The Power of Unity

by on March 10, 2010


An African saying “If you want to walk QUICK, walk ALONE. If you want to walk FAR, walk TOGATHER!”. Believe in teamwork – Business Mentor

Uh, sms sebuah wisdom (hikmah) yang cukup bernilai yang baru saya terima daripada mentor kami yang baru balik dari business conference di India. Beliau ingatkan kami betapa penting “teamwork” dan “unity”. Beliau benar-benar realise kepentingan prinsip “The Power of Unity” kerana beliau bukan sahaja belajar dari teori, tetapi pengalaman jatuh bangun dalam bisnes lebih 20 tahun!
The Power of Unity

Prinsip ni jarang benar diamalkan usahawan Melayu. Kalaupun ada, mungkin dari kalangan kelompok seperti Global Ikhwan. Usahawan Cina boleh duduk sebaris, tapi semua maju. Usahawan Acheh boleh berniaga sebelah-menyebelah, tapi semua dapat untung dan bertahan lama (seperti di Damansara Damai).

Susah sekali nak tengok usahawan Melayu sama-sama maju. Dulu mama dan abah pernah buat perusahaan batik di rumah. Boleh dikatakan setiap kampung di Kelantan ketika itu meriah dengan perusahaan batik. Belia-belia kampung masing-masing mengasah bakat membuat batik. Ada yang mencanting (melakar) batik, dan ada yang menyonteng (mewarna). Rumah yang abah jadikan Home Stay hari ini, asalnya dulu adalah bengkel batik.

Industri Batik Kelantan Terkubur

Industri batik di Kelantan berkubur tak berapa lama lepas batik ‘meletup’. Menurut abah, ada usahawan yang bermodal besar dan maju buat permainan harga menyebabkan habis usahawan-usahawan kecil lingkup semuanya!

Kenapa jadi begitu?

Sebab tak ada sikap “unity” (bersatu) supaya sama-sama berjaya. Aku menang, orang lain mesti kalah. Orang Melayu berbisnes menang-kalah, tapi orang Cina berbisnes menang-menang. Orang Cina boleh berbisnes sebaris, tapi semua berjaya. Orang Melayu buka kedai, kedai sebelah (milik Melayu) selalunya akan lingkup!

Sebab tu mentor kami sangat tekankan prinsip penting dalam perniagaan (bahkan dalam hidup) iaitu “The Power of Unity”.

Didik Diri Jadi Team Player Yang Baik

Bukan senang nak jadi team player yang baik sebab ada kalanya kita kena ketepikan kepentingan peribadi demi kepentingan sebuah kumpulan (jemaah). Ada kalanya kena belajar berlapang dada dan sedia diperbetulkan.

Kekadang kena belajar merendahkan diri, supaya team kita berasa selesa dengan kita. Kena didik diri menghormati pandangan orang dan ‘menyimpan’ pandangan peribadi. Kekadang rasa kita paling betul, tapi kena belajar meraikan pandangan orang lain, dan menghormati keputusan sebuah kumpulan (syura).
Pilihlah Calon Yang Teachable

Seingat saya dulu, bila nak cadangkan calon isteri/ suami pada sahabat, saya cuba selidik dulu samada calon tu terlibat ataupun tak dengan jemaah (kumpulan), atau dia jenis yang tak campur orang. Orang yang terlibat dan boleh bekerja dalam satu kumpulan dengan baik, biasanya dia calon suami/ isteri yang baik. Dia biasanya seorang yang teachable boleh dididik dan bersedia memperbaiki diri.

Kalau dia ada sikap penting diri sendiri, tak boleh ditegur, tak boleh diajar, tak boleh berlapang dada, dia akan rimas dengan pelbagai kerenah manusia dan tak boleh hidup dan bekerja dalam sebuah jemaah. Dia mesti terkeluar dari sesebuah kumpulan.
Islam Tanpa Muslim

Asas-asas teamwork banyak saya belajar masa berusrah dan berjemaah. Tapi melalui bisnes saya dapat fahami dengan lebih mendalam. Kesannya sangat instant. Mudah-mudahan, sedikit sebanyak wisdom (hikmah) yang dapat melalui bisnes, dapat memperkukuhkan lagi kefahaman saya tentang apa yang di ajar oleh Nabi S.A.W dari sudut hidup berjemaah.

Saya terperasan, banyak hikmah diajar oleh Allah dan Rasul kekadang boleh kita belajar dari orang bukan Islam. Bahkan mereka kekadang lebih baik dari kita. Sebagaimana catatan Muhammad Abduh pada kurun ke-20 katanya;


“Saya pergi ke Paris, saya bertemu Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah, saya bertemu Muslim tanpa Islam”.

Wallahu ‘alam.
Zulkifli
Damansara Heights
10 Mac 2010
24 Rabiul Awwal 1431

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: