Apakah jawapan anda apabila ditanya “apa itu Islam?” oleh non-muslim yang mahu mengenali Islam?
Err… saya sendiri sukar menjawabnya. Walaupun umur hampir menjangkau 30-an, lahir dan dibesarkan di dalam keluarga muslim, tetapi persoalan asas sebegitu saya tak dapat menjawabnya secara yakin.
Sedikit pengalaman saya ketika bersama Brother Shah Kirit (SABA Islamic Media) memperkenalkan Islam kepada muallaf, saya ingin kongsikannya diruangan sempit ini kepada sahabat, moga ia bermanfaat untuk semua, insyaallah.
Apa itu “Islam”?
“Islam” sepertimana yang kita semua pernah belajar, berasal daripada dua perkataan iaitu “Salam” dan “Aslam”.
“Salam” bermaksud “selamat”, “sejahtera” atau yang sama waktu dengannya (aman, damai, tenang, bahagia).
Manakala “Aslam” bermaksud “tunduk”, “patuh”, atau “menyerah diri” (surrender).
Apabila digabungkan kedua-duanya, “Islam” bermaksud “mendapatkan keselamatan dan kesejahteraan hidup di Dunia dan di Akhirat dengan cara tunduk dan patuh kepada Tuhan (yang Maha Esa), yang menciptakan manusia, langit dan bumi, serta segala isinya”.
Islam Jalan Bahagia
Maka, dari situ saya dapat sesuatu yang baru, iaitu kenapa saya perlukan Islam. Kerana Islam maksudnya “surrender” diri sepenuhnya kepada Pencipta kita, dan manfaatnya untuk diri saya sendiri – mendapat bahagia dalam hidup. Ya, saya boleh dapat bahagia yang saya cita tetapi syaratnya, saya mesti menyerah diri sepenuhnya kepada Sang Pencipta kerana hanya Dia yang boleh memberi bahagia.Dan memang benar, saya bekerja keras sehari-hari semata-mata ingin memburu “bahagia”. Dan bukankah “bahagia” itu juga dicari-cari oleh seluruh ummat manusia? Subhanallah… baiknya Tuhan. Dia yang mencipta, kemudian Dia sediakan pula jalan untuk mendapat apa yang kita cita.
Wah… beruntungnya sesiapa yang “muslim”.
(bersambung)
Zulkifli
Damansara Damai
13 April 2008, 8.21 pagi
persoalan yang asas tp still ramai x bleh nk jawab.. thank