Semalam masa event Public Gold FMD Mid-Year Review, saya sempat berkongsi sedikit pandangan kepada 800 orang FMD (Founder Master Dealer) Public Gold yang hadir;
Berdasarkan data yang dibentangkan, nampaknya pencapaian bisnes tahun 2026/27 ni tak selaju tahun lepas. Itu hakikat yang kita kena terima.
Tapi saya teringat satu pesanan guru bisnes saya, Datuk Dr. Rusly Abdullah (penulis buku "Jutawan Senyap");
"Di mana manusia berkumpul, di situ duit berkumpul."
Saya tanya kepada FMD yang hadir, terutama mereka yang layak join trip PGLS Budapest Ogos 2026 lepas;
- Customer yang membolehkan kita layak ke Budapest tu masih ada lagi ke tak?
- Team/ empayar penyimpan emas yang kita bina selama ni masih ada lagi ke tak?
Jawapannya, masih ADA!
Habis tu, kenapa bisnes kita tak selaju tahun lepas?
Saya ajak para FMD sama-sama berfikir...
More...
Kenapa Customer Beli Emas?
Pada saya, bisnes ni mudah saja nak faham; bisnes ialah tentang memenuhi kehendak, keperluan dan menyelesaikan masalah manusia.
Cuba kita fikir balik,
- Kenapa orang beli emas dengan kita?
- Kenapa orang buka akaun Public Gold?
- Kenapa orang join bisnes Public Gold?
Kalau nak diringkaskan kepada satu jawapan, sebenarnya semua orang "nak kaya".
Ada yang nak bebas hutang. Ada yang nak cukup simpanan. Ada yang nak beli rumah, beli tanah ataupun nak pergi haji. Masing-masing ada impian yang mereka nak capai.
Jadi tugas kita sebenarnya bukan sekadar jual emas. Tugas kita ialah bantu mereka capai impian tu.
Saya teringat satu pesanan Nabi s.a.w.;
Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi s.a.w. bersabda;
"Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi (untuk) saudaranya sebagaimana dia mengasihi (untuk) dirinya sendiri."
- (Hadis Riwayat Bukhari no. 13, dan Muslim no. 45a)
Daripada pesanan Nabi s.a.w. ni, saya belajar sesuatu;
- Kalau kita nak kaya, kita kena suka tengok customer kita kaya juga.
- Kalau kita nak berjaya, kita kena suka tengok team kita berjaya juga.
Kalau kita nak kehidupan yang lebih baik, kita kena bantu orang lain dapat kehidupan yang lebih baik juga. Itulah tanggungjawab kita sebenarnya dalam membangunkan bisnes Public Gold.
Bila Bisnes Terlalu Bagus, Kita Lupa Diri
Kita suka bila harga emas naik... Sebab semua orang berpusu-pusu nak beli emas. Bisnes kita rancak, income pun besar.
Tapi ada satu bahayanya... Kadang-kadang bila semuanya terlalu mudah, kita terlupa apa sebenarnya kerja kita. Kita terlupa tanggungjawab kepada customer yang dah percaya kepada kita.
Sebab tu bila bisnes perlahan, saya rasa inilah waktu terbaik untuk muhasabah diri.
Apa kerja yang kita tak buat?
Saya sendiri sebenarnya tak pernah puas hati dengan diri saya. Saya rasa saya belum cukup bekerja untuk membantu penyimpan emas yang dah percaya kepada saya. Saya rasa saya belum cukup bekerja untuk membantu team yang dah percaya kepada saya.
Saya tak puas hati kepada diri saya sendiri, bukan kepada customer dan team.
Jadi bila bisnes kurang bagus, inilah waktunya kita musahabah diri dan fikir balik apa tanggungjawab sebenar kita.
Kenapa Customer Berhenti Menabung?
Sepanjang 16 tahun saya dalam dunia emas, saya perhatikan orang tak beli emas ni biasanya sebab dua perkara saja. Pertama, tak ada duit. Kedua, tak ada ilmu.
Tapi saya percaya, majoriti sebenarnya bukan sebab tak ada duit, tapi mereka tak cukup ilmu.
Kalau benar semua orang tak ada duit, shopping mall tak penuh. Restoran tak penuh. Jalan raya pun tak jem!
Betul tak?
Duit tu memang ada... Cuma mereka belum faham kenapa mereka patut tukarkan sebahagian duit tu kepada emas.
Mereka belum faham pentingnya menabung emas untuk masa depan keluarga mereka. Dan tentunya belum faham macam mana nak bina kekayaan dengan emas.
Jadi siapa yang patut bantu mereka faham?
Kitalah (dealer Public Gold)!
Jangan Biarkan Menabung Tanpa Tujuan
Saya mula menabung emas sejak tahun 2010. Sehingga tahun 2026 ni, dah masuk 16 tahun saya menabung emas secara konsisten.
Dalam tempoh tu, macam-macam keadaan harga emas saya dah lalui...
Ada zaman harga naik mencanak. Ada zaman harga jatuh. Ada juga zaman harga mendatar bertahun-tahun. Tapi saya tetap beli emas.
Kenapa?
Sebab saya faham apa tujuan saya menabung emas. Saya ada target yang saya nak capai dengan menabung emas, antaranya nak menabung sampai cukup 1 keluarga 1 kilo emas - sebagai dana masa depan keluarga!
Jadi kalau customer kita berhenti menabung bila harga emas jatuh, saya percaya, puncanya bukan pada harga emas. Tapi mereka belum cukup faham tentang emas (sebagaimana kita faham).
Sebab tu kalau existing customer contact saya, saya suka ambil peluang tanya soalan penting ni;
"En Ali, boleh saya tahu apa target En Ali menabung emas? Mungkin saya boleh bantu guide cara En Ali capai targer berdasarkan ilmu dan pengalaman saya dalam emas."
Ada yang jawab nak beli tanah.
Saya tanya balik, "Tanah tu harga berapa? Bila target nak beli?"
Ada yang jawab nak pergi haji.
Saya tanya pula, "Berapa tahun lagi nak pergi haji?"
Lepas tu saya bantu mereka buat kira-kira.
'Lock' Nilai Tabungan Kepada Emas
Katakan kos haji RM30,000... Berdasarkan harga emas pada waktu sekarang, nilainya sekitar 50 gram.
Maka kita boleh jadikan 50 gram emas sebagai target untuk dia capai - cukupkan dana haji.
Hari ni RM30,000 cukup untuk pergi haji. Tapi RM30,000 yang sama, tentunya dah tak mampu cover kos haji lagi 10 - 15 tahun akan datang. Jadi fahamkan mereka untuk 'lock' nilainya dalam bentuk 50 gram emas.
Sebab kita percaya, dengan teori "1 Dinar 1 Ekor Kambing", apa yang mampu dibeli dengan emas pada hari ni, tetap akan mampu dibeli pada masa akan datang.
Buktinya, 1 dinar (emas 4.25 gram) tetap mampu beli seekor kambing setelah 1400 tahun berlalu!
Jadi apa saya target tabungan emas pada masa depan, kita 'lock' pada gram emas. Sebab sifat emas tu sendiri adalah alat "penyimpan nilai" paling ampuh dalam sejarah manusia.
Jadi bila dah faham, customer dah nampak target dia. Bukan sekadar simpan duit saja-saja. Tapi ada matlamat yang jelas.
Bila dah ada matlamat yang jelas, barulah ajar satu formula yang saya sendiri amalkan sejak dulu, iaitu:
- Menabung sikit-sikit, konsisten dalam jangka panjang. Gunakan duit yang tak diperlukan dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dan ke atas.
Berdasarkan pengalaman saya, ini teknik paling ampuh, paling evergreen, dan paling peace of mind untuk kaya dengan emas. Tak perlu pening kepala nak teka harga emas esok naik ataupun turun.
Kalau ada duit lebih, tambah simpanan. Kalau duit tak banyak, simpanlah ikut kemampuan. Yang penting, menabung secara konsisten...
Bila Harga Emas Turun, Sepatutnya Customer Gembira!
Bila customer kita dah ada target gram emas yang dia nak capai, mindset dia akan berubah.
Dia bukan lagi tengok emas macam tengok sama. Ia bukan lagi tentang "buy low sell high". Tapi dia lihat emas pada sifatnya yang menyimpan nilai.
Katakan customer kita ada target nak kumpul 50 gram emas.
Bila harga emas turun mendadak, agak-agak dia rasa happy, ataupun rasa susah hati?
Tentunya dia akan happy! Sebab bila harga turun, dia boleh dapat lebih banyak gram emas dengan duit yang sama. Dan ini akan bantu percepatkan dia capai target 50 gram tadi.
Sebaliknya, kalau kita asyik ajar customer tengok harga naik berapa peratus, turun berapa peratus, akhirnya dia jadi serabut. Dia pun tak tahu bila patut beli.
Sebab tu saya suka bantu customer tetapkan target dalam bentuk gram emas, bukan semata-mata nilai RM.
Saya sendiri ada simpanan emas dalam Akaun Emas GAP yang dibeli pada pelbagai paras harga.
Walaupun saya pernah beli emas pada harga RM750 segram, tapi purata harga belian keseluruhan emas saya sekitar RM320 segram saja. Harga RM750 tu sudah tak relevan untuk saya.
Walaupun harga emas dah jatuh daripada paras tertinggi (kepada RM600 segram), simpanan saya masih utnung besar.
Itu hasil saya menabung secara konsisten selama bertahun-tahun. Bukan sebab saya pandai teka harga emas.
Harga emas tetap ada risiko turun naik. Tapi bila kita faham tujuan dan tempoh simpanan, kita tak mudah panik dengan pergerakan harga jangka pendek.
Sebab tu saya selalu galakkan customer gunakan Akaun Emas GAP, dan gunakan kemudahan Auto-Debit. Biar simpanan berjalan secara konsisten.
Saya Nak Tengok Customer Saya Semua Kaya
Saya ada sekitar 10,000 frontlines (penyimpan emas yang direct register dengan saya).
Jauh di sudut hati, saya sebenarnya nak tengok semua penyimpan emas di bawah bimbingan saya ni kaya, bukan sekadar beli emas.
Ada yang dah bersama saya bertahun-tahun.
Ada yang dah berjaya kumpul 1 kilogram emas. Ada yang dah kumpul 2 kilogram emas. Ada juga yang dah jadi jutawan.
Yang menariknya, mereka tak perlu jadi dealer Public Gold pun untuk kaya. Mereka cuma menabung dengan betul.
Bayangkan kalau semua penyimpan emas yang dah percaya kepada kita berjaya capai matlamat kewangan masing-masing. Alangkah seronoknya!
Pada saya, itulah kepuasan sebenar dalam bisnes ni. Bukan sekadar tengok komisen masuk setiap bulan. Tapi tengok kehidupan orang berubah hasil daripada bimbingan kita.
Sebab tu saya selalu fikir, kalau customer dah percaya kepada kita, jangan biarkan mereka begitu saja.
Contact mereka balik. Tanya perkembangan simpanan mereka. Bantu mereka buat kira-kira dan guide cara capai target tabungan emas.
Kadang-kadang mereka cuma perlukan sedikit bimbingan dari kita untuk kembali konsisten menabung.
Dan sebenarnya, sales terbaik (peluang buat sales paling besar) datangnya dari existing customer kita. Bukan dari customer yang belum join kita.
Existing customer kita, mereka dah kenal emas... Dah percaya Public Gold... Dah percaya kepada kita.
Tinggal lagi, kita kena buat kerja kita - bimbing mereka.
Barang Kemas, Satu Lagi Peluang Besar
Satu lagi perkara yang saya nampak menarik ialah perkembangan PG Jewel.
Selama ni kalau kita nak jual gold bar ataupun dinar, kita kena banyak mendidik customer; Kena buat kelas. Kena buat training. Kena buat content. Kena terangkan macam-macam.
Tapi barang kemas ni lain...
Kita tunjuk design cantik saja, orang dah berkenan. Tak perlu cerita panjang tentang inflasi, kejatuhan nilai duit ataupun harga emas dunia.
Dia beli sebab dia suka - cantik!
Saya nampak perkara ni pada isteri saya sendiril
Saya masih ingat, masa saya dapat gold bar dan dinar emas pertama sekitar 16 tahun dulu, bukan main seronok lagi saya bawa balik rumah, tunjuk dekat isteri. Itulah emas pertama saya!
Tapi isteri saya tengok, respon dia macam biasa-biasa saja. Tak ada perasaan sangat.
Berbeza bila melibatkan barang kemas macam PG Jewel ni. Yang tu memang menarik perhatian dia! Sampai saya bimbang setiap kali dia jenguk branch PG Jewel!
Sebab tu saya nampak pasaran barang kemas ni sangat besar.
Cuma pada saya, kalau orang nak beli barang kemas, biarlah bukan sekadar cantik untuk dipakai. Biarlah barang kemas tu juga ada nilai simpanan yang baik.
Sebab ada barang kemas di pasaran luar saya rasa ralat... Sebab spread harga beli dan jual baliknya sampai 25%. Ada yang sampai 40%. Banyak sangat tu! Dari sudut nilai simpanan/ pelaburan, kita akan rugi sangat banyak...
Jadi dengan perkembangan PG Jewel, saya nampak satu peluang baru untuk kita bantu masyarakat beli barang kemas yang bukan sekadar cantik, tapi juga sesuai untuk simpanan. Berhias, sambil menyimpan...
Saya percaya ini boleh jadi satu gelombang baru dalam bisnes Public Gold. InsyaAllah...
Harga Emas Naik Ada Peluang. Harga Turun Pun Ada Peluang.
Selain GAP Auto-Debit dan PG Jewel, kita juga ada peluang bisnes yang besar, iaitu "non-PG buyback". Iaitu bantu penyimpan emas jual balik barang kemas lama yang dah rosak, kemek, calar ataupun bengkok pada harga tinggi.
Public Gold offer antara harga tertinggi dalam market (pasaran).
Bila musim harga emas turun, ramai orang nak borong emas... Kita buat duit dengan sales yang berlipat kali ganda dengan. jualan emas.
Bila musim harga emas naik tinggi pula, ramai orang nak jual emas. Maka kita bantu mereka dapat jual emas-emas lama yang dah rosak pada harga tinggi.
Maknanya, dalam apa juga keadaan pasaran, kita dapat bantu penyimpan emas kita dengan baik. Dan kita boleh buat duit banyak dalam apa keadaan harga emas sekalipun, insyaAllah...
Dengan kemudahan buyback Public Gold yang semakin berkembang (khususnya melalui branch PG Jewel yang dibuka setiap hari), kita ada lebih banyak peluang untuk bantu customer.
Sebab tu saya rasa, kalau kita betul-betul faham bisnes ni, kita tak perlu terlalu risau dengan turun naik harga emas. Kita fokus saja pada apa yang customer perlukan.
Orang nak menabung, kita bantu menabung.
Orang nak beli barang kemas, kita bantu.
Orang nak jual emas, kita bantu juga.
Mudah, kan?
Buat Kerja Yang Betul, Bukan Sekadar Kejar Trip
Dalam event semalam, Cikgu Ridwan ingatkan tentang pentingnya membina structure bisnes, iaitu bina 1000 FL (frontlines) dulu...
Kalau nak layak join trip PGLS Norway, dan trip-trip insentif Public Gold yang seterusnya, structure yang cukup kuat tu kena bina dulu.
Bilangan frontline mesti cukup, sekurang-kurangnya 1000 FL aktif. Lepas tu, jaga betul-betul frontlines (penyimpan emas) yang dah percaya kepada kita.
Bantu customer. Bantu team. Pastikan mereka kaya dengan emas.
Saya percaya, kalau kita buat kerja yang betul dari awal, kita tak perlu berhempas-pulas setiap tahun untuk kejar kelayakan trip PGLS.
Sebenarnya, kita cuma perlu bersungguh-sungguh membina struktur sekali saja.
Lepas tu structure tu akan terus berkembang apabila kita konsisten berikan bimbingan dan servis yang baik.
Bila bercakap tentang trip PGLS ni, ada satu perkara yang betul-betul menyentuh hati saya semalam.
Orang Dah Meninggal Pun Masih On Track Ke Norway
Dalam senarai dealer yang sedang on track untuk layak ke Norway, ada nama Allahyarham Abdul Rahman.
Allahyarham sebenarnya dah meninggal dunia 3 tahun. Tapi bisnes beliau masih berjalan!
Customer yang pernah dia bimbing masih menabung. Structure yang dia bina ketika hidup tu masih berkembang.
Bayangkan... Orangnya dah tak ada, tapi hasil kerja yang dibuat semasa hidup masih memberikan manfaat.
Ketika hidup, allahyarham bukanlah top FMD yang luar biasa. Beliau cuma seorang dealer biasa yang bersungguh-sungguh membantu customer semasa hayatnya.
Tapi sebab beliau buat kerja yang betul, hasilnya masih berterusan walaupun beliau dah tiada.
Dan saya terfikir...
Alangkah bagusnya kalau suatu hari nanti, apabila kita dah meninggal dunia, waris kita boleh menikmati kekayaan yang lebih besar daripada apa yang kita nikmati semasa hidup.
Itulah antara kelebihan membina bisnes yang mempunyai structure kukuh.
Kita bukan sekadar bekerja untuk pendapatan hari ni. Kita sedang membina sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada keluarga untuk masa depan, insya-Allah.
Akhirnya, Kita Kena Tanya Diri Sendiri
Bila bisnes perlahan, jangan cepat salahkan harga emas. Jangan cepat salahkan keadaan ekonomi. Jangan cepat salahkan customer yang tak membeli.
Tapi muhasabah balik diri sendiri;
- Apa yang kita dah buat untuk membantu mereka?
- Berapa ramai customer yang kita dah bantu tetapkan target menabung emas?
- Berapa ramai yang kita dah bantu keluar daripada masalah kewangan?
- Berapa ramai team kita yang dah berjaya hasil daripada bimbingan kita?
Sebab saya percaya, kalau kita betul-betul fokus membantu manusia, peluang bisnes tu sentiasa ada.
Customer kita masih ada... Team kita masih ada... Masyarakat yang perlukan bantuan kita pun masih ramai.
Tinggal lagi, kita nak buat kerja ataupun tidak.
Saya teringat balik pesanan guru saya tadi.
"Di mana manusia berkumpul, di situ duit berkumpul."
Jadi jangan terlalu sibuk mengejar duit sampai kita terlupa manusia yang sepatutnya kita bantu. Bila kita bantu manusia menyelesaikan masalah mereka, insyaAllah rezeki kita pun akan datang.
Saya sendiri nak terus bekerja bantu lebih ramai penyimpan emas membina kekayaan. Bukan sekadar nak tengok saya seorang kaya. Tapi nak tengok semakin ramai orang kaya bersama-sama saya.
Itulah yang saya perjuangkan melalui G100 Network selama ni, khususnya #MisiUbahHidup1000Keluarga.
Wallahu a'lam.


