8.40 pagi – Perjalanan
Bertolak ke Lumut. Aku tumpang kereta Shukur bersama Hafifi. Maya bersama Banon. Adibah bersama Hafizah. Tun dan Helmi naik kereta sendiri dari rumah orang tuanya di Perak.
Shukur memandu, sementara aku dan Hafifi menyemak peta dan GPS. Perjalanan ke Lumut; KL – exit Bidor, Teluk Intan, terus ke Lumut. Kami lead, sementara kereta Banon dan Fizah follow dari belakang. Singgah bersarapan di R&R Tapah. Terpaksa terlajak ke Tapah kerana Fizah tak tahan lapar.
1.oo tgh, makan tengahari di Restoran Silaturrahim, Teluk Batik. Restoran yang dipenuhi dengan tentera laut yang berseragam serba biru dan serba putih. Baju yang serba putih difahamkan berpangkat besar.
1.40 ptg – Tiba di Kem Outward Bound School (OBS)
Tiba di Kem OBS bersama konvoi dari KL. En. Mukrim (Instructor/ Facilitor) menyambut kami. Katanya jam 2.00 petang baru lapor diri.
“Wah, daftar awal sikit pun tak boleh. Ini betul-betul ikut time ni” Aku bercakap dengan rakan-rakan.
Lapor diri di Dewan Tan Sri Hutson. 26 peserta telahpun hadir. Tinggal lagi Vinod dan Paramaish yang belum lapor diri.
Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan; Tahan dan Korbu. Aku disenaraikan dalam kumpulan Korbu.
Tiga orang instructors (fasilitator) yang akan mengendalikan program kami. En. Mukrim instructor kumpulan Tahan, En. Mohd Jamadil (lebih dikenali sebagai MJ) instructor Korbu. Manakala En. Nicolas sebagai pembantu.
Makan ikut kumpulan masing-masing. Sebelum makan, taklimat tentang peraturan di Dining Hall. Makan guna tray macam asrama sekolah. Wajib pakai sudu, untuk tujuan kebersihan katanya.
Caterer cuma sediakan makanan. Hidang, agihkan makanan, cuci tray, cawan dan sudu, susun balik pinggan mangkuk, bersihkan meja dan lantai, semuanya kena buat sendiri.
Bing Bong Ball. Game untuk meruntuhkan ‘tembok’ di kalangan peserta. Sekadar mewujudkan suasana ceria.
Taaruf Ball. Suai kenal menggunakan bola. Game ini tak diberikan nama, tapi aku namakan ia “Ta’aruf Ball”. Dalam masa 15 minit, kesemua 28 peserta boleh ingat nama antara satu sama lain.
Zainiz, Azril, Nizam, Vinod, Chia, Chek Man, Jensen, Faizal, Khoo, Tom, Alicia, Grace, Tun, Fizah, Banon, Maya, Adibah, Omar, Paramaish, Fifi, Shukur, Eddie, Shney Ying, Aida, Aishah, Lim dan Shaiful. Kesemua nama aku ingat dan kenal tuannya, alhamdulillah.
Hm, cukup menarik. Aku ingat nak gunakan modul ini dalam mana-mana program yang aku kendalikan nanti, insyaAllah.
Berkumpul di kawasan pokok kelapa. Tempat yang redup, dengan angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa. Memang nyaman dan santai.
Taklimat dan demonstrasi mendirikan khemah oleh En. Mukmin. Katanya, esok kami akan berkhemah. Cuma malam ini saja tidur dan makan di Kem OBS. Di mana? Tempatnya masih dirahsiakan.
Shaiful dan Tom menceriakan suasana. Mereka berdua agak havoc. Memang kecoh suasana ketika itu.
6.30 ptg – Naik ke Dorm Kinabalu di Puncak Bukit
Peserta lelaki ditempatkan di rumah Kinabalu dan Camah. Naik 228 anak tangga sambil pikul beg sandang yang berat, huh, cukup meletihkan. 2, 3 kali aku berhenti rehat sebelum sampai ke puncak.
Aku pilih rumah Kinabalu. Rumah paling tinggi, kerana aku kira panoramanya lebih indah.
Katilku bersebelahan En. Omar dari Takaful Ikhlas, peserta paling berumur. Aku kira umurnya 50-an.
Dorm Kinabalu terletak di puncak. Betul-betul atas Boat House, sebelah kanan gambar.
Wall Climbing, sebagai persediaan aktiviti bertali di Camp Site nanti. Teknik diajarkan, demonstarasi dilakukan. Ciri-ciri keselamatan amat dititik beratkan. Beberapa istilah baru yang aku belajar. Salah satunya “Belayer” – orang yang memegang tali keselamatan dari bawah.
Aktiviti dilakukan mengikut kumpulan. Kumpulan Korbu, aku orang pertama memanjat. Apabila tangan menyentuh roof top, setiap peserta disuruh menjerit “I love OBS!”
Hm, inilah kali pertama aku mencuba Wall Climbing.
Semua peserta berjaya sampai ke roof top dengan mudah kecuali Aida. Panjat dah separuh jalan, dia minta excuse dari MJ (Instructor Korbu) untuk tak teruskan kerana takut tinggi katanya, tapi tak dilayan. Lama betul Aida tergantung kat situ.
Lepas ‘dipaksa’ oleh Instructor, dan diberi semangat oleh team member, Aida akhirnya sampai ke roof top. Tahniah!
10.30 mlm – Hemat Diri dan Tidur
Mendaki balik ke dorm. Gelap betul jalan ke dorm. Kalau sesiapa tak bawaktorchlight memang akan bermasaalah.
Sampai di dorm, aku rehatkan badan, basuh baju, mandi dan bersiap untuk tidur. Semua rakan-rakan cepat betul lena (mungkin keletihan) kecuali si Shaiful. Aku layan Shaiful jap. Kesian dia tak ada member.
Malam ini rasa sikit kelainan. Rutinnya, aku dan isteri kena siap-siap anak-anak sebelum tidur. Gosokkan gigi, basuhkan kaki, salinkan pampers dan buatkan susu pengulik tidur. Bekas-bekas sukatan susu, mesti dipastikan penuh semuanya, supaya kalau mereka terjaga tengah malam, kami boleh siapkan susu dalam masa 30 saat! dan terus sambung tidur. Jarang-jarang sekali rasanya kami dapat tidur lena terus ke subuh tanpa dikejutkan anak-anak.
Tapi malam ini, malam yang berbeza. Seperti kembali ke zaman bujang. Kembali tidur seperti orang bujang…
Zulkifli
25 Ogos 2008
Teluk Batik, Lumut