MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Lonjakkan Jualan Dengan Handphone, Power Point dan Facebook

June 16, 2013

Selalu orang tanya saya, dia ada duit sekian-sekian banyaknya, apa pelaburan yang paling menguntungkan? Pelaburan emas? Hartanah? ASB? atau Tabung Haji? Payah juga saya nak jawab soalan ringkas tu sebab saya tak tahu ‘nature’ duit tu, risk appetite orang tu, berapa lama dia sanggup tunggu untuk dapat hasil dari duit tu, dsb. Overallnya, saya nampak, persoalan tu datang daripada ketandusan ILMU tentang bagaimana duit tu boleh digandakan. Pokoknya, ILMU…

Bila saya fikir-fikir, selian daripada “masa”, pelaburan terbesar saya untuk gandakan kekayaan ialah pada ILMU (bukan pelaburan emas). At least saya dah belanjakan duit mencecah 5 angka dalam tempoh 5 tahun untuk ilmu kewangan, bisnes dan pelaburan! Alhamdulillah, mungkin berkat ‘sabar’ dan ‘investment mindset’ terhadap ilmu, Allah mula rezekikan keuntungan part-time juga mencecah 5 angka sebulan…

Kuncinya Pada Ilmu

Saya tak melabur dalam emas, melainkan lepas saya dapatkan ilmu paling asas pelaburan emas dengan membaca at least beberapa buku / sumber yang berutoriti, dan consult dengan mereka berpengalaman. Saya tak membeli hartanah, melainkan lepas saya baca beberapa buku tentang pelaburan hartanah yang berautoriti. Saya tak usahakan perniagaan secara serius, melainkan lepas saya hadiri banyak seminar tentang perniagaan.

Alhamdulillah, saya dah lepas fasa “tak tahu cara nak bebas hutang”, “tak tahu nak melabur di mana”, “tak tahu nak berniaga apa”, “tak tahu nak tambah income selain daripada tunggu kenaikan gaji”, “tak tahu cara bebas kewangan” dsb. Tapi sekarang, saya dalam fasa:

  • Gandakan income, kurangkan komitmen masa
  • Kerja sikit, untung banyak
  • Memastikan income berterusan walaupun “hilang upaya” bekerja
  • Macam mana saya boleh bantu lebih ramai turut sama berjaya

Lonjakkan Income Dengan Top-up Ilmu

Jadi, untuk lonjakkan prestasi kewangan, hasil pelaburan dan perniagaan, bukan dengan tambah modal atau buat pinjaman, tapi dengan lonjakkan ilmu. Terbaru, saya baru jer order DVD Bengkel Simple Tapi Power. Saya tengok testimoni peserta seminar tu meletup-letup hasil perniagaannya. Mungkin ia juga bermanfaat untuk saya. Tapi kalau betul-betul tak bermanfaat, nothing to lose sebab Tuan Faisal Abdullah (trainer) jamin pulangan wang 100%. So, tak perlu risau untuk membeli.

DVD Bengkel Simple Tapi Power+Lonjakkan+Jualan+Dengan+Facebook

Siapa nak lonjakkan bisnes sedia ada (bukan untuk newbie), saya syorkan dapatkan DVD tu segera sebab:

  • Jualan akan ditutup. 300 DVD pertama (RM190) terjual hanya dalam masa beberapa hari, dan kali ni dicetak lagi 300 unit terakhir dengan harga RM260. Lepas ni, jualan akan terus ditutup.
  • Ini seminar terakhir beliau sebab beliau fokus untuk sambung belajar lepas ni.

Untuk dapatkan DVD Bengkel Simple Tapi Power —->> KLIK DI SINI

Jangan nanti lepas jualan ditutup, baru ramai tertanya-tanya macam mana nak beli sebagaimana DVD Cara Mendapatkan Kontrak Bisnes Kerajaan hari tu. Anda boleh tengok komen di artikel “Rahsia Dapatkan Kontrak Bisnes Kerajaan”, ramai yang masih cuba nak beli DVD tu dari ‘pintu belakang’ sebab jualan dah di tutup sepenuhnya bulan Disember 2012 hari tu. Saya cuma menyampaikan maklumat apa yang saya rasa bagus untuk anda.

Siapa Tuan Faisal Abdullah?

Terus terang saya katakan saya tak pernah kenal Tuan Faisal Abdullah sebelum ni. Tapi melihat pada komen positif dari rakan-rakan yang memang saya kenal terlibat dalam perniagaan sebelum ni, baru saya tahu, beliau adalah orang yang pakar meledakkan bisnes dengan kuasa internet.Tuan Faisal Abdullah

Interview oleh webTV berautoriti WangCyberTV. KLIK DI SINI.

Anda boleh kenal beliau dengan lihat interview di WangCyberTV. WangCyber adalah forum terkenal bagi komuniti usahawan internet di Malaysia. Dan WangCyber selalu menjadi host untuk annual gathering usahawan internet di Malaysia.

Untuk dapatkan DVD Bengkel Simple Tapi Power —->> KLIK DI SINI

Moga bermanfaat, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
16 Jun 2013
7 Syaaban 1434

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>