Beri Hutang – Antara Gagal dan Berjaya

by on September 5, 2008


“Nak bagi pinjam ke tak yer? Kalau bagi, pastinya rugi sebab tak dapat dilaburkan. Kalau labur, dapat juga dividen Tabung Haji 5% setahun. Kalau sedekah, setakat berpuluh ringgit boleh la, tapi tak cukup untuk keperluan dia. Sedangkan dia tengah terdesak”


Antara persoalan yang selalu timbul setiap kali nak bagi hutang. Bila ada kenalan yang saya kira benar-benar terdesak, saya selalu gagal untuk pertahankan dua prinsip kewangan.

Pertama, “jangan beri hutang”. Keduanya, “jangan usik dana kecemasan”.

Jangan Beri Hutang

Prinsip pertama, saya pelajari dari Chef Li (Dato’ Dr. Rusly Abdullah, penulis buku “Jutawan Senyap”). Ini adalah pesanan Pak Kiainya. Bagi Pak Kiai, memberi hutang boleh menyemai api permusuhan. Ia ibarat api dalam sekam. Permusuhan boleh timbul bila si peminjam gagal membayar hutang sebagaimana yang dijanjikan. Apatah lagi yang lari dari membayar hutang.

Jadi, Pak Kiai sarankan, kalau nak bagi, bagi sedekah sajalah. Ikut apa yang kita mampu.

Masalahnya, kenalan kita benar-benar dalam keadaan terdesak. Amaun sedekah yang kita mampu, pastinya tak dapat penuhi keperluannya yang tengah mendesak. Nak tak nak, terpaksa bagi pinjam.

Jangan Usik Dana Kecemasan

Prinsip kedua, “jangan usik Dana Kecemasan”.

Mengikut nasihat pakar-pakar kewangan, setiap kita mesti ada Dana Kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan. Mesti sentiasa disimpan, dan boleh ditunaikan pada bila-bila masa.

Memang benar. Saya akui betapa pentingnya dana ini. Ketika kereta saya disondol lori kontena dua tahun lalu, dana kecemasanlah yang berperanan. Kos repair kereta yang berjumlah RM1,200 saya korek dari dana ini dengan selamba saja. Syukur alhamdulillah. Dalam keadaan susah, urusan kita jadi mudah.

Prinsipnya, dana ini tak boleh diusik walauapapun tujuan, kecuali bila kita dalam kecemasan. Tetapi, apabila kenalan rapat dalam kecemasan, saya gagal untuk tak berkompromi dengan prinsip ini.

Antara Berjaya dan Gagal

Kalau ikutkan prinsip kewangan, saya gagal. Gagal kerana tetap beri pinjam. Dana kecemasan peribadi, saya keluarkan untuk kecemasan orang lain.

Ini kerana saya terlalu khuatir untuk berdiam diri. Hari ini dia kecemasan. Hari esok mungkin giliran saya. Terlalu zalim rasanya memejamkan mata, memekakkan telinga terhadap kesusahan orang lain. Ketika Allah memberikan kemudahan, kemudahan itu juga adalah untuk dilimpahkan sesama insan.

Untung dan Rugi

Tentang untung rugi, semuanya saya serahkan saja kepada Tuhan. Saya yakin, pastinya Tuhan akan permudahkan sesiapa saja yang mempemudahkan sesama mukmin.

Rugi pada kiraan matematik, belum tentu rugi pada perkiraan Tuhan. Kerana rahmat dan kekayaan Tuhan, tak dapat dihitung dengan kiraaan matematik. Tubuh badan yang sihat, keluarga bahagia dan sihat sejahtera, persahabat yang soleh, cukup makan dan pakai, semua itu limpahan kekayaan Tuhan yang tiada nilaian.

Walaupun sedaya upaya untuk bertahan kepada prinsip, perlu juga rasanya fleksibel mengikut keperluan dan keadaan.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Heights
5 September 2008

{ 8 comments… read them below or add one }

1 zamzuri_mustapha September 9, 2008 at 3:53 am

Saya setuju.

P/S: Saya sedang membaca kelima-lima buku Chef Li.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie September 10, 2008 at 2:18 pm

Bagus tu. Alhamdulillah…

Reply

3 Anonymous December 4, 2011 at 6:48 am

En Zul, jika kita gagal utk konpromi dgn prinsip jgn beri hutang…tentu kita yg akan tgung akibatnya…kuranglh kekayaan yg telah kita kumpul…bkb shj yg kita kumpul tp hutang kita sndiri jg btmbah…krn kita beri hutang pada org lain, sdgkan org x nk byr…

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie December 6, 2011 at 9:23 am

Tuan, pesan Chef Li, seboleh2nya jangan beri hutang. Bagi sedekah jer setakat yang kita mampu. Saya pun ada tahap memang tak bagi hutang bila ada datang nak berhutang. Saya cuma bagi sedekah jer. Kekadang kita nak jaga hubungan dengan kawan, tapi sebenarnya hubungan akan lebih rosak bila dia tak bayar hutang. So, lebih baik dia kecik hati sebab kita tak bagi hutang daripada wujudnya permusuhan sebab dia tak bayar hutang kelak.

Saya lagi yang kita ingat, kalau kita permudahka orang lain, nanti Allah akan permudahkan kita. Kalau kita permudahkan si A, nanti Allah akan permudahkan kita balik melalui si B. Orang jadi sakit hati bila dia expect Allah akan permudahkan dia balik melalui si A juga.

Wallahu a’lam.

Reply

5 linda_haniff March 18, 2012 at 1:04 am

saya setuju dgn en zul… tak kisah lah…insya-allah..ALLAH akan permudahkan..

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie March 23, 2012 at 3:54 pm

InsyaAllah.

Reply

7 Unknown June 22, 2013 at 9:11 am

Assalam.memberi hutang bkn mudah,xmemberi hutang juga bkn mudah.lebih2 lg kenalan lama mahupun saudara mara.pnh bg hutang pada 2org kwn lama,jejak 4 angka.sampai la ni xberbayar.nk redha jumlahnya byk.xredha takut hidup dorg lbh takut hidup dorg lbh derita.hy pada Tuhan daku berserah.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie June 22, 2013 at 11:09 pm

Wslm,

Memang saya pun ada konflik dalaman yang sama tentang hutang. Tapi banyak pengalaman dan prinsip yang saya belajar, kalau sayangkan persahabatan / kekeluargaan, jangan sesekali berikan hutang. Hutang terbukti merosakkan hubungan. Bagi sahaja sedekah yang kita mampu.

Wallahu a’lam.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: