Takaful Malaysia: Elakkan Internet Banking & Potong Gaji

by on October 31, 2010

Selain hutang, saya pun tak gemar ada bil tertunggak sebab itu salah satu bentuk hutang. Selain elakkan hutang, saya pastikan semua bil dibayar on-time, atau bayar in advance.

Duit Maintenance Tertunggak

Dua minggu lepas, ada mesyuarat penubuhan JMB Apartment Indah. JMB ni adalah pengurusan bersama antara penduduk (pemilik) dan pihak pengurusan bangunan. Tapi sayangnya, mesyuarat terpaksa ditangguhkan sebab tak cukup korum.

Daripada lebih 100 buah rumah, cuma 21 jer rumah yang hantar wakil. Dan lebih 100 buah rumah, cuma 15 rumah saja yang clear mantainance fee, termasuk rumah saya. Syarat korum ialah 1/3 daripada rumah yang clear maintenance. Jadi daripada 15 rumah, cuma 4 sahaja (termasuk saya) yang hadir, tak cukup 6 orang. Yang tak habis bayar maintenance boleh hadir, tapi tak ada kelayakan untuk mengundi.

Ramai juga yang merungut pasal orang yang layak mengundi tapi tak hadir. Bila En. Rahim (Pengerusi Penduduk) pesan pada saya nak make sure orang yang layak supaya hadir, saya jawab “Senang jer Abg Rahim, yang mana turun tu (tapi tak layak mengundi), habiskan bayaran. So, kita tak pening kepala nak cari orang yang tak turun”. Punca sebenar bukan orang tak turun, tapi orang tak bayar.

Itu cerita pasal maintenance.

Tertunggak Duit Takaful

Tadi saya ke Takaful Malaysia Jalan Raja Laut. Nak bayar duit takaful.

Masa nak dapatkan statement untuk Income Tax hari tu, saya kira-kira jumlah tertunggak lebih kurang RM1,500. Tapi bila cek di pejabat Takaful Malaysia hari ni, rupa-rupanya RM3,024.50. Aduh… banyaknya…

Masalahnya bukan sebab saya tak bayar, tapi sebab system dia tak dapat capture payment melalui potongan gaji yang saya buat. Untuk clear problem tu, saya kena submit slip gaji sejak tahun 2008! Baru TM boleh clearkan payment tu.

Bila saya bincang dengan kawan-kawan yang ada pengalaman bayar takaful ikut potongan gaji dan maybank2u, rata-rata suruh buat payment dekat kaunter jer. Sebabnya, dia pun kena problem yang sama. Kalau yang bayar ikut maybank2u, lagi problem katanya. Kita kena mintak balik bukti transaksi dengan Maybank, barulah TM boleh semak balik.

Elakkan Bayar TM Ikut Internet Banking & Potongan Gaji

Moral of the story, elakkan bayar TM melalui potongan gaji, dan internet banking coz mungkin TM ada masalah reconciliation bila guna kaedah tu. Duit kawan saya tu, hilang di alam cyber lebih kurang RM700! Huh… duit tu…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights

27 Oktober 2010
19 Dzulkaedah 1431

{ 26 comments… read them below or add one }

1 joe penang November 1, 2010 at 12:25 am

Mungkin takaful nasional, tn(sekarang etika) xde problem nih?
Pernah masuk tn. Pastu keluar. Masalh bila nak claim. Nak henti potongan. Nak dpt balik sll.
La nia sy masuk prudental(islamik) guna ejen. Byr bln2 kat dia. Apa2 hal dia akan tlg.
Kalu bleh x nak gua ejen. Tp bila jd cam tn dan tm? Kena pakai ejen gak. Tak pyh pikir sgt itu ini dll. Mtk ejen uruskan semua…

Reply

2 Khairul anwar November 2, 2010 at 11:17 pm

salam bro zulkifli..bole x share tips dan petua untuk memilih takaful yabg baik..

terima kasih

Reply

3 Mohd Zulkifli November 3, 2010 at 4:43 am

Joe Penang:

Etiqa saya tak berapa tahu. Tapi yg saya dengar, banyak sykt2 takaful ada problem reconciliation. Takleh match payment dgn policy, unless kita bayar terus di kaunter.

Khairul Anwar:

Wslm Khairul Anwar. Saya tak berapa mahir bab takaful ni. Tapi tahu la sikit.

Pasal policy takaful ni, kalau saya, yg the best ialah Takaful Malaysia LAMA, guna aqad Mudarabah. Tp TM dh tak keluar policy Mudarabah tu, skg TM dah tukar ke Wakalah. Mudarabah ni, peserta untung coz surrender value tinggi, tp tak profitable bagi syarikat.

Tak silap saya, skg ni rata2 Takaful pakai konsep Wakalah.

Pada saya, takaful/insurance ni lebih pada PROTECTION, bukan SAVING or INVESTMENT. Rugi kalau buat saving/investment ikut takaful.

Saya ambik policy Takaful Sihat, untuk contigency in case masalah kesihatan, dan kemalangan. Untuk kemalangan, saya cover up to RM200,000. In case saya mati especilly dlm umur muda ni, isteri & anak2 ada fund untuk teruskan hidup sementara isteri boleh servive sendiri dgn family biz kami.

Utk takaful Sihat, saya bayar sumbangan hangus RM63 setiap bulan. Just protection. Tak ada langsung portion saving.

Saya ambik Takaful Siswa. Untuk pendidikan anak2. In case apa2 berlaku, anak2 kami ada duit untuk belajar. Duit tu sure tak cukup kos pengajian 15 tahun akan dtg, tapi at least ada something untuk dia tampung kos belajar.

Kalau nak ambik takaful, discus dgn ejen mcm mana khairul anwar boleh dpt maximum PROTECTION, bukan sgt untuk SAVING & INVESTMENT. Mintak dia customize untuk keperluan Khairul.

Sebelum sign apa2 policy takaful, make sure betul2 faham terma2 dia. Jgn pegang cakap mulut ejen. Kalau boleh, go through full policy dia dulu sebelum bayar. Takut2, bila nak buat claim, tahu2 itu tak cover, ini tak cover.

Saya suka ejen takaful dtg tunjukkan pelan takaful. Tp yg saya tak bersetuju bila dia tunjukkan projection keuntungan 6% – 8% setahun. Ish… sy rasa projection tu terlalu tinggi.. projection tu akan tunjukkan duit kita banyak bila polisi matang, tapi in reality, bukan mudah sykt takaful boleh bg untung 6% – 8%.

Utk dpt lebih knowledge, Khairul Anwar boleh baca buku2 kewangan. Azizi Ali pun ada sentuh bab memilih insurance ni. Buku tajuk “WANG” keluaran persatuan pengguna p.pinang pun bagus. Khairul boleh refer.

Wallahu a’lam.

Reply

4 Nurisma Azhar December 13, 2011 at 5:05 am

as salam…

Just to share, saya memegang polisi TM selama 10 thn gak la,cara byran via internet banking….alhamdulillah, no prob,cuma bila nk surrender policy memakan masa yg agak lama utk d proses…
Byr kot agent pun bagus jugak,tp ramai gak yg “tak amanah”…cara yg terbaik byr sdri dan kalau mampu buat payment setahun skali…tht means setahun sekali jer kita p kaunter insurans…
Saya totally agree dgn pendapat sdr Zul…takaful 90% utk protection and selebihnya ada la sket duit simpanan….sbb if nk simpan,p la tempat lain yg boleh memberi return yg lagi baik…Insyaallah…Saya bekerja sbg takaful consultant(full time)…dlm duk kita nk educate org ramai psl protection,majoriti org kita concern abt saving,mmg bagus tp bagus x bertempat sbb majoriti depa x faham konsep takaful,tabarrur…sedey pun ada,tp dlm setiap presentation saya,saya selalu tekan kan “takaful bukan utk menjana keuntungan”….

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie December 13, 2011 at 11:49 pm

Wslm Nurisma,

T.kasih atas perkongsian yang menarik. Bagus jadi takaful consultant. Orang tak faham konsep takaful tu perkara biasa. Itu bukan masalah dalam bisnes. Tugas ejen bagi penerangan yang terbaik… Cuba fahamkan orang pun dah dapat untung pahala… dia faham tak faham tu kita serah pada Tuhan lah pulak..

Dalam bisnes, bila dapat close sales kita untung, tak close sales pun kita untung coz dapat pahala, dapat kenalan, dapat kawan baru, dapat kenal tempat orang, dapat bagi sentuhan positif dalam hidup orang lain.. pendek kata, Akhirat dapat, Dunia tu Tuhan akan pakejkan sekali.

Pasal rezeki jangan dirisau-risaukan… Itu Tuhan dah jamin.. kita buat kerja kita, biar la Tuhan buat kerja Dia… Orang berniaga mencari Akhirat, dia akan sentiasa happy… dia cuma risau dan gundah gulana bila dia berbuat dosa dalam bisnes… :)

Wallahu a’lam.

Reply

6 Mrs Rohana January 25, 2013 at 7:56 am

Asslamualaikum…bila dah teliti bahan2 bacaan di blog ni rasa nya…saving kat insuran macam tak berbaloi lak..dulu saya ingat nak simpan takut duit tu habis digunakan so, beli insuran sekurang2nya duit itu tersimpan dan ada protection untuk diri dan keluarga…kalau nak berhenti rasa rugi pulak…kalau terus adakah lagi rugi teruk??? ada pandangan tak? saya ambil insuran saving dan wanita di takaful ikhlas…tq.

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie January 28, 2013 at 2:50 am

Wslm Pn Rohana,

Secara umumnya, insuran bukan tempat terbaik untuk buat saving. Kalau ambil insuran, puan kena fokus pada berapa banyak protection (insurance cover) yang puan boleh dapat.

Sebelum puan hentikan insuran, saya syorkan puan review protection yang puan dapat. Dan kena tahu macam mana portion bayaran yang puan buat tu diagihkan. Katakanlah daripada RM100 sebulan, RM30 masuk tabung tabarru’ (hangus), RM70 masuk tabung saving (baki tak hilang). Lepas tu baru buat penilaian samada ianya berbaloi atau tak.

Wallahu a’lam.

Reply

8 Silent Reader May 5, 2013 at 9:01 pm

salam,
kalau dari segi return mmg x berbaloi dalam masa pendek, tapi kalau dalam panjang In Shaa Allah. Betul kata Bro Mohd Zulkifli tu, puan akak kena fokus pada protection yg diberi, kalau nak return cepat n tinggi kita ada asb dan mutual fund tapi bila kita masuk hospital semua tu x dpt nak cover, duit simpanan buat bayor bil hospital…habis, klu ins pulak simpanan kita tetap ada.

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie May 8, 2013 at 12:12 am

Terima kasih tuan atas penerangan.

Reply

10 Silent Reader May 5, 2013 at 8:57 pm

salam, bagus bro…
tak semua org sedar mcm mana pentingnya insuran pada kita. Ramai org kita ingat ins tu just buang duit je, diaorang x tau lagi sebenarnya ins tu simpanan n boleh dapat semula dengan return sekali. Kalau apa2 jadi kat pembayar pun ins akan FREE utk org yg di insuran kan tu. Dengan min RM100 boleh dapat coverage sampai RM1,000,000 pun ramai yg tak nak..

bukan tu je, gi klinik pun free…

Sapa2 yg nak tau lebih lanjut boleh call, whatsapp, wechat, emel, sms saya. saya buat free quoation sekali.

ahmad
013-2425430
camunsif@yahoo.com

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie May 8, 2013 at 12:13 am

Terima kasih tuan atas penerangan.

Reply

12 ila March 31, 2014 at 3:13 pm

Salam..en zul..sy tgh cri insuran mana yg perlu sy masuk..blh x tlg suggest kan..sy nk yg boleh cover penyakit, kemalangan n keluarga

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie April 15, 2014 at 12:20 pm

Wlsm Pn. Ila,

Saya syorkan puan contact mana-mana ejen takaful. Antara ejen takaful bagus yang saya kenal ialah Tuan Azha Syazri. Saya yakin beliau boleh recommend coverage yang terbaik untuk puan. InsyaAllah.

Puan boleh contact melalui facebook beliau https://www.facebook.com/azhasyazri .

Reply

14 anastasia May 19, 2013 at 7:34 am

Emak n ayah saya msuk tm lama jugak …bgtau agen nk bhenti dah ..yg peliknya msih potong lg wp dh lme bhnti …yg bestnya akaun mak sy lgsg xwujud …penipu punye agen …ckgu lak 2…xtkt dosa lgsg …aniaya org kg mcm mak ayah saya …

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie May 19, 2013 at 8:32 pm

Astaghfirullah… Kalau nak berurusniaga, memang kena pilih peniaga yang kita kena akan amanahnya…

Reply

16 mohd July 22, 2013 at 12:27 am

Salam en zulkifli,
10 thn yg lepas saya pun ada masuk insuran. Tp apakan daya kena tipu bila diberi polisi insuran yg lain apabila sy terlibat kemalangan dan insuran tu tak cover. So skrg ni agak serik dgn agen insuran. Cuma sy hendak tahu pendapat en zul perlu ke sy ambil apa2 insuran kerana syarikat tempat sy berkerja telah menanggung perubatan keluarga saya tanpa had sehinggalah sy pencen. Jika sy masih perlu lg ambil mn2 insuran, pd pendapat en zul insuran jenis apa yg sy perlu ambil?

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie July 22, 2013 at 6:46 am

Wslm En. Mohd,

Paling penting, masa ambil insuran, kena faham apa yang polisi tu cover, dan apa yang tak cover. Bila dapat polisi tu, baca dan fahamkan. Jangan terlalu bergantung kepadana penerangan verbal ejen insuran.

Company tu dia cover perubatan caj hospital. Dan mungkin juga cover pampasan kematian dan hilang upaya kekal. Saya syorkan En. mohd cek berapa cover pampasan kematian dan hilang upaya kekal tersebut. Cukup atau tak.

Katakanlah company cover RM300,000. Persoalan sekarang, adakah RM300,000 cukup untuk biaya hidup isteri dan anak-anak kalau berlaku kematian? Mungkin cukup untuk beberapa tahun, tapi isteri terpaksa struggle untuk tahun-tahun lepas habis duit tu. Kalau En. Mohd berpendapatan RM5,000 – RM8,000 sebulan, at least kena dapatkan cover RM1 juta sebab nilai tu cukup untuk mereka hidup sepanjang hayat kalau duit tu diletakkan di dalam pelaburan yang memberikan pulangan 5% setahun seperti Tabung Haji. Dan kos untuk dapatkan perlindungan KEMALANGAN DIRI cuma sekitar RM100 untuk setiap pelindungan RM100,000.

Wallahu a’lam.

Reply

18 syamim August 1, 2013 at 11:27 am

Assalamualaikum en zul…kalau nk amek insuran untuk suami isteri, company mne yg sediakan takaful? Kalau prudential tu die patuh syariah x?

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie August 1, 2013 at 3:10 pm

Wslm En. Syamim,

Banyak syarikat takaful sekarang ni. Asalkan syarikat tu ada nama takaful, maksudnya ia patuh syariah. Antaranya Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas, BSN Prudential Takaful, Great Eastern Takaful, Etiqa Takaful dll.

Reply

20 AlongSafa May 29, 2014 at 1:01 pm

Artikel tuan dipublish pada tahun 2010. Sudah lama! Tapi saya baru dapat membacanya hari ini.

Hari ini, pelbagai syarikat Takaful tumbuh dan ianya merupakan satu perkembangan yang sihat. Saya pun baru nak berjinak2 dalam industri takaful ini.

Nyata, takaful merupakan alternatif kepada umat Islam khususnya yang mencari pelan perlindungan dengan akad yang berbeza dengan insuran.

Umat Islam haruslah mencari yang Takaful.

Reply

21 Mohd Zulkifli Shafie May 29, 2014 at 1:15 pm

Alhamdulillah..

Reply

22 Anuar June 28, 2014 at 5:27 pm

Assalamualaikum bro, saya nak tanya sikit, actually saya dah lama membuat potongan daripada etika takaful,setiap bulan hampir 800 potongan dibuat, 6 bulan lepas saya ke pejabat etika untuk batalkan insurans coz dah ambik yang cuepacs punya. Tetapi sehingga kini potongan masih berjalan, so bagaimana nak hentikan potongan tersebut? Boleh tak melalui ANM?

Reply

23 Mohd Zulkifli Shafie June 28, 2014 at 10:52 pm

Wslm En. Anuar,

Saya tak pasti. En. Anuar kena tanya majikan / bahagian gaji untuk hentikan potongan tu.

Reply

24 zunaidi September 3, 2014 at 5:35 pm

banyaknya sampai rm800…

Reply

25 Aini Khayati binti Salim December 17, 2014 at 4:40 pm

Assalamualaikum,En.Zul saya ni dah joint Takaful Malaysia sudah lama mulai anak sulung saya hingga anak ketiga.Saya rasa mcm.xpuas hatilah sbb.sejak 2010 saya tak terima penyata tahunan utk.ketiga-tiga orang anak saya.Saya mula mencarum dlm Takaful Siswa pada tahun 1997 dan Takaful Pelajaran pada tahun 2000 dan 2004.Sekarang ni saya tak tahu status ketiga-tiga insurans tersebut.Saya membuat potonga gaji bagi setiap takaful tu sebanyak rm50.00.Jadi bagaimana saya nak tahu berapa rm yg telah terkumpul dlm.akaun anak saya.

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie December 17, 2014 at 6:05 pm

Wslm,

Puan call terus takaful tu. Mereka boleh semakkan untuk puan. Dan boleh beritahu status polisi tersebut, insyaALlah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: