Nilai Hartanah Naik 30%!

by on August 21, 2008

Post image for Nilai Hartanah Naik 30%!

Sekadar makluman untuk sahabat, harga rumah sekarang ni telah naik sekurang-kurangnya 30% daripada harga asalnya. Ini disebabkan kenaikan kos binaan meningkat sebanyak 30% – 50% berikutan kenaikan harga minyak. Ini maklumat yang diberikan oleh kontraktor.

Syarikat-syarikat yang mempunyai hartanah sepatutnya kena buat nilaian semula hartanah yang dimiliki. Nilai yang diinsurankan perlu disemak semula. Ini kerana reconstruction cost yang lama dah tak relevan lagi. Sebagai perbandingan, kalau nilai dulu RM100,000, kos untuk buat rumah yang sama perlukan at least RM130,000.

Urusan Jual Beli Agak Perlahan

Sesiapa yang beli rumah sebelum bermulanya ‘gawat’ haritu memang beruntung. Nilai ‘kekayaan’ mereka telahpun meningkat. Walaupun begitu, masa sekarang bukan masa sesuai untuk berjual beli.

Penjual agak susah mendapatkan pembeli kerana pembeli semakin sukar membeli kerana Base Lending Rate (BLR) telahpun dinaikkan oleh Bank Negara. Maksudnya, kadar faedah pinjaman rumah telahpun meningkat. Ditambah pula dengan harga rumah yang meledak, ia mengurangkan lagi minat para pembeli.

“Desperate Seller” Bertambah

Pendapat saya, para pembeli yang mempunyai TUNAI, boleh bersiap sedia untuk membeli. “Desperate seller” mungkin akan bertambah dipasaran. Harga rumah yang akan dilelong juga turut akan bertambah kerana bank akan restructure pinjaman rumah yang sedia ada.

Sesiapa yang guna pinjaman berdasarkan floating rate, pasti akan terkena. Kalau dulu ansuran bulanan RM500, sekarang mungkin dinaikkan ke RM600.

Kalau siapa ada TUNAI, Memang boleh buat untung masa ni. Tapi, bukan ramai orang yang ada tunai untuk membeli rumah.

Sekadar berkongsi. Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Heights

14 Ogos 2008

{ 1 comment… read it below or add one }

1 ijad August 21, 2008 at 5:31 am

salam.. apa khabar…

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: