Petang tadi seorang penyimpan emas bawah bimbingan saya WhatsApp.
Dia tanya;
“Melalui pengalaman luas yang pernah tuan lalui menyelesaikan permasalahan kewangan dan hutang, berapa lama agaknya untuk melangsaikan hutang bernilai hampir RM250k dan bagaimana jalan penyelesaian terbaik?”
Jawapan sebenarnya simple saja.
Penyelesaian terbaik ialah "bayar". Tak ada jalan lain...
Tempoh tu bergantung...
More...
Kalau dia bayar RM25,000 setahun, maka selesai dalam masa 10 tahun. Kalau RM50,000 setahun, semuanya akan selesai dalam masa 5 tahun.
Tapi saya tak jawab begitu...
Sebab "hutang" tu bukan punca masalah... Ia cuma simptom kepada masa sebenar... Iaitu diri sendiri!
Hutang cuma simptom, bukan punca
Sebab tak ada siapa acukan pistol supaya buat hutang tu. Kita sendiri yang gatal tangan apply loan. Kita sendiri yang bersorak dan rasa syukur bila loan tu diluluskan.
Happynya kita bila loan approved, macam dapat bonus!
Maka saya jawab dengan cara berbeza...
Kalau betul-betul nak selesai masalah hutang, berdasarkan pengalaman saya dan followers saya (yang follow ilmu saya), biasanya ambil masa 3 – 5 tahun untuk bebas sepenuhnya.
Tapi ada satu syarat penting;
Jangan berhenti cari ilmu pasal kewangan. Dan join circle yang betul.
Join circle yang obses menabung, tutup hutang dan bina harta. Sebab circle tu nanti akan mengubah cara kita berfikir tentang kewangan.
Bila mindset berubah, tindakan kita berubah.
Bila tindakan berubah, lama-lama kehidupan kita pun berubah... InsyaAllah...
- Circle Kita Bayangan Diri Kita. Kita Pula Bayangan Circle Kita!
- Hidup Kita Terpenjara Dalam Circle Lama Kita. Sila Hati-hati!
Bayar hutang saja tak selesai masalah
Berdasarkan pengalaman saya hampir 20 tahun educate orang pasal kewangan, apa yang saya perhatikan;
Masalah hutang tak akan selesai hanya dengan membayarnya.
Kalau orang lain tolong bayarkan hutang dia sekali pun, masalah dia tak akan selesai. Sebab bila habis satu hutang, dia buat hutang baru!
Sebab dia nampak hutang tu bukan beban pun... Tapi bonus!
Jadi hutang tu sebenarnya bukan "punca" kepada masalah. Ia cuma simptom.
Punca sebenarnya pada diri sendiri — mindset, ilmu, skill, sikap dan tabiat kita tentang kewangan.
Kalau nak ubah kewangan, ubah diri
Kalau nak selesaikan masalah hutang, jangan sekadar fokus pada angka hutang. Tapi fokus ubah diri.
Kita perlukan mindset baru.
Ilmu baru.
Skill baru.
Sikap baru.
Tabiat baru.
Bila diri kita dah berubah, barulah kehidupan kita akan berubah. InsyaAllah...
Dulu... Setiap kali dapat gaji, habis semua dibelanjakan sampai tak berbaki...
Tapi sekarang, bila dapat gaji, potong dulu masuk dalam tabungan... Selebihnya baru belanja...
Dulu setiap kali loan approved rasa seronok macam dapat duit bonus...
Tapi sekarang tak gemar dengan hutang... Setiap hutang baru, dia nampak sebagai beban... yang akan mengikat dia jadi "hamba" orang bertahun-tahun lamanya...
Kalau tak mampu bayar tunai, maksudnya belum mampu
Dulu kalau nak beli sesuatu, terus beli saja walaupun duit tak ada... Swipe saja kad kredit dan belanja semahunya selagi boleh hutang...
Tapi sekarang, kalau tak mampu bayar tunai, dia anggap dia tak mampu... Maka dia menabung dulu sampai cukup baru beli...
Dulu dia tak fikir pun pasal tabungan dan bina harta. Berapa saja gaji, habis dia belanjakan... Sebab dia fikir bulan depan dapat gaji lagi...
Tapi sekarang, dia sedar... Hari ni dapat gaji, tapi tahun depan belum tentu ada gaji. Walaupun jawatan dia terjamin, tapi tak ada jaminan dia mampu terus bekerja pada tahun depan...
Maka dia betul-betul fokus menabung dan bina harta demi hari esok yang belum tentu hujan atau panasnya...
Dulu dia berkawan dengan orang yang sembang pasal apa benda nak dibeli. Duduk dalam circle yang suka dengan 'seminar' untuk apply personal loan...
Tapi sekarang dia duduk dalam circle yang sembang tentang target tabungan, bebas hutang, dan kumpul harta, capai misi #1keluarga1kiloemas, malah capai RM1 juta pertama!
Beri masa 3 – 5 tahun kepada diri sendiri
Nasihat saya kepada dia, beri masa kepada diri sendiri at least 3 – 5 tahun. Yang penting mulakan langkah pertama walau kecil.
Mulakan dengan apa yang ada.
Belajar urus duit, bina tabungan dan tutup hutang satu demi satu. Tambah ilmu. Tambah skill. Tambah pendapatan sikit demi sedikit.
Benda yang kita lihat kecil hari ni, tapi kalau konsisten buat setiap hari, setiap bulan, bertahun-tahun... Akhirnya akan compounding (berganda) satu hari nanti...
Kejayaan tu sifatnya compounding... InsyaAllah...
Saya sendiri bermula dengan RM20 sebulan
Saya sendiri tak pernah sangka...
Tabiat saya potong gaji (menabung) RM20 setiap bulan, baca satu buku setiap bulan, join at least satu training dan circle yang betul setiap minggu sejak tahun 2003, akhirnya menjadikan saya bebas hutang lepas 4 tahun...
Capai #FinancialFreedom lepas 11 tahun...
Dan capai RM1 juta pertama lepas beberapa tahun berikutnya!
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Sebahagian pengalaman tu saya abadikan dalam #BukuMisiBebasHutang dan #BukuWangEmas.
Saya percaya, dah ramai yang bebas hutang dan capai target kewangan asbab follow jejak yang saya tinggalkan dalam buku tu...
Maka ikut saja jejak tersebut... Saya percaya, sesiapa pun pasti akan berjaya...
Asalkan gigih ubah diri, satu hari nanti pasti Tuhan akan ubah hidup kita...
InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
11 September 2026
28 Rabiul Awwal 1447H
Artikel berkaitan:
- Siapa Serius Nak Bebas Hutang, Tuhan Akan Memudahkannya
- Hasil Menabung Emas, Pensyarah Ini Bebas Hutang Kad Kredit!
- Alhamdulillah! Keluarga Ini Akhirnya Bebas Hutang Dengan Simpanan Emas
- Jalan Pintas Bebas Hutang Ketika Tengah Kesempitan?
- Mindset Betul Untuk Bebas Dari Hutang
- Demi Bebas Dari Hutang, Ahli Sukan Ini Jual Kereta Mewahnya
- Nak Hidup Bebas, Jangan Sesekali Belanjakan Duit Yang Kita Belum Dapat
- 7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

