MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Hutang Dengan Allah

October 26, 2009

Dua hari lepas kuliah zohor oleh Ustaz Zulkarnain Hamzah (Ustaz Zul). Ustaz Zul adalah host rancangan Kalam Suci di Astro Oasis. Dan rancangan Kalam Suci pula ditaja oleh Rayhar Travel, iaitu syarikat tempat Ustaz Zul bekerja i.e. bawa jemaah haji.

Satu pesanan Ustaz Zul (yang saya masih ingat) bagi orang yang nak cepat pergi haji iaitu pastikan duit dalam akaun Tabung Haji ada RM9,000 lebih. Katanya, bila ada kuota tambahan atau kekosongan, Tabung Haji akan hubungi sesiapa yang dalam akaunnya ada RM9,000 lebih, terutamanya orang KL. Jadi, simpanlah duit cepat-cepat. Mudah-mudahan kita dapat cepat-cepat pergi Haji.

4 Hutang Dengan Allah

Menurut Ustaz lagi, dalam Islam empat perkara yang dianggap hutang dengan Allah – selagi ianya tak dilangsaikan iaitu Solat, Puasa, Zakat dan Haji.

Solat kalau tinggal masa zaman ‘jahiliah’ dulu, ia mesti bertaubat dan qadha’. Selagi tak bertaubat (sebab tinggalkan solat), dan qadha’ (ganti) balik solat tersebut, selagi itulah ia dikira hutang. Tak boleh kira ‘halal’ atau hutang lapuk!

Begitulah juga dengan 3 perkara lagi. Zakat EPF misalnya, selalu orang lupa. EPF memang tak wajib zakat. Tapi, bila ianya dikeluarkan dari akaun, maka jatuhlah hukum wajib bayar zakat hatta pengeluaran untuk full-settlement pinjaman rumah. Yang ni selalu orang lupa.

Hutang dengan Allah kalau tak langsaikan di Dunia, kena ‘langsaikan’ juga di hari Akhirat kelak. Malangnya, hari Akhirat ialah hari yang tiada lagi jalan pulang…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
11 September 2009

(Kredit foto : sacredjourneys)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>