Pembelian yang paling besar yang pernah saya poskan setakat ini bernilai sekitar RM20,000 untuk seorang pembeli. Saya tak galakkan beli secara pos. Saya galakkan customer supaya ambil sendiri emas di cawangan Public Gold (PG) supaya mereka jadi “penyimpan emas merdeka”. Mereka boleh uruskan sendiri jual beli emas dengan PG tanpa perlu menunggu kita (sebagai dealer).
Servis pos barang hanya saya tawarkan kepada customer yang duduk jauh atau memang tak dapat ambil emas tu sendiri di cawangan Public Gold.
Kalau nak hantar dengan pos, tipsnya:
#1 – Poslaju Sahaja
Pakai khidmat Poslaju (Pos Malaysia) sebab ada tracking number dan servisnya reliable. Jangan pakai Pos Ekspress atau lain-lain servis pos sebab berdasarkan pemerhatian saya oleh penjual online, Poslaju paling reliable.
#2 – Bungkus Baik-baik
Bungkus barang baik-baik supaya kakitangan pos tak dapat kesan ada emas dalam bungkusan tu.
#3 – Declare Logam Lain
Declare barang logam lain. Saya biasanya declare sebagai “key-chain”. Kalau dia scan, memang sah itu logam tapi dia tak tahu itu emas. Kalau declare “buku”, tapi bila dia scan nampak logam, ia akan jadi tanda tanya…
#4 –Rekod Tracking Number
Rekodkan tracking number dan nombor sampul poslaju tu sekali. Kalau hilang atau berlaku penipuan dari pihak customer, kita ada bukti.
#5- Pecahkan Nilai Bungkusan
Kalau customer beli dalam jumlah yang besar, pecah-pecahkan bungkusan kepada nilai yang lebih kecil untuk minimumkan risiko. Saya selalu hadkan satu bungkusan kepada RM5,000 sahaja. Poskan satu-satu terutamanya tempat tu kawasannya agak pedalaman. Bila satu dah sampai, baru pos bungkusan yang berikutnya.
Sejak tahun 2012 saya poskan emas ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, successful rate ialah 100%, alhamdulillah! Tapi syaratnya, tanya pembeli tu dulu adakah Poslaju sampai kat tempat dia dengan selamat. Kalau sampai, baru pos. Kalau selalu ada kes poslaju tak sampai, hilang atau bungkusan dibuka, lebih baik tak payah pos untuk elakkan risiko.
Bole guna cara nii untuk pos emas ke singapura tk
Tak sama
adakah penghantaran emas melalui poslaju melibatkan kastam dan polis ?
Setahu saya tak ada.