Jimat RM9,600 Setahun Bila Bermotosikal, dan Ini Tip Keselamatannya

by on August 10, 2017

Post image for Jimat RM9,600 Setahun Bila Bermotosikal, dan Ini Tip Keselamatannya

Siapa yang kewangannya agak kritikal dan ada ‘kemampuan’, antara cara dapat jimatkan bajet bulanan yang besar ialah jangan pakai kereta, tapi pakai motosikal. Cuma kalau saya cadangkan naik motosikal bagi lelaki yang tak mampu beli kereta atau kewangannya sedang ‘sakit’, selalunya ramai yang membantah kononnya motosikal tak selamat. Jadi demi keselamatan, mereka berkeras pakai kereta walaupun sesak duit bulan-bulan nak membela kereta.

Asalnya beli kereta sebab nak pergi kerja, tetapi akhir sekali terpaksa pergi kerja sebab nak bayar kereta! Sepatutnya kereta jadi hamba untuk memudahkan urusan kita, sekarang ni kereta jadi tuan sebab kita terpaksa membelanya walaupun tak mampu.

Mudahnya Bergerak Dengan Motosikal

Saya sendiri masih pakai motosikal sejak 2003 hingga sekarang, dan masih selesa bermotosikal kalau setakat nak bergerak seorang diri dalam jarak 30 kilometer radius. Kecuali kalau berjalan jauh lebih 30 km radius, atau bersama isteri dan anak-anak, atau cuaca tak mengizinkan, barulah saya naik kereta. Alhamdulillah, setakat ni selamat walaupun pernah juga jatuh motor beberapa kali dan cedera ringan (akibat kecuaian sendiri, dan sebagai pengajaran supaya lebih berhati-hati).

Pada saya, bukan motosikal yang tak selamat, tetapi bagaimana kita bermotosikal itu yang menentukan selamat atau tak. Masa ambil lesen motosikal, kita tak betul-betul diajar cara bawa motosikal dengan selamat. Kita terpaksa belajar dari pengalaman sendiri. Saya sendiri pun belajar dari pengalaman jatuh motor beberapa kali dengan kecederaan ringan membuatkan saya lebih berhati-hati.

Sejujurnya, saya lebih suka bermotosikal sebab banyak faktor, paling utama ialah jimat masa dan senang bergerak ke sana sini. Kita boleh sampai sesuatu tempat tepat pada masanya, tanpa perlu risau jalan jammed luar jangka. Nak cari parking senang. dan nak singgah mana-mana pun senang bagi saya yang mencari rezeki di kota metropolitan.

Penjimatan Besar Bermotosikal

Faktor kedua ialah jimat duit.

Bagi yang bawa motosikal, kalau ada duit RM10 dalam poket pun kita masih boleh tersenyum… Selalunya RM10 tu memang cukup untuk isi petrol sekadar untuk balik rumah. Tapi kalau bawa kereta, sekurang-kurangnya kena ada RM50. Kos keseluruhan membayar dan membela sebuah kereta pulak sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan. Bila bermotosikal, kita boleh jimat sekitar RM800 (RM9,600 setahun). Banyak tu… Saya percaya ramai yang tak mampu menyimpan walaupun cuma RM800 setiap bulan…

Dari sudut keselamatan, semua tu kita boleh urus. Faktor utama bahaya bawa motosikal ialah bawa laju, bukan sebab motosikal tu sendiri. Kalau bawa perlahan setakat 50km/jam dalam bandar, apa pun berlaku insyaAllah selamat. Dan dengan kelajuan 50km/jam tu, kita dengan selambanya boleh potong kereta Mercedes, BMW hatta Porche sekalipun dalam bandar yang selalu jammed :) ! Kalau dekat highway, bawa motosikal dengan kelajuan sekitar 80 – 90 km/jam, risiko kemalangan sangat-sangat rendah, insyaAllah.

Tapi kalau dah nak takdir, itu tak boleh buat apa la. Yang bawa kereta perlahan-lahan tepi highway pun boleh mati, inikan pula yang bawa motosikal. Bahkan yang duduk rumah terjatuh dalam toilet pun boleh mati. Jadi adakah jangan masuk toilet hanya semata-sama ramai yang dah mati sebab terjatuh dalam toilet? Maksudnya, semua perkara ada risikonya, tapi semua risiko itu boleh diurus.

Tip Keselamatan Penunggang Motosikal

Ok, saya nak share perkara penting tentang keselamatan bagi sahabat pembaca yang menunggang motosikal untuk pergi kerja:

(1) Bawa perlahan-lahan

Tip paling penting ialah bawa perlahan-lahan.

Kalau di bandar kita bawa 50km/j pun sebenarnya lebih cepat daripada yang bawa kereta tapi tersangkut dalam jem. Tapi saya percaya, kalau ada 10 penunggang motosikal, hanya 2 orang je yang bawa perlahan-lahan. Salah seorangnya ialah saya. :)

Bila perlahan, apa pun berlaku kita sempat selamat, insyaAllah. Kalau terjatuh, tak la sampai tercampak. Kalau terlanggar, tak la sampai terhantuk. Kalau cedera, tak la sampai serius.

Saya bercakap dengan kawan baik saya yang juga pernah menjadi jurulatih bagi bikers di litar Sepang, katanya, kenapa ramai bikers mati di jalan raya walaupun pakai pakaian keselamatan yang lengkap, faktor utamanya ialah laju. Kawan-kawannya yang mati, kebanyakkan kondisi mayat masih elok, tak ada luka atau pendarahan luaran, tetapi sebab terlalu laju, mereka mati akibat pendarahan dalaman.

Maksudnya, kalau bukan disebabkan bawa motosikal laju, risiko kematian dan kecederaan sangat-sangat rendah kalau kita pakai kelengkapan keselamatan yang cukup.

(2) Pakai kelengkapan keselamatan

tip jimat keselamatan motosikalWalaupun bawa motosikal sekadar pergi kerja, bagi saya penting pakai kelengkapan keselamatan yang cukup. Paling minimum pakai kasut dan glove (sarung tangan). Siapa tak pakai kasut dan glove, ini memang cari penyakit. Bila jatuh, habis semua tapak tangan, siku, bahu dan kaki. Saya tahu, kalau ada 10 penunggang motosikal di luar sana, hanya seorang sahaja yang pakai glove. Sayalah antara yang seorang itu! :) Yang lain tu, semuanya anggap pakai glove tu perkara remeh. Bila jatuh motor, baru menyesal katanya, “kalaulah aku pakai glove, kan selamat tapak tangan, siku dan bahu aku!”. Masa tu perkataan “kalau” tu dah tak berguna…

Lagi bagus pakai protector lutut dan siku sekali. Bagi yang bermotosikal pergi kerja awal pagi atau tengah malam, pakai reflective vest yang warna kuning tu supaya pemandu kereta senang orang nampak kita dari jauh.

Untuk helmet (topi keledar) tu, at least helmet yang visor (cermin) keras tu supaya protect muka, mulut dan dagu. Tak pakai helmet full face pun tak apa kalau setakat naik kapcai atau scooter.

Keluarkanlah bajet sikit untuk semua tu. Saya rasa bajet RM500 dah cukup untuk semua kelengkapan tu. Cuma cabaran bila pakai semua tu, mesti ada yang mengata; macam Power Rangers lah, macam bawa super bike lah walaupun kita hanya pakai motorsikal kapcai je. Jangan peduli apa orang kata, yang penting kita selamat. Kalau jatuh motor, kita sendiri yang tanggung. Orang yang mengata tu boleh tolong ucap takziah je… :)

(3) Ingat orang tersayang

Bawa motosikal tu jangan fikir nak sampai office cepat je. Biar lambat asalkan selamat. Kalau perlu keluar awal, keluar awal sikit supaya tak tergesa-gesa. Ingat isteri dan anak-anak di rumah yang tunggu kepulangan kita.

Dan pastikan ambil polisi takaful Kemalangan Diri (PA) bagi siapa yang rutinnya bermotosikal pergi kerja. Kalau kita mati, isteri kita boleh survive hasil pampasan itu. Polisi PA murah je. Dalam RM100 setahun untuk setiap RM100,000. Jadi ambil la polisi sampai RM1 juta. Sekurang-kurangnya, kalau berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan, ada sedikit dana untuk isteri dan anak-anak terus survive, insyaAllah.

Pada saya, mereka yang bermotosikal tapi sentiasa ingat mati tu lebih baik dari yang berkereta tapi take for granted kononnya umurnya lebih panjang. Bila ingat mati, kita sentiasa bersedia dan berhati-hati. Tapi kalau naik motosikal pun masih tak ingat mati, itu rugi dalam rugi… Bukan salah motosikal dah tu. :)

Zulkifli
Damansara Damai
10 Ogos 2017
12 Zulkaedah 1438H

{ 22 comments… read them below or add one }

1 rohaizah khamis August 10, 2017 at 9:57 am

Assalamualaikum Encik Zul ,
ini penulisan berdasarkan pengalaman yang hebat!

di tempat kerja saya juga ada Safety Riding untuk penunggang motorsikal. mrk ada ajar pakai itu ini tapi actualnya mmg tak ada yg amalkan . dan kemalangan motorsikal masih berlaku melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa.

Encik Zul ,
Saya selalu menjadi ‘peneman’ kepada penunggang motorsikal terutama pada sebelah malam. saya pandu di belakang mereka , ‘menyuluh’ mereka lebih jelas, sampai kat jalan yang lebih terang saya akan memandu ke hadapan dan meninggalkan mereka terutama penunggang wanita ( tgk mrk pakai tudung.
* kelmarin saya teman seorang penunggang motor wanita sebab di belakang MAY saya ada berpuluh penunggang motosikal lelaki yang berkonvoi baru lepas makan kat kedai makan terkenal di kampung saya. dan apabila melepasi konvoi itu , saya memandu ke hadapan meninggalkan penunggang wanita itu dengan selamat.

Sebut tentang keselamatan menunggang motor, saya pernah menangis memandu mematah balik even dah dekat nak sampai dengan rumah saya sebab saya nampak seorang ibu memangku badan dan kepala anaknya guna tangan kiri dan memegang handle motor di sebelah kanannya.

saya nangis sebab saya sebak. saya bimbang apa2 berlaku pada dia dan anaknya kerana jalan raya sepanjang kampung saya itu banyak selekoh2 bahaya yang menyebabkan kematian maut.

saya memandu mencari ibu ini. sampai saya jumpa di traffic light. saya berhenti di sebelahnya, saya offer untuk bantu dia. biar anaknya tidur di kereta saya dan saya akan follow dia sampai ke rumahnya dengan selamat . saya kata saya kesian tengok anaknya tidur dan dia kena tunggang motor .
tapi si ibu senyum dan kata dia dah hampir sampai ke rumahnya . saya kata jika YA , tak apa ..saya OK . sambil nangis saya berckp dengan beliau.tentu beliau pelik kenapalah saya nangis walhal naluri keibuan saya tersentak tgk kegigihan dia memangku bdn dan kepala anaknya itu.

** saya yakin tak semua org boleh percaya dengan mudah pada org yang hendak membantu .

saya follow sampai dia sampai kat rumah then saya terus balik ke rumah. tapi saya berhenti kat tepi jalan, saya nangis sepuas2nya. saya wassup group kawan saya utk berkongsi perasaan saya. mereka memahami .

itulah pengalaman saya mensantuni penunggang motor.
saya sentiasa mendoakan agar mereka selamat pergi dan balik ke destinasi ditujui. Ayah saya kalau ke kampungnya naik motor utk jengah bot nya di laut , saya cukup risau. selagi ayah tak sampai rumah , selagi itu kerisauannya meningkat. saya ada belikan ayah jaket pantul cahaya dan ayah biasanya akan pakai jaket tebal dan jeans bila menunggang motor.

** saya jarang dapat peluang naik motor sebab saya penakut terutama bila bab celok2 dan selekoh! dan saya bimbang saya tertidur semasa membonceng.

* realitinya saya tak tahu menunggang motor! \(*0*)/

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie August 10, 2017 at 5:44 pm

Wslm Pn. Rohaizah,

MasyaAllah. Pengalaman yang menyentuh hati tentang penunggang motosikal. Betul, memang ada orang tak bernasib baik dan betul-betul tak mampu untuk beli kereta walaupun dengan cara pinjaman.

Reply

3 azrinros August 10, 2017 at 12:54 pm

Dari sejak bujang hinggalah sudah berfamili rasa lebih selesa bawa motor kecuali perlu ke luar kawasan barulah naik kereta.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie August 10, 2017 at 5:45 pm

Samalah juga macam saya. :)

Orang dah biasa bergerak dengan motosikal, memang tak suka bawa kereta kalau nak ke tempat yang selalu jammed.

Reply

5 ridhwan August 10, 2017 at 1:03 pm

PA apa yang tuan ambil

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie August 10, 2017 at 5:46 pm

Apa-apa PA pun boleh. Asalkan takaful.

Reply

7 shahrul August 10, 2017 at 2:47 pm

Alahamdulilah,

Saya pun walau ada kereta, tapi lebih suka menunggang motor ke tempat kerja.

betul.. bawa perlahan lebih selamat.(cuma saya tak pakai glove saja) hehehe…

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie August 10, 2017 at 5:46 pm

Haha… Lepas ni kena bel glove.. :)

Reply

9 Fazdina August 11, 2017 at 12:26 pm

Salam,

Walaupun sy baru saje kemalangan motosikal pada februari tahun ini dan mengalami pembedahan sebanyak dua kali akibat drpd kemalangan tersebut, sy masih menggunakan motosikal utk pergi ke tempat kerja.. kerana kos yg murah, mudah parking dan boleh elak jam.. cuma sekarang sy lebih berhati-hati dan trauma akibat kemalangan pun masih berkesan..

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie August 11, 2017 at 3:06 pm

Wslm Pn. Fazdina,

Innalillahi wa inna ilaihi rooji’uun. Mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan kepada puan.

Mudah-mudahan tip yang saya share ni dapat mengelakkan berlaku kecederaan akibat kemalangan pada masa akan datang, insyaAllah.

Reply

11 Puan mar August 12, 2017 at 8:25 pm

Alhamdulillah cikzul, penjimatan ini, mencukupkan simpanan kecemasan yg penting dalam kehidupan org makan gaji macam saya..

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie August 14, 2017 at 8:53 am

Alhamdulillah..

Reply

13 Syarif Jamil (SJ) August 15, 2017 at 1:19 am

Saya juga guna motosikal. Benda yg paling sedih bila saya travel masuk ke KL dgn berkereta adalah TOLL.. yaa Allah.. bnyaknya toll.. huhu.. kalau naik moto.. dah jimat berganda.. for sure dpt guna untuk lunch dah :)

Di Penang skrg.. moto adalah kenderaan utama saya :) senang nak mencilok2 ๐Ÿ˜‰

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie August 15, 2017 at 6:53 am

Haha.. Mungkin KL ni bandar paling banyak tol di dunia. Setakat saya ke beberapa negara lain, belum ada lagi yang ada banyak tol sebanyak KL. :)

Reply

15 Syarif Jamil (SJ) August 15, 2017 at 2:26 pm

Definitely, teramat bnayk.. boleh buat world ranking :(

Reply

16 Danny Peron August 15, 2017 at 12:09 pm

nice sharing En. Zul.

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie August 15, 2017 at 7:38 pm

Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat En. Danny.

Reply

18 Asrul August 22, 2017 at 1:05 am

Pengalaman saya bila memandu motosikal sekali sekala untuk ke tempat kerja di kl amat mencabar. Sebabnya bila dua atau tiga lorong jalan dipenuhi dengan kereta so motosikal kita terpaksa mencilok di tengah2 diantara dua kereta. So, klu motosikal kita dlm keadaan slow, motosikal lain di belakang akan bunyi hon atau cuba seolah2 tak sabar2 nak memotong kita seterusnya akan bagi tekanan pressure utk kita menunggang motosikal slow scara selamat. Kesudahan kita yg kat depan tertekan dan terpaksa ikut sama bawa laju untuk tidak nampak seolah2 menghalang kelajuan motosikal lain di belakang. Huhu.. Inilah dilema pemandu motosikal diwaktu puncak sekitar kl

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie August 25, 2017 at 11:43 am

Kalau situasi macam tu, saya akan bagi laluan motor lain untuk jalan dulu. Saya akan masuk belakang kereta untuk motor lain jalan dulu. Orang lain nak laju, biarkan mereka. Yang penting kita jaga keselamatan diri kita.

Reply

20 asrul September 14, 2017 at 10:14 am

betul jugak tu tuan..terima kasih dengan pencerahan

Reply

21 Azizulfaizei August 24, 2017 at 4:59 pm

Saya bekerja di KL dan memang selesa menunggang motor ke tempat kerja walaupun saya diberikan kad parking percuma utk kemudahan parking.

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie August 25, 2017 at 11:38 am

Betul. Paling best naik motor ni kita tak risau dari sudut masa. Boleh bajet timing yang betul.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: