kerja-kerja saya sebagai amal kebaikan untuk hari kematian saya nanti.

Mudah-mudahan manfaatnya bukan sekadar di dunia, tapi untuk akhirat nanti. Amiin... 

"Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)." 

- (Surah Al-Insyiqaq 84, ayat 6)

#MembangunDiri
#IslahDiri
#TabahHadapiMusibah

Zulkifli
Kuala Terengganu
22 Mac 2026
2 Syawal 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}